Thursday, December 30, 2010

Wanita Utusan Bulan

Kerja gua yang bertimbun sudah gua selesaikan, hanya tinggal gua hantar, dan mengukir sebuah senyum yang paling manis ke lecturer gua. Selama seminggu lebih ni, gua memang sibuk dengan kerja tertunggak yang perlu gua sempurnakan. Normal pelajar. Tapi bukan itu yang gua nak ketengahkan, buat lu orang tatap disini.

Apa makna identiti buat lu orang? satu perangai? atau satu cop bagi behaviour manusia? Ada pakar motivasi yang pernah gua hadiri ceramahnya mengatakan yang remaja sering tercari-cari identiti diri. Masa tu gua anggap itu semua bullshit. Dan gua akui seperti seorangremaja, gua juga tertanya-tanya makna identiti dalam hidup gua selepas tu. Semakin dalam gua berfikir, semakin jauh gua tercari-cari cahaya yang boleh suluh gua, apa itu identiti.

Kadang-kadang bila tiba malam, gua baring di katil, dan fikiran gua mula menerawang memikirkan segala benda yang bermain dalam benak dan minda gua. Gua cuba interpretasi segala apa yang gua lakukan satu persatu dan setiap apa yang gua fikirkan, gua bahagi kepada dua kumpulan. Baik dan buruk. Setiap hari gua berazam bila terbit matahari hari esok, gua akan cuba padam satu persatu benda buruk yang gua buat. Mungkin bagi lu orang gua hanya manis berkata-kata hanya di dalam blog yang tak ubah macam si celaka yang konon bagus. Tapi lu orang kena ingat hanya gua yang faham diri gua sendiri, dan hanya gua yang berhak tentukan dimana harus gua letak noktah dan koma dalam setiap inci kehidupan gua. Itu pasti.

Ada masa gua rasa gua sudah ada semua yang gua perlukan untuk hidup. Dan setiap kali gua rasa begitu, gua masih ada rasa kekosongan yang gua sendiri tidak tau dari mana dan apa rupa kekosongan itu. Gua akui kadangkala gua sendiri sesat dan terusan berjalan atas titik-titik kesilapan gua yang gua ego untuk perbetulkan.

Dan sampai satu masa gua dibetulkan oleh seorang makhluk tuhan. Seorang makhluk yang bagi gua selemah-lemah makhluk. Entah dari mana, dan siapa bukan urusannya kerana bagi gua dia umpama bidadari yang dikirim tuhan dari bulan untuk gua yang nyatanya gua sendiri tak tau dari mana asal usulnya, namanya, mahupun rupanya.

Cuma satu gua pegang kata-kata dia.

"jika rasa kosong, kembali dan memohon pada dia yang satu,
kau dan aku sama, diteman oleh dia yang tahu,
ambil kosong itu dan kau lakar kelopak disekelilingnya,
anggap itu satu bunga yang sentiasa wujud dalam hati kau"

Terima kasih tak terhingga wahai wanita bulan

Sunday, December 19, 2010

Cessna 402-B

August 25, 2001. 6:45 pm (EST)

Tarikh yang gua takkan lupa, gua diamanahkan untuk mengendalikan pesawat Cessna 402-B. Telah menjadi tanggungjawab gua untuk mengendalikan pesawat tersebut dari Marsh Harbour, Abaco Island dari Bahamas ke Opa-Locka, Florida yang mengambil masa kira-kira 7 jam.

Setibanya gua di airport, gua lepak di restoran Nasi Lemak Antarabangsa cawangan Bahamas yang terletak tak jauh dari kawasan airport. Memang gua teringin pulak nak pekena nasi lemak hari tu. Gua order nasi lemak sama teh ais. Kepala gua hanya terbayang-bayang yang gua pekena nasi lemak sambil menikmati matahari terbenam Bahamas yang indah..

"trit!! trit!"

Nama bos gua, Mrs Missy Elliot menelepon gua dengan suara cemas.

Missy : eh mana u hah?!
Gua : makan nasi lemak la bos. nak tapau ape-ape ke?
Missy : tak mau! kolestrol! eh u balik airport sekarang juga!
Gua : Nasi lemak saya tak sampai lagi la bos..
Missy : owh u melawan hah?balik sini, i tak kira..

Mrs Missy Elliot terus memutuskan panggilan beliau. Gua letak kembali handfon gua ke poket.

"Gampang punya pompuan bibir tebal!"

Gua capai kunci kete, gua terus gerak ke airpot..

Setibanya gua di airport, gua terus menuju ke headquarters British Airways, tempat gua bekerja masa tu. Dalam tu, gua tengok bos gua Mrs Missy Elliot tengah sengih-sengih ke gua.

Missy : Owh, Ini Capten Juice, pilot yang akan bawak u ke Florida. Juice, ni Aaliyah. From Hollywood. Artis RNB ok!

Aaliyah : Hi Mr Juice. Its a great opportunity to meet you.

Gua : Thanx. Nice to meet you too.

Tepat pukul 6:45 petang waktu Bahamas. Gua take off pesawat Cessna 402-B dengan bergaya sambil menyanyi lagu Hattan dari dalam kokpit. Gua capai mikrofon,

Gua : Hello and good evening. I am Captain Juice and I will be your pilot today. Have a nice day!

***********************************************************************

Setelah hampir 4 jam perjalanan, gua merasakan yang enjin sebelah kanan pesawat Cessna 402-B tidak berfungsi. Masa tu gua betul-betul berhampiran dengan Port St. Lucie. Gua menjadi panik seketika. Gua cek segala part. Rudder,winglet, turbine engine, flaps, vertical stabilizer dan juga fuselage. Nampaknya nasib gua agak malang kerana fuselage yang menyambungkan ke turbine engine belah kanan pesawat Cessna 402-B tu berhenti berfungsi. Hanya ada satu cara...
Gua perlu membuat pendaratan kecemasan di Port St Lucie.

Takdir tidak menyebelahi gua. Gua gagal sebagai seorang pilot. Pesawat gua terhempas di laut West Palm Beach, 2048 kilometer dari darat. Gua kurang ingat macam mana gua terhempas tapi yang gua ingat ada letupan besar dan gua sempat terjun dari kokpit sebelum pesawat gua terus menjunam ke laut West Palm.

2 hari selepas tu, sekumpulan polis marine terjumpa gua yang terkapai-kapai di tengah laut. Hanya gua seorang yang selamat. 9 penumpang gua terkorban dibawah kawalan gua sendiri. Fikiran gua bercelaru mencari punca sebenar.

Setibanya di darat, bos gua, Mrs Missy Elliot memandang gua dengan sedih.

Missy : Its ok Juice. Normal la plane crash. Semua ni takdir tuhan.
Gua : Ni sume, bos punya salah!
Missy : Aik?! I pulak?
Gua : Kalaulah saya sempat makan nasi lemak itu hari... ini semua takkan berlaku!

Gua terus letak jawatan time tu jugak dan berjalan meninggalkan bos gua yang masih lagi dengan muka pelik memerhati gua. Setahun lepas tu, gua menyambung kembali pengajian gua. Kali ni gua malas nak main kapal terbang. Gua nak main kapal laut pulak.


Gambar terakhir gua sebelum penerbangan ke Florida

*RIP Aaliyah

Thursday, December 16, 2010

Dilema Bapa Tunggal



Nama : Arifuddien Bin Tan Sri Ayob
Umur : 21 tahun
Asal : Terengganu City Center
Status : Duda anak sorang
Pekerjaan : Pelajar Universiti
Tempat Kerja : Moscow Aviation Institute
Hobi : Bina badan, kumpul kupon diskaun untuk susu bayi, tadarus Al-Quran
Bekas Isteri : Svetlana Goryaceva Sancheleev (Eksekutif pemasaran syarikat Qolloquim)
Pendapatan tahunan : Bergantung kepada duit bapak, Tan Sri Ayob err dan juga MARA
Markah kebersihan bilik : 2/10 (F)

* Member gua sekarang mahu carik orang gaji yang mampu jaga anak beliau. Syarat-syaratnya mestilah dalam lingkungan umur 22-24 tahun, belum berkahwin dan bekas model. Jangan risau, gaji yang lumayan dijanjikan.

Tuesday, December 14, 2010

Haru Biru

Pagi itu, tidur gua sedikit terganggu oleh bunyi-bunyi bising dari dalam wad. Gua celikkan mata, yang gua nampak adalah seorang brader gua syak umur dalam lingkungan 24 tahun terbaring di atas katil dengan badan yang membengkak macam incredible hulk. Gua agak terkejut, lalu... gua pun kembali tidur. Maaalas aku layan kau.

Lebih kurang nak dekat tengahari, gua bagun dari tidur. Gua usha brader depan gua tadi. Cilaka, dia dah kembali normal. Lagi la gua terkejut. Cepat betul dia baik. Gua jeles. Gua capai handfon gua dari dalam drawer dan call Cik Puan Besar gua. Ternyata line beliau sibuk. Brader depan gua berjalan ke katil gua..

Brader hulk : sakit ape dik?
Gua : entah la bang, diorang kata pneumonia.
Brader hulk : Ape bende tu??
Gua : macam sakit paru-paru la..
Brader hulk : oh..

Gua tak pasti sama ada brader hulk betul-betul paham atau pura-pura paham.

Gua : Pagi tadi saya tgk abang lain, ni dah sihat. Sakit apa?
Brader hulk : semalam aku potong rumput. Tengah potong tu ade ular tedung. Dia patuknya aku. Sial betul.. Nasib baik akak aku cepat bawak gi spital.

Gua mengangguk. Marah betul brader hulk ni ke ular tedung tu.

Kalau lu orang ingat lagi, gua pernah cerita pasal Aunty Maria. Orang yang tiap-tiap hari bawakkan gua cereal, roti dan susu untuk gua masa Cik Puan Besar gua lambat sampai ke hospital. Aunty Maria datang ke hospital sebab anak dia, Afiq nak dioperate. Gua pun jadik kamcing sama Afiq.

Satu hari, gua sama Afiq keluar dari wad. Afiq bawak gua menggunakan wheelchair. Best betul, tak payah jalan. Hehe. Gua sama Afiq pekena pizza instant sama coke dekat kantin hospital. Ok, gua mengaku.. semua Afiq belanja. Hehehe. Gua bukan kedekut, tapi gua terlupa nak bawak duit sejak cikgu gua, Miss Juliana hantar gua ke hospital.

Afiq : Kau ada mp3 baru-baru tak? aku nak bluetooth
Gua : Ish, mane ade. Aku pakai samsung flip ni je kot.
Afiq : Owh, ok ok.. eh kau tau kan oag?
Gua : aku pun layan gak oag. Apsal?
Afiq : Aku rasa paling best lagu lama dia, ni haa.. aku dengar hari-hari pun tak boring

Afiq pasang lagu Oag-biru dari handfon nokia beliau :



Terangkanlah untuk dia
Terangkanlah untukku
Kerna ku tak selalu menghampirimu
Dan selalu

Oh... Inikah yang kuterima
Kau berlalu tanpa suara
Pandanganmu... pandangannya
Menembusi bayanganku


Gua hampir terlupa Ahad lepas genap 2 tahun Afiq kembali bertemu dia yang maha satu. Bila gua dengar-dengar balik, memang lirik lagu ni macam Afiq. Gua agak menyesal sebab Afiq berlalu tanpa suara...

Friday, December 10, 2010

Cerita Member Gua

Gua ada sorang kawan dari umur 7 tahun. Nama dia Hakimi Musa. Gua nak terangkan ciri-ciri maskulin dan ciri-ciri feminin yang ada terselit satu dua pada member gua ni..


Lu orang nampak vest uitm tu? Tak silap gua time ni dia patut serve orang lain tapi gua kurang pasti kenapa dia yang duduk makan. Mungkin saja nak bergambar barangkali..



Ini muka Kimi Musa bila diluar waktu pejabat. Bila gua cakap yang gua kadangkala nak bagi penyepak pada dia, lu orang bising. Lu orang cakap gua kejam. Nah gua bagi tunjuk. Amacam?



Boleh lepak dimana-mana sahaja. Di atas lantai jusco? di parking lot depan bank Islam? di depan saloon? semua boleh. Tiada masalah langsung bagi Kimi. Janji dapat melepaskan penat di badan.



Di gilai para wanita dan juga... errr segelintir lelaki. Gua masih sangsi kenapa ramai wanita yang mahu bergambar sama Kimi. Sampai bergaduh tarik rambut pun ada. Pfft




Pekerja yang sistematik. Ni gambar masa dia di bahagian kitchen. Tengok muka dia, macam dah bekerja overtime 8 jam. Yang sebelah dia tu makwe yang dia minat yang sama-sama ambik course sama dengan dia. Tapi dia malu nak cakap. Hehe




Baik dengan lecturer. Kimi sangat menghormati orang tua, lagi lagi lecturer. Kalau depan lecturer muka dia akan berubah 360 degree. Badan pun boleh jadik taf semacam. Gua syak lecturer tu ada anak perempuan iras Hanis Zalikha..




Seorang pemain futsal, penyokong Manchester United dan of kos England. Tapi world cup lepas dia sokong Jerman bila England dah out. Lepas Jerman out, tetiba join Spain gua. Tu yang gua panas.



Sorang penari tradisional yang versatail. Lu orang kena tengok dia masa pertandingan menari zapin dulu. Haha. Ni la contohnya.. Tapi ini bukan zapin. Ni menari sotong




Pandai bergambar ikut situasi. Lu orang tengok tu, panas-panas pun selamber muka cool. Tapi jangan terpedaya itu semua. Kimi hanya akan tersenyum bila depan kamera sahaja tak kira la kalau tengah marah sekalipun. Lepas lu orang dah ambik gambar dia, dia akan sambung mencarut balik. Sumpah tak tipu!



Ini gambar raya tahun lepas. Dia Kimi yang pakai jam kuning tu. Playboy malaya? haha, jangan tanya kenapa. Dengar cerita dia makin kurus lepas raya. Celah mana kurusnya gua pun was-was.

Thursday, December 9, 2010

Mesin Masa

Satu petang di bulan Oktober, gua terjumpa mesin cahaya masa. Masa tu gua masih remaja yang masih tergila-gila sama Kimberly, power rangers merah jambu. Apa yang gua nak ceritakan ini adalah pengalaman gua kembali ke masa depan gua...

Yang gua ingat hanya asap putih. Gua berada di atas katil. Tanpa berlengah, gua terus ke cermin di bilik tidur gua. Sudah gua jangka gua akan menjadi seorang dewasa yang kacak dan sasa. pfft, ok fine! gua tak sasa. Gua tersengih sendirian di depan cermin.

"so early huh?"

Gua terperanjat. Gua tengok ada wanita atas katil gua tidur tadi.

"kau sape?"

Ternyata wanita tersebut kurang selesa sama soalan gua. Denga kening sebelah terangkat, dia menjawab :

"Hello??! Ni I la Megan. Your wife. What are you? nut??"

Sungguh kurang ajar isteri gua.. Tapi gua cool. Tapi macam mana gua boleh lupa sama Megan? mustahil.. mungkin kesan sampingan mesin masa. Gua hanya pandang Megan yang menyarung kembali baju tidurnya.

"want some breakfast?"
"yea.. sure."

Gua terus turun ke bawah. Potret-potret gambar yang terlekat di dinding memberikan gua klu tentang apa terjadi pada gua di masa akan datang. Ada gambar gua main golf. Ada gambar wedding gua sama megan dan yang paling penting... tiada gambar budak kecil. Gua tersenyum suka sambil mempercepat langkah kaki gua ke dining hall.

Megan duduk berhadapan dengan gua. Dengan senyuman masih lagi menawan macam dalam cerita transformers sama Shia Lebouf. Bila gua terbayang yang Shia Lebouf pernah comolot sama bini gua, gua jadik bengang. Tapi gua masih lagi cool..

"u nak makan apa?"

"Nasi lemak maybe?"

Jawab gua penuh ikhlas dengan nada iras-iras suami mithali.

"what?! no! u tau kan nasi lemak tu berminyak. kolesterol pun banyak, tak baik untuk jantung. Nanti u pengsan masa main golf sape yang susah??"

Gua hanya terdiam. Mungkin gua sudah berkahwin dengan Megan yang kini sudah berhenti berlakon dan menjadi pakar pemakanan. Mungkin..

"Ok-ok, Roti canai la kalau macam tu"

"Again? U tau kan I dah pernah cakap yang roti canai tu tak bagus untuk breakfast? It just not perfect. Time pagi-pagi ni la u kena makan benda yang sihat. Lagipun u kan tau i memang dari dulu fail masak kari"

Ok, ape bende ini semua? perut gua dah lapar tahap maksima.

"err, how bout lontong?"

"Lontong? owh please... I mane la tau masak tu semua. Lagipun I nak kejar masa kan. Kejap lagi I ada meeting dengan client. Lepas tu I dah janji nak teman kawan I Katy Perry shopping swimming suit. Told u before right?"

Gua stress dan terus berlari ke atas dan masuk ke bilik. Nasib gua kurang baik, gua tergelincir akibat terpijak victoria's secret bini gua yang bersepah di lantai dan pengsan. Bila gua sedar, gua telah kembali ke kehidupan remaja gua.

Satu je gua ingat masa tu..

" Bab bab makan, jangan di ajak bergurau."

Hehehe


Entry Carik Gaduh

Masa gua belek-belek gambar lama, gua jumpa ini..


facebook 2009


Hollywood Boulevard, March 2010


Jazz Standard, NYC 2009


Staples Center, Los Angeles November 2008

Sebelum lu orang nak macam-macam, gua blah dulu. Bye.

Wednesday, December 8, 2010

Tapak Sulaiman

Masih ingat sama member gua Anan? Semalam petang dia ada chat sama gua. Lagi sekali dia menceritakan perihal masalah beliau ke gua..

Anan : Wey, aku ada bende nak tanye kau
Gua : mende?
Anan : Kau tau kan tapak sulaiman?
Gua : Apsal?
Anan : aku konfius name dia in english
Gua : starfish la
Anan : ye ke?
Gua : Kau pegi la google

Lepas beberapa minit..

Anan : aah la starfish
Gua : apsal dengan starfish?
Anan : bukan name dia solomon fish ke?
Gua : pegi mati la kau. maaalas aku layan kau

Sunday, December 5, 2010

Vocal Trance

Bagi gua, yang penting bagi sesebuah lagu vocal trance adalah vocal itu sendiri. Vocal trance adalah lagu yang bagi gua seksi, dan melodrama. Ok, gua nak listkan top 10 best singer in trance bagi gua.

1. Yasmin Shahmir
Age : 21
Origin : London, England



2. Sharon den Adel
Age : 36
Origin : Waddinxveen, Holland



3. Becky Jean William

Age : N/A
Origin : Salt Lake City, Utah



4. Aruna

Age : N/A
Origin : California, United States



5. Nadia Ali

Age : 30
Origin : Libya



6. Sarah Mclachlan

Age : 42
Origin : Halifax, Canada



7. Denise Rivera

Age : N/A
Origin : La Paz, Bolivia

8. Emma Lock

Age : N/A
Origin : England


9. Jaren

Age : 26
Origin : California, United States





10. Tiff Lacey
Age : N/A
Origin : Kent, England


Saturday, December 4, 2010

Seram versi 2

Kali ni gua nak bagitau lu orang kisah seram gua yang kedua. Kejadian seram yang gua nak ceritakan ini adalah yang paling latest. Masa piala dunia...

Masa piala dunia, gua berada di Malaysia. Cuti summer. Oleh itu, gua yang brader-brader ni akan secara automatik akan melepak di mamak untuk tengok bola. Prinsip tengok bola amat senang. Cari port yang strategik, teh tarik dan pastikan jangan bawak makwe lu orang. Ingat. Pegang kepada 3 benda yang gua cakap ni dan jangan tanya sebabnya.

Owh, lagi satu. Kalau lu orang nak usha makwe-makwe di mamak masa tengok bola, gua bagi tips senang. Datang la mamak bila ada game Liverpool. Lu orang carik la makwe mane yang cakap Fernando Torres tak macho. Kalau ada makwe cakap Torres tak macho, itu semua palsu. Jangan pergi time game Chelsea. Apa lu ingat muka Didier Drogba boleh pancing makwe ke?

Ok ok. Masa piala dunia, memang setiap kali game gua akan ke mamak. Kadang-kadang sampai pukul 4 baru gua balik kerumah. Itu belum lagi kalau game ade masa tambahan. Satu hari Cik Puan Besar gua bersuara :

"Kan dekat rumah boleh tengok bola. Yang sibuk ke mamak kenapa?"

Gua diam sambil tersengih. Ada ke brader-brader lepak tengok piala dunia depan tv rumah?
Tak macho langsung.

"Lain kali kalau habis je tengok bola, terus balik. Jangan nak nak tunggu-tunggu lagi"

"kenapa pulak?"

Gua tanya ke Cik Puan Besar gua sambil tangan sibuk menaip di laptop.

"takde ape la. Bahaya balik lewat pagi"

Cik Puan Besar gua capai spek mata sebab nak membaca surat khabar. Gua malas nak tanya lebih. Gua sambung berfacebook.

***************************************************************

Satu malam, gua ke mamak. Ramai betul orang. Gua pulak boleh sampai lambat, nasib baik member gua dah reserve tempat untuk gua. Murti pulak gua tengok sibuk betul ambik order air. Tau la bangladesh tak penah masuk piala dunia. Tapi ambik la tau hal-hal penting macam ni.

