"kau perlu wayar modem yang sederhana panjang"
"apa lagi?"
"kau juga jangan lupa bawa charger, itu penting"
"lagi?"
"itu saja, owh lagi satu, sekotak rokok yang kita boleh kongsi"
"ok"
Malam itu, tatkala embun pagi sedang ligat di muka-muka daun, aku keluar dengan beg berisi semua yang telah dirancangkan, terus menuju ke bangunan depan, perlahan-lahan..
*kreuuk*
daun pintu di tolak dengan hati-hati. Laptop, charger, wayar modem, dan rokok sekotak berserta lighter, kemas diatas meja
wayar modem di sambung, segala kod-kod di pecah oleh Ridzuan.
"Ok dah, aku nak layan facebook"
Aku tersengih, dunia blog di Unikl bersama internet haram..
-Aku dan Ahmad Ridzuan, 2008, Unikl MIAT
Tuesday, May 31, 2011
Monday, May 30, 2011
Cerita Katil
langit sudah lama tinggal bintang, kepala sudah berada di atas mahkotanya,
*lega*
namun didalam masih lagi punya beribu cerita yang datang silih berganti, cerita semalam, cerita esok, cerita lusa, cerita minggu depan..
*mengeluh*
boleh jadi gila aku
- aku, 3.57 pagi, katil keras
Sunday, May 22, 2011
Melodi Orkestra Petang
Hari makin mendung, sedikit gelap, tapi jalanraya masih lagi penuh dengan manusia yang bagaikan semut yang menggila, nilai sabar dan saling faham memahami sudah lama tercampak, hilang entah kemana.
*TIN!! TIN!!
Bunyi hon kenderaan bagaikan melodi orkestra petang yang silih berganti, saling balas membalas demi memenuhi kepuasan hati, kepuasan diri yang datang dari mimik muka sakit hati orang lain. Memang begitu lazimnya manusia, gembira atas sedihnya orang lain.
Gua berhenti di satu simpang, dibelakang gerai berpayung warna-warni. Bila badan,hati,kepala dan perut bergabung, rasa lapar kian terasa, tali leher dicampak ke seat belakang, kemeja putih lengan panjang gua sinsingkan ke lengan.
"goreng pisang macam biasa?"
gua terpinga-pinga lalu mengangguk kepala tanda setuju..
"aah aah"
"Dua ringgit je, macam biasa"
*Gua hulur not seringgit 2 keping, plastik berisi goreng pisang berpindah tangan..
"Kuih ni taknak rasa ke?"
*langkah kaki gua ke kereta jadi mati, Fara yang tunggu dalam kereta menerawang fikirannya ke jalan raya, gua toleh kebelakang semula.
"Err, kuih ape?"
"Kuih bakar, sedap.. kuih orang melaka.. try la"
*Gua seluk poket seluar dan not seringgit gua bagi ke penjual
"Nah dik, seringgit ok?"
"Ok. 4 keping jugak"
*Ditangan kanan gua ada 2 plastik yang satunya berisi goreng pisang dan satu lagi kuih bakar
"Terima kasih dik"
"Sama-sama, saya bukan adik la. Saya dah masuk universiti, cuma tolong mak saya"
"Owh?? ye ke?"
"Yes!"
*sambil ketawa kecil
"Sorry sorry"
Gua senyum, masuk ke kereta, Fara terus meluncur masuk ke jalan raya semula.
"Kuih ape tu kau beli?"
"Kuih bakar dengan goreng pisang"
"owhhh, bak satu."
*Gua bagi sekeping kuih bakar ke Fara
"Sedap!"
Gua terdiam..
"Agakla, memang sedap"
Esok boleh beli lagi...
-Gua, Seri Warisan Resort Melaka, 2007

Wednesday, May 11, 2011
Bintang yang berkeliaran
Pepatah melayu 'bagai pungguk rindukan bulan', 'bagai menggapai bintang di langit'
Bulan dan bintang, kedua-duanya di atas sana. Jauh beribu atau berjuta kilometer.
Manusia zaman sekarang sudah jelajah bulan. Setiap pelusuk bulan telah kita cuba untuk di perhati dengan teleskop-teleskop berkuasa tinggi.
Bintang pula?
Begitu banyak angan-angan manusia sekarang yang mahu jadi bintang.
Bintang youtube? bercerita depan kamera, untuk tatapan umum
Bintang menyanyi? menyanyi di depan ramai yang di akhirnya pasti berlinangan air mata
Bintang peragawan? balut diri dengan kain cantik, berjalan di atas dan yang lain dibawah. Cantik!
Gua?
Sama saja hari-hari..

Monday, May 9, 2011
Resepi Ayam Merah Rock n Roll
Langkah 1 : Selalu orang kata, panaskan minyak. Tapi gua kata, panaskan kuali. Bukan panaskan minyak. Minyak tu lu letak je dalam kuali.
Langkah 2 : Kisar bawang besar atau bawang merah dan juga bawang putih. Dah siap lu asingkan dalam mangkuk yang sederhana saiznya. Kulit bawang tu jangan lupa buang, gila ape nak makan kulit bawang. Lu pikir ini buah epal nak makan kulit dia?
Langkah 3 : Kisar cili kering pulak. Biji dia buang terlebih dahulu. Kang kene appendix dah satu hal pulak nak operate-operate. Lepas dah kisar tu, jangan nak mengada nak bau-bau. Pedih woo mata.
Langkah 4 : Masukkan....
*Allahuakbar! Allaaaahuakbar! (azan zohor)
** Pegi sembahyang dulu, tinggalkan masak memasak ni. Kang dalam kubur, malaikat tak tanya dah :
Malaikat : Ape langkah kedua nak masak ayam merah?
* ok sambung balik,
Langkah 4 : Masukkan rempah tumis (rempah bentuk bintang tu, rempah macam buah kecik-kecik kaler putih tu, rempah kaler hitam yang bentuk dia macam tongkat sakti gandalf tu, sama kulit kayu manis). Tumis sampai naik bau, masukkan bawang kisar.
Langkah 5 : Kalau warna bawang tu dah golden, masukkan cili kisar. Masak sehingga tahap kegaringan dia mencapai tahap 50 %. Masukkan asam keping atau asam jawa. Air asam jawa! jangan jadik noob sangat masuk asam jawa dengan biji-biji dia dalam kuah tu.
Langkah 6 : Goreng ayam yang telah disebatikan dengan serbuk kunyit dan garam. Pastikan ayam telah 80 % masak.
Langkah 7 : Masukkan ayam tadi kedalam kuah tadi. Kacau dengan cermat dan konsisten mengikut arah jam dan lawan jam yang diselang-selikan. (untuk mendapatkan hasil yang menarik. Cewah!)
Langkah 8 : Bila dah masak, sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih. Jangan lupa tutup dapur gas/elektrik. Membazir dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa.

Sunday, May 8, 2011
Misi Mei
Perhimpunan pagi di astaka pagi tu selalunya mula pukul 7.30 pagi. Time tu baru pukul 7 lebih. Gua mandi, gