Sunday, November 28, 2010

Muzik untuk kanak-kanak

Ramai anak muda sekarang banyak yang berbangga dengan arus muzik dari luar. Gua kadang-kadang terfikir, apa nasib budak-budak yang lahir di zaman millenium yang didedahkan dengan lagu barat. Gua agak kesal bila melihat tindakan tak bermoral kawan gua, Nurullail memasang lagu Justin Bieber kepada anak beliau, Danish di dalam kereta mahupun di ruang tamu rumah. Harap main futsal je hebat, bab pilih lagu untuk anak fail.

Masa gua ke rumah terbuka raya Nurullail, gua panas telinga bila dengar Danish menyanyi "baby, baby baby, ohhh~~" ke atuk dia. Apa gampang?

Oleh itu gua ingin memberi sedikit contoh, ataupun guidance kepada ibu bapa diluar sana dalam memilih muzik yang sesuai buat anak-anak dirumah yang tak lari dari konsep Malaysia.


1. Ella (ratu rock Malaysia)



Siapa tak kenal Ella? kalau tak kenal, pergi start kete. Bawak laju-laju, pergi rempuh lori treller.
Gila apa tak kenal sama Ella. Gua memang respek sama Ella sebab suara dia memang rock. Takde lagi perempuan yang gua rasa setanding Ella di Malaysia.


2. Ning Baizura (ratu soul Malaysia)



Kalau lu orang rasa tak suka rock, gua cadangkan Ning Baizura. Gua rasa suara Ning Baizura memang rare dan dia agak ternama di negara luar seperti di US. Bagi gua Ning ni macam Mariah Carey version Malaysia.


3. Jamal Abdillah (raja pop Malaysia)



Agak-agak lu suka pop muzik, gua rasa Jamal adalah orangnya. Suara beliau agak ke'ghazalan' bagi gua sebab suara beliau agak klasik sebaris dengan Broery Marantika. I guess..


4. Amy Search (penyanyi search)



Amy adalah orang yang sesuai bagi lu orang yang minat rock dan ada anak lelaki. Beliau adalah penyanyi rock yang semua orang dah kenal tak kira dalam malaysia mahupun di negara jiran. Pengaruh beliau memang kuat, lagi-lagi dikalangan pekerja buruh binaan di JB.


5. Raihan (king of nasyid)



Kumpulan nasyid memang banyak di Malaysia. Tapi gua personally mencadangkan Raihan sebab diorang punya nasyid memang 'true'. Lu orang beli cd dia, kasik anak-anak lu orang dengar, Insyaallah anak-anak lu orang menjadi insan yang berguna. Paling kurang pun jadi penyanyi nasyid masa maulidur rasul peringkat sekolah.


6. Ramli Sarip ( taiko rock puisi)



Bagi lu orang yang mahu sedikit kelainan, nah gua bagi Ramli Sarip. Dengan suara serak-serak basah dan juga puisi yang bermesej positif, gua yakin muzik beliau amat sesuai untuk budak-budak. Jangan kata budak-budak, mak budak pun sesuai.

Saturday, November 27, 2010

Bola

Tadi gua ada layan FIFA 11 dengan kawan gua, Hafiz Akmal (mamu). Apsal mamu? tu gua kurang pasti. Mungkin dia ada darah penang.

Mamu memilih kumpulan Inter Milan, kelab bola sepak dari Itali. Gua pulak steady pakai Blackpool, kelab dari England. Tengah gua layan mamu main ps3, gua tanya :

Gua : Chivu ni player mane? Maksud aku negara..
Mamu : Entah.. Indonesia kot..

Mamu jawab tanpa rasa bersalah. Gua pandang muka mamu macam gua pandang Doktor Rozmey dekat youtube..

Cristian Chivu, pemain Inter Milan dari Romania

Ade rupa Indon ke ape?

Friday, November 26, 2010

Bila 7 hari

Umur gua sudah mencecah 20 tahun. Misai dan jambang adalah perkara biasa buat gua dan juga remaja yang sebaya dengan gua. Bagi gua, gua personally tidak suka untuk menyimpai misai dan jamban. Oleh itu, setiap 3 hari gua akan shave segala misai dan jambang yang konon nak 'up' di kulit muka gua.

