Monday, November 15, 2010

Korban

Sudah lama jugak gua tak update blog gua. Dah, gua tak nak cakap panjang dan mintak maaf bagai. Kalau lu orang masih baca blog gua, gua ucapkan ribuan terima kasih. Tapi kalau lu orang rasa bengang dengan gua sebab gua pemalas macam haram nak update, gua tak marah kalau lu orang nak angkat kaki. Okey?

So, pertama sekali gua ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat yang beragama Islam. Tahun ni tahun ke 2 gua tak sambut raya aidiladha. Tapi tak apa, sebab aidilfitri gua berkesempatan menyambutnya di tanah air. kira orait la kan.Orang kata aidilfitri lagi meriah berbanding aidiladha.

So kepada Cik Puan Besar dan Boss gua yang berada di Johor Bahru, gua ingin ucapkan selamat bergembira di hari mulia. Ampun maaf juga dipinta agar sejahtera selalu hidup anakanda berdua disini.

SELAMAT AIDILADHA!



cheers!

5 comments: