pabila malam menjelma, sesudah selesai menyiapkan tugasan yang diberi guru, badan sudah letih, emosi mula terganggu, mengantuk menyelubungi diri, tibalah masa, katil kesayangan dicari.. pada kali ini, aku ingin berceritera tentang dugaan malam yang selalu aku terima, tatkala mata mahu tertutup..
Baru sahaja mata ingin tertutup, terdengar suara-suara sumbing tertawa ceria, heboh bercerita, tentang gadis yang menarik hati, tentang gadis idaman kalbu, tentang sang guru, tentang rakan-rakan yang tidah berkenan dihati, dan macam-macam lagi, mata yang hampir terlelap terpaksa celik, akibat terdengar suara tawaan yang seperti sundelbolong itu!
Baru sahaja cerita indah mahu terlakar di pintu mimpi, terdengar pula orang mengaji, mengaji quran kah? bukan, sayang sekali bukan, mengaji pelajaran, bagus bukan? pantas bercerita tentang si algebra, dengan nombornya, dengan tambahnya, dengan bahaginya, sungguh bangga ibu-bapa di rumah nun jauh di mata, bagaimana dengan aku? hahaha, ya tepat sekali, aku tertekan perasaan, masakan mengaji pelajaran pada pukul 4 pagi begini?? sungguh panas hatiku, perasaanku terumbang-ambing, bantal di kepala ku genggam kuat.
Sudah menjadi kebiasaan, tidur saja aku lagi suka gelap, tiada cahaya, tapi ada saja, tangan-tangan cacat yang membuka lampu untuk ke toilet lah, untuk ke dapur lah dan macam-macam lagi alasan yang kurang enak didengar telinga, sakit mataku, tidur terganggu, jam ku capai, pukul 5 pagi, 5 minit kemudian, lampu ditutup, ah! leganya rasa, sambung kembali tidur, mimpi yang tadinya gelap kembali bercahaya, kubuka mata, kawanku lagi seorang membuka lampu, mahu ke toilet, ah, aku kembali stress.
Ini lagi satu masalah yang selalu aku hadapi, bila mahu tidur saja, bau yang kuat itu datang, bau rokok! dalam diri, hanya tuhan saja yang tahu, betapa sakit hati ini, hati ini berkata, "sial punya bau!", kulihat di sudut bilik, kawanku, berbadan gempal, bersama si kering menghembus asap Marlboronya, sambil menonton filem di laptop, ku tarik selimut, kututup hidung, tabah betul aku kan?
Satu lagi cerita, tentang bunyi kurang ajar, dari laptop canggih compaq, kepunyaan rakanku, lagu itu memang aku suka, lagu artis terkenal, tapi sayang tidurku terganggu, melodi indah itu membuat aku meluat, terjaga dari tidur, bagaimana lagi aku mahu tidur, kalau lagu itu saja, boleh didengari bilik yang hujung?
Mungkin aku boleh cuba lagi, malam ini, mungkin saja..
sabar je la..
ReplyDeletesabar itu separuh dari iman kan..
ReplyDeletejangan risau mujuz bilik aku ada.
ReplyDeletebleh je nak landing tengah2 antara
aku ngan mamu.