Tetapi gua sedikit kesal pasal minggu ini. Gua kurang sihat dan juga sibuk. Oleh itu gua terlupa nak shave seminggu. Bila bangun pagi tadi, gua usha cermin. Muka gua memang handred persent macam ni :






Sumpah gua tak tipu. Haha

Sunday, November 21, 2010

Tragedi Banglo Bapak Gua

Kali ini gua nak buat satu entry mood seram, Orang kata apa barang jadi jantan kalau tengok cerita Ju-On tutup muka pakai bantal. Tapi gua nak cerita satu kisah seram yang betul. Real. Bukan mengarut yang bukan-bukan. Sorry, gua bukan Uncle Seekers. Pfft

Ok, penghujung tahun 2007, gua habis SPM. Gua berhijrah ke Melaka. Time tu member-member gua yang lain sibuk kerja. Ada yang kerja goreng fillet di mcd, ade yang kerja promoter di topshop, yang kerja habiskan duit mak bapak pun tak kurang juga, Bagi gua, gua mahukan sedikit ruang dan sebab itu gua berhijrah ke Melaka, ke banglo keluarga gua yang bapak gua bina (bukan dia sendiri bina tapi upah kontraktor bina la) atas tanah pusaka moyang gua.

Keluarga gua memang jarang balik ke banglo di Melaka. Masa gua baru-baru menetap disitu, memang banyak betul kerja yang gua kena buat. Mop lantai, cuci jamban, lap tingkap.. semua la gua yang kena buat. Nasib baik kawasan halaman rumah gua yang berumput, bapak gua dah upah orang kasik tebas. Kalau gua jugak yang kena tebas memang lemak la kan.

Hari pertama gua menginap seorang diri di banglo keluarga gua yang dikelilingi dengan tanah terbiar yang penuh dengan pokok-pokok hutan. Gua rasa happy. Macam tengah bercuti tengah hutan.. Segalanya gua kena buat sendiri. Gua pergi ke dapur, gua keluarkan spageti sama sebotol prego dari dalam rak. Segalanya gua buat dengan tenang sehingga gua terbayang ada kelibat putih lalu depan tingkap belakang kitchen gua. Memang gua mengaku yang gua agak terperanjat tapi bila gua fikir-fikir balik, sape nak masak untuk gua? jadi gua sound hantu sedikit keras sambil tutup mata :

"kak, nak lalu tu boleh. Lalulah cepat. gua nak masak ni"

Gua bukak mata ternyata 'kakak' tersebut tak berani dengan gua. Gua senyum sambil nyanyi lagu S.M Salim sama Siti Nurhaliza. Lepas makan gua masuk bilik, gua nyala lampu tidur sebab bukan gua takut. Tapi gua risau kalau ada makwe menyelinap masuk rumah gua dan buat bukan-bukan ke gua. Senang gua bagi back kick...

Terus terang gua cakap, bila gua tidur malam, gua akan pastikan yang gua akan on lampu tidur. Tapi yang gua musykil, asal gua bangun pagi mesti lampu tidur gua dah off. Gua syak ada something wrong. Tapi takpe. Gua buat bodoh. Barulah brader-brader.

Berbekalkan superbike gua dan lesen L jpj, gua mendapat pekerjaan sebagai front officer di sebuah resort di melaka. Gua bukan apa, gua boring duduk rumah. Balik rumah pukul 1 atau 2 pagi dan terpaksa meredah jalan berhutan sejauh 1 kilometer sudah biasa buat gua masa gua kerja dulu. "kakak" putih yang selalu lalu belakang rumah gua pun gua dah lama tak nampak.

beberapa minggu kemudian :

Gua terima panggilan dari kenalan lama gua, Irfan dari Johor Bahru. Katanya mahu lepak sama dengan gua. Masa hari diorang sampai, gua terpaksa tunggu di highway untuk guide diorang ke rumah gua. Cilaka punya lama gua tunggu dekat tepi highway. Tak market langsung. Padahal gua rasa senang je nak ke rumah gua. Tengok je la signboard. Ye tak? Biasa la, orang kecik-kecik duduk New York mana tau baca signboard bahasa melayu.

Dalam pukul 5 lebih petang, kereta myvi auto tak habis bayar lagi kepunyaan Irfan tiba di rumah gua. Gua tengok muka Irfan, Anis sama Daus dah macam tenuk. Konon penat drive beribu kilometer.

Malam tu gua masak menu special. Gua masak spageti sama prego. Hahaha. Chill la, jangan marah gua. Dah tu je yang gua reti masak time tu. Ok ok gua sambung. Lepas gua masak kitorang pun makan. Gua dah memang standbai coke 3 botol sama twisties. So malam tu kitorang lepak kat depan luar rumah gua. Kitorang berbual panjang. Si Daus pulak tiba-tiba nak ke toilet. Katanya tank beliau sudah full. Si Daus masuk ke rumah untuk ke toilet.

Tiba-tiba gua dengar bunyi tapak kaki orang berlari. Kuat semacam. Rupa-rupa si Daus. Patut la kuat, saiz kaki pun saiz 11.

Gua : kau ni apa hal?
gua tanya sedikit garang

Daus : Fan, teman aku jap. aku takut.
Irfan : Kau ni dah kenapa? nak suruh aku basuhkan?

Si Anis konon buat muka geli sambil jari ligat tekan butang henfon.

Daus : Aku nampak budak kecik dekat kitchen kau mel.

Gua pandang Irfan, Irfan pandang gua, Anis pandang gua sama Irfan, si Daus pulak sibuk tekan-tekan zip seluar konon dah tak tahan nak terkencing.

Gua : ok ok gua teman..

Lepas tu bapak gua pernah cakap yang dekat rumah gua tu memang ada macam budak kecik pompuan. Tapi dia tak kacau orang. Sampai sekarang, setiap kali gua tidur bilik gua mesti lampu tidur gua ada orang off bila gua bangun. Gua syak budak kecik tu punya kerja, suka benar main lampu. Kang kena karen padan muka.

"Terima kasih adik tolong tutup lampu"..



Friday, November 19, 2010

Kuih

Malam semalam kawan gua si Anan skype gua. Dia kata dia ada masalah. Gua pun nak jugak dengar apa masalah dia.

Anan : wey, aku ada masalah doh
Gua : laa, masalah ape pulak kau ni?
Anan : aku rasa nak buat something new, u know...
Gua : ape bende pulak kau nak buat? kau jangan macam-macam
Anan : aku nak ada hobi baru
Gua : futsal la macam biasa
Anan : penat.. lain?
Gua : paintball?
Anan : mahal.. lain?
Gua : babi la kau! memilih
Anan : takkan takde lain kot?
Gua : melukis.. xpenat, mahal pun x
Anan : aku xde bakat.. lain?
Gua : kau duduk rumah diam-diam sudah.
Anan : aku rasa nak try buat kuih la. macam dalam tv
Gua : maaaalas aku layan kau!

Monday, November 15, 2010

Korban

Sudah lama jugak gua tak update blog gua. Dah, gua tak nak cakap panjang dan mintak maaf bagai. Kalau lu orang masih baca blog gua, gua ucapkan ribuan terima kasih. Tapi kalau lu orang rasa bengang dengan gua sebab gua pemalas macam haram nak update, gua tak marah kalau lu orang nak angkat kaki. Okey?

So, pertama sekali gua ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat yang beragama Islam. Tahun ni tahun ke 2 gua tak sambut raya aidiladha. Tapi tak apa, sebab aidilfitri gua berkesempatan menyambutnya di tanah air. kira orait la kan.Orang kata aidilfitri lagi meriah berbanding aidiladha.

So kepada Cik Puan Besar dan Boss gua yang berada di Johor Bahru, gua ingin ucapkan selamat bergembira di hari mulia. Ampun maaf juga dipinta agar sejahtera selalu hidup anakanda berdua disini.

SELAMAT AIDILADHA!



cheers!

Monday, November 8, 2010

Selamat


"Tersenyum simpul si anak Bandung,
Melihat si dara ditepi perigi,
Jika hayat masih dikandung,
Kita pasti bertemu lagi."

Thursday, November 4, 2010

Bienvenue à Saint-Pétersbourg

gambar masa gua foundation di Unikl dulu

Welcome to Petersburg, Moscow people! To Abdul Rahim, Nadzri Brat, Arifuddien Abe, Kanan, Faiz Nadli, Haziq and my long lost mate Faris.

Monday, November 1, 2010

100

Beberapa tahun akan datang, scenario di Malaysia..

Orang Politik :
- Seperti yang kita dapat jangka, Menara warisan yang kita buat dulu memberikan impak kepada negara dan keuntungan kepada kita ye.. saya ulang kita..

Nelayan :
- Entahla, saya pernah tengok dekat tv, tapi belum pernah pergi tengok depan mata la.. Rupa bangunan tu pun saya ingat-ingat lupa. Tengah laut ni mana ada masa nak tengok menara. Sekarang ni ikan tak menentu, bil lagi lagi nak bayar

Mak cik jual kuih :
- La, kamu tanya makcik, mane la makcik tau. Eh, tak kuasa la makcik nak ambik tahu pasal menara ni. Orang kaya boleh la pegi sana. Makcik jual kuih ni pun berapa sen la sangat dapat kamu tahu.

Uncle bawak bas :
- Itu bangunan ka adik? aiyo, uncle hari-hari juga baca dalam itu paper. Ada la nampak sikit-sikit. Tinggi jugak kan? Proud to be Malaysian la.

Aunty kedai runcit :
- Aunty tak kisah lor kalau itu tower ada atau tak. Aunty fikir bisnes saja. Bisnes jalan. aunty pun jalan. Bisnes mati, aunty mati woo.

Orang Asing :
- Owh, so this is the 100 storey tower thing huh? Not bad. I hope plane will not hit it like 11 September

Gua :
- Ini la dia tower yang buat allowance gua kena potong masa tahun 2010 dulu. *bakar rokok sebatang.