Tak silap gua malam tu match Jerman. Gua balik rumah dalam pukul 4 lebih pagi. Gua balik rumah, gua tutup gate. Gua lepak depan rumah sorang-sorang sambil nyala Dunhill light. Depan rumah gua ada rumah Aunty chinese dari singapura. Kadang-kadang ada orang, kadang-kadang kosong.

Entah kenapa pagi tu mata gua gatal nak usha rumah tu. Gua nampak ada susuk tubuh putih berjalan atas rumah Aunty chinese.

"babi la!"

Gua cakap dalam hati sambil campak puntung rokok ke pasu bunga Cik Puan Besar gua. Pelan-pelan gua masuk rumah, gua kunci pintu dan gua masuk bilik.

Bila gua cerita dengan Cik Puan Besar gua, dia cakap :

"Pak Cik Zahari tu ada cerita. Dia pun pernah jugak nampak perempuan jalan atas bumbung rumah kita. Tu yang jangan nak suka balik pagi-pagi buta!"

Gua diam. Takpe, Espanyol punya pasal, pedulik ape gua sama hantu. Lantak kau la nak jalan ke, lari ke, piknik sekalipun. Espanyol tetap Espanyol! Visca de Espana!


Gua time nak membayar ke Murti. Cilaka, tak boleh diskaun langsung!



Emy, Faiz dan gua. Masa ni Spain menang final
Owh ye, yang jersey Emy tu gua punya. Dia ada jersey Portugal je. haha



Wednesday, December 1, 2010

Si Mabuk

Pagi tadi gua sedikit kelam kabut. Gua ke kelas law pada pukul 1.30 petang dan gua tersalah bawak modul. Memang celaka. Nasib gua agak baik sebab lecturer gua takde mood nak cek modul. Balik dari kelas, gua singgah ke kontinen (shopping centre di russia) untuk membeli kad evroset, kira macam kad ring ring untuk gua telefon bonda gua di Malaysia.

Tangan dan tapak kaki gua dah rasa kebas, gua singgah di coffee shop. Gua call bonda gua, line busy. Gua call pulak ayahanda gua, juga busy. Gua call adik gua, dia jugak busy study untuk Spm. Gua call adik gua paling kecik, baru dapat. Susah betul. Lain kali gua kena buat appointment untuk call family gua agaknya.

Hari ini punya weather memang sejuk macam gampang. gua pakai winter socks sama leather shoes macam gua kaki ayam, main ice skating. Gua benci Russian winter macam gua benci novel Potato People masa sekolah dulu.

Nasib gua agak baik sebab masa gua keluar dari kontinen, trolley bus sampai tepat pada masa. Tak payah gua nak tunggu lama sambil mencarut dalam hati. Ada dua orang budak sekolah rendah dalam linkungan umur 7 atau 8 tahun naik sekali sama gua. Sorang pakai snowcap kelabu, dan sorang lagi hitam.

Masa konduktor bas datang, gua hulur student card. Budak snowcap kelabu pun hulur student card, manakala budak snowcap hitam tercarik-carik card dalam poket seluar. Sebelah gua ada seorang pakcik pertengahan umur yang gua syak tengah mabuk. Muka high sambil tangan pegang botol beer. Konduktor bas malas nak menunggu. Dia terus duduk di kerusi khas konduktor.

Pakcik mabuk bising-bising ke arah konduktor sebab tak cek kad budak snowcap hitam. Konduktor bas, serba salah. Sekali lagi dia mintak kad ke budak snowcap hitam. Budak snowcap hitam masih teraba-raba mencari kad di poket seluar. Member dia, budak snowcap kelabu keluarkan beberapa syiling dari poket untuk membayarkan si snowcap hitam tapi tak cukup. Gua agak kesian, gua hulur 20 ruble ke konduktor bas untuk bayarkan tambang budak snowcap hitam.

Pakcik mabuk sound keras ke gua. Gua buat bodoh. Tiba-tiba pakcik mabuk pegang gua punya collar trench coat sambil sound gua macam nak bergaduh. Gua agak terperanjat. Gua tolak pakcik mabuk, gua cakap 'fuck off!'. Brader konduktor datang dan sound pakcik mabuk suruh keluar dari bas. Pakcik mabuk duduk di kerusi sambil mulut masih lagi bising.

Di station berikutnya, gua turun dan berjalan kerumah sambil perasaan gua masih kacau bilau. Gua harap pakcik mabuk mati cepat.