Hari ini hari jumaat, buat muslim, sembahyang jumaat itu fardu, dalam pukul 2 aku dan rakan memulakan perjalanan ke Petrograd, sememangnya sudah kebiasaan mengambil wuduk sebelum ke masjid. Apabila tersentuh kulit lelaki dan kulit wanita yang bukan muhrim tanpa alas, sudah tentu wuduk terbatal, dan di metro itu, ratusan orang sesak2 menuju destinasi masing2, dan aku, seperti biasa berdiri di satu sudut hujung metro. Alhamdulillah, tiada aktiviti sentuh menyentuh berlaku. Sesampai di Petrograd, mahu jalan atau bas? aku bermonolog sebentar, Bas saja lah, kan lagi senang!, kata rakanku sambil tersenyum keletihan. ya, bas lagi senang. Di dalam bas, mak cik konduktor setia dengan tugasnya, cis, dalam bas mana boleh gune kad, sebab kad itu hanya untuk tram, lalu aku membayar 20 rubles, ada baki 2 rubles, dan dikala itu wuduk ku terbatal tatkala mak cik konduktor menyentuh tapak tangan ku berserta 2 ruble dan ticket.. Sesampai di masjid, sudah ramai yang sampai, baik orang2 uzbekistan, india muslim, mahupun vietnam, aku dan rakan meluru mengambil wuduk, nasib baik, orang sedikit, Alhamdulillah, ibadat kami menghadap yang satu terlaksana.
semasa perjalanan balik, kami menaiki bas juga, didalam bas duduk 2 wanita berlainan agama tetapi sama identitinya tepat dihadapan aku. Satu ber spec mata gucci, ber skirt jeans pendek, baju t-shirt putih, amat singkat lengannya, yang satu lagi, berjubah biru muda, simple bertudung violet.. terdengar aku perbualan rakanku di belakang, seorang memuji yang ber spec gucci, katanya cantik, rambut blonde lurus, kulit putih melepak, sesuai dengan taste katanya, yang seorang lagi memilih wanita bertudung itu, tak kurang cantiknya, putih juga dan yang penting agama katanya, aku melemparkan pandangan ke luar tingkap dan berfikir, ya, agamanya, mungkin sebab itu nabi menyuruh memilih wanita kerana agamanya. Apa bezanya wanita bertudung jika dibanding dengan yang tidak bertudung? semua sama sahaja, malah mungkin lebih tabah, kerana sanggup makai tudung yang panas itu. Kalau kamu tanya saya, yang lebih indah itu, gadis bertudung violet~
gadis bertudung violet..? haha gud story n gud title..!
ReplyDeletepost yg menarik~
ReplyDeletemenulis melalui pengalaman, hasilnye menarik!
ReplyDeletexla...
ReplyDeletemane ada panas pkai tdung..
bes je..
bole mgawal kerosakn rmbut dr kekotoran alam skitar ...taw..
nyway..nice post..
maybe as a woman dah biasa kot dgn tudung n thats why x rase ape2.. good2!
ReplyDeletemujus, ko try ar pki tudung, nak tau panas x panas haha
ReplyDeletebtw ko ade pmikiran cani ehhh hm2~
nice post la suke2!
nanti bile aku try, org kate aku gila.. haha.. thanx!
ReplyDelete