gambar ini merupakan gambar kelas aku 513 di mrsm jasin, bila lihat-lihat balik, sumua sudah besar-besar belaka, punya kerjaya yang bagus-bagus, cita-cita yang membanggakan, kelas yang ceria..
gambar ini pula gambar rakan-rakan aku sebelum masuk pesta muda-mudi, atau nama glamournya gig di selatan tanah air, dari kiri, Adila sekarang berhijrah ke Australia jurusan kejuruteraan, Syafiqa pula di Amerika jurusan kira-kira(account) dan Farhana pula di universiti kebanggaan tempatan jurusan perubatan, kami semua peminat kugiran The Times!
gambar ini pula diambil dikala penat selepas kelas di matrikulasi johor, bersama aku itu adalah Naufal disebelah kiri, dan Jamil disebelah kanan, sampai hari ini, aku masih cemburu sama jamil, mengapa kakak fasilitator memberikan beg kuning kepada aku, sedangkan dia biru?
gambar ini pula gambar 2 gadis, putri dan hazwani? syazwani? wani?, apa-apa sajalah, aku lupa! yang penting, inilah dia homeroomate aku di matrikulasi, dan yang paling penting, mereka lupa janji mereka belanja aku air kotak soya bean, kerana aku tolong mereka menampal poster!
gambar ini diambil pada tahun 2007, dimana, kami sedang menjalani kem "kembara terbilang"
di eco resort merlimau melaka, dari kiri, ashraf, aku, jafni, dan aizat, bila tengok-tengok balik, terkenang aku kenangan tidur di khemah, dan turun pula hujan, haha.. handfon rakan ku (siddiq) rosak, masuk air, macam tuannya. haha
ini pula gambar sebelum pergi BTN (biro tatanegara) di meru klang, macam pelajar sekolah rendah, suci-suci semua wajahnya, di btn itu juga, rakanku syah (yang posing paling depan sekali tu), bertemu dengan cinta sejatinya, aku pula, bertemu rakan baik, Spoobalan namanya, ya bangsa india, semoga dia baik-baik aja sekarang di Ireland!
ini pula kertas ucapan yang diberi seorang teman sekelas ku semasa hendak menghadapi peperiksaan SPM, sungguh ringkas, tapi bermakna buatku, maaf,mungkin kertasnya sudah tidah rapi seperti dulu, tapi aku ada menyimpannya lagi, tanda persahabatan sejati,
terima kasih Hasnor Hashim!
terima kaseh krn masih menyimpan.
ReplyDeletebtw, yellow piece tu xda valid date,
so its applicable everywhere,anywhere
whenever,wherever.
all the best. :)
haha, thanx!
ReplyDeletebalan dah sampai ireland ke??
ReplyDeleteFathi : dah..
ReplyDelete