Monday, January 25, 2010

Karipap

Sejak dari bulan puasa tahun lepas, aku dah target bila aku balik tanah air, aku nak makan karipap banyak-banyak. Sape tak tau ape itu karipap, boleh carik di wikipedia. Orang Singapore sini panggil "epok-epok".

Satu hari, aku teman kawan aku, Amar Lokman pegi shopping. Dia mau beli necktie same slack. dalam perjalanan, sumpah aku panas hati dengan mat rempit yang baru abis spm berlumba tengah jalan. Kalau mati jatuh gaung ke, motor meletup ke, aku tak heran langsung. Ni tak, boleh dia cilok zig-zag. Aku tengok dahi Amar dah ada titik-titik peluh remaja, takut mat rempit terlanggar honda civic baru mak dia. Buat mat rempit yang baca entry ni, aku harap korang bawak motor elok-elok, biar lambat, asal sampai destinasi 'one set'. takde kepala tercabut la, tangan putus la. Kalau kau orang tak terima nasihat aku, ape aku kisah. kan?

Lagi satu, aku betul-betul segan dengan orang melayu kita. sampai satu traffic light, aku tengok ade 3 orang mat bangla melintas jalan. masing-masing pakai kain hitam balut di lengan. Owh, lupa nak bagitau, kami orang Johor sedang berkabung sebab mangkatnya Almarhum Sultan Iskandar. Balik kepada cerita tadi, orang Islam kene pakai songkok lilit kain putih bagi lelaki dan tudung putih bagi wanita. Kalau orang melayu sendiri tak pakai, tapi mat bangla pakai, ape maknenye tu? aku dengan Amar masing-masing dah standby songkok dekat seat belakang.

Sampai tempat shopping, amar terus pegi ke bahagian suave. katanya situ bajet rendah, duit lebih mak dia bagi boleh hentam pegi makan. Dekat setengah jam aku tunggu promoter, tak sampai2. aku tanya brader promoter bahagian renoma :

aku : sori bang, promoter suave ni mane ye?
abang renoma : dia ade tadi dik, tak tau la mane dia pegi. jap lagi ade la kot
*aku dengan amar terus blah pegi food court

lepas makan, aku datang balik tempat suave dengan amar. promoter masih lagi haram. nasib baik aku tengok amar mood dia ok, kalau macam selalu, sumpah dah bergado.
dalam 15 minit promoter datang. laa, perempuan rupenye.

amar : kak, slack ni size 31.
kakak promoter : kejap ye dik
*lepas 10 minit mcm tu.
kakak promoter : abis la dik, stock kita dah xde.
amar : owh ye ke? xpe la kak. terima kasih

aku pandang kakak tu, sambil buat isyarat mata konon nak carik gaduh.

Lepas abis, aku dengan amar bertolak balik. dekat-dekat area nak balik tu, aku nampak sorang mak cik jual kuih. terus aku suruh amar stop. aku keluar, berjalan ke gerai kuih. sampai2 mata aku memang dah set, carik karipap.

aku : berape ye ni mak cik?
mak cik kuih : 3 singgit dik
aku : bagi saya 2 ringgit la mcm tu
mak cik kuih : sardin ke kentang?
aku : bagi semua kentang...

***********************************************************

ps :lepas selesai akad jual beli, aku blah masuk kereta. Nasib baik ade karipap mak cik tu, hilang rase nak bergaduh dengan mat rempit, orang melayu tak berkabung, sama kakak promoter suave.

Saturday, January 16, 2010

Rancang


Rizal Kasim@Nok (pelajar jurusan perubatan di India)


Aishwarya Rai@awek Rizal(selebriti di india)

sekarang aku tengah sibuk exam. Hari isnin ni hari terakhir exam. sibuk-sibuk aku exam, sempat jugak aku siapkan jadual perancangan diri aku ketika berada di Malaysia. Aku tak nak pengisian masa yang tak berfaedah bila aku cuti. antara perancangan yang sempat aku rangka :

1. Gigi - appointment dentist, gigi aku xde prob cuma precaution
2. Rambut - appointment dengan kevin, si bapuk saloon. kasi adjust rambut serupa zack efron
3. Muhibbah - appointment dengan mamak2 sana. tengok kualiti roti canai diorang berubah ke tidak.
4. GSC - appointment dengan wayang gambar terbaru. kalau cerita cam gampang aku report company wayang sini.
5. Low yatt - appointment kasik repair laptop aku. entah ape prob aku x tau. adik aku dapat mac baru. cam cilaka!
6. Optometrist - kasik repair spec aku yang aku rasa dah nazak nauzubillah.
7. kengkawan - ni pun penting, wajib. kang kate lupe kawan pulak kan?

ps : awal2 lagi member gua si Rizal sudah sound. kalau aku balik x contact dia, dia xnak bagi kad jemputan kat aku bila dia kawin dengan aishwarya rai kat india nanti.

Wednesday, January 13, 2010

Visa

Semalam, cik puan besar aku telefon :

cik puan besar : bilenye nak balik? 19 tu confirm?
Aku : a'ah, 19. esok baru pergi uni, settle visa

Bagi di Russia, kalau mahu masuk atau keluar dari negara komunis ni memang perlukan visa.

2 hari yang lepas...

Aku, dan 2 rakan sekerja bergerak dari Avtovo ke Lotsmankaya. Cuaca agak kelam, salji jangan cakap, bersepah sepah, kotor macam gampang.

Sampai di Lotsmankaya, kami berjumpa dengan Ludmila, berbincang pasal visa :

Ludmila : Ni exam sume dah habis?
Aku : belum lagi, ade 2 lagi. Geometry dan math
Ludmila : boleh tengok buku zacot?

*syamim dengan shukram aku tengok dah gelabah, aku steady cool.

owh, kami x bawak buku zacot

Viktor : hah, kalau xde buku zacot, jangan nak cakap pasal visa
* ade suara gampang mane ntah menyampuk. aku usha atas meja dia ada name Viktor. Aku syak tu la name dia. Assistant Ludmila la kot. aku abaikan. yang menjadi matlamat adalah Ludmila.

Ludmila : ok2, macam ni, saya x boleh bagi visa lagi. kamu buat dulu exam geometry, then jumpa saya rabu. ok?

aku :ok2

semalam...
aku exam geometry la, ape lagi. setakat dapat 5, piece of cake! (aku memang berlagak, ada masalah?)

hari ini...
aku dan rakan ke Ulyanka, hati dah happy sebab dapat nak dapat visa
Pukul 1, aku dah ready depan ofis Ludmila, masuk ofis aku terus keluar satu borang dengan buku zacot bagi pada Ludmila.

Ludmila : exam math x settle lagi?

*ah sudah, ni prob la ni.

Daim : math kitorang buat sabtu ni

Ludmila : ok2, settlekan dulu math, then siap baru jumpa saya balik di Lotsmankaya. baru saya bagi visa.

*aku simpan balik buku zacot kemas kemas, aku keluar universiti sambil usha tong sampah, nak jugak aku kasi terajang tong sampah universiti tu.

ps : Tiba-tiba gua teringat muka si Viktor. Sial! muka viktor sumpah boleh carik gaduh


Sunday, January 10, 2010

selebriti dan saya



Haniff Suleiman or Pep Guardiola?




Shukram or David Villa?




Fakhrul or Fido?



Khalis Yunus or Omarion?




Syah Mohd or Cristiano Ronaldo?




Aizat Azizan or Aizat AF?





Teyra or Yunalis?




Syamim Shukri or Jalaluddin Hassan?



Syamil Yusoff or Awal Ashaari?


Vote untuk selebriti yang paling anda suka di column comment..













































Wednesday, January 6, 2010

Teksi



hari ni aku nak cerita pasal lagi sorang member aku. Name dia Megat Muhammad Arief bin Roslan. Seperti gambar yang aku letak kat atas ni, ye, dia memang mat jambu.

Aku ingat lagi, dulu setiap kali outing aku selalu keluar dengan dia. Bak kate makwe makwe, BFFTD (best friend forever till die)

Owh lupa, aku dgn megat ni satu skola time form 1 sampai form 3.

Cerite pasal outing, satu hari aku dgn megat tunggu teksi depan maktab. Nak harapkan bas, memang haram nak lalu.Teksi pulak jenis old skool yang kalau bawak kat highway memang confirm kene ready number plus peronda takut2 terbarai tengah jalan. kawasan sekitar skola aku tu memang popular sebab tu la port komunis lepak2 main dam haji mase malaysia tak merdeka dulu. berhutan sana sini. xde nilai2 negara maju langsung.

Time tu makwe makwe yang menjadi kegilaan macam Akmal Liyana dengan geng dia, pun nak keluar skali. aku dengan megat dah kontrol steady, buat buat macam xde pape walaupun baju batik dah basah berpeluh, muke dah berkerut kerut.

Relek je si Akmal Liyana letak kad outing lalu depan aku, fuh.. dia punye perfume serupa macam cikgu pendidikan seni aku. wangi gile. Sempat lagi dia senyum kat aku..

Megat : bodoh sial ko!
aku : jangan jeles gat, hahaha
megat : tu la, ko punye seluar

aku pandang bawah, aku cek zip, semua normal, aku tengok bawah seluar, termasuk dalam stokin. Sial, macam mana boleh tak perasan.

Teksi datang,akmal pandang2 aku dgn megat

megat : takpe, korang naiklah dulu, kitorang tunggu member lain
aku : a'ah, korang naik je, sini teksi susah datang

akmal liyana : thanx (senyum menawan)
*aku dengan megat dah happy

akmal liyana masuk teksi dengan kawan dia, pak cik teksi terus chow.
aku pandang megat, : ko agak teksi tadi patah balik?
Megat : aku rase ye la kot, dia nampak kita kan?

sejam gak la aku tunggu next teksi, macam gampang!

ps : jangan terpengaruh dengan senyuman wanita

Monday, January 4, 2010

Dia

Esok 5 Januari 2010. Tahun ke 2 aku dah tak sambut hari jadi Lisa sama-sama. takde lagi ketawa dia, takde lagi senyum dia, takde lagi dengar dia complaint pasal sos di mcdonald,
takde lagi marah dia sebab aku mungkir janji nak pegi cinema sama sama, takde lagi cerita pasal hantu pocong, takde lagi sedih dia bila dia hilang handfon masa trip to Langkawi,semua dah takde, hilang.

Tapi aku still ingat, dia tak suka hijau sebab hijau tu menggelikan (weirdo kan? haha), dia suka biru dan brown, dia tak suka ketam sebab allergic, last movie aku tengok dgn dia cerita Van Helsing, dia nak sangat pergi Paris sebab dia suka french, dia amat anti wrestling sebab dia rasa wrestling tu childish, dia suka yellowcard - 'only one'

selamat hari jadi Lisa..

you are a great friend, i'll never forget that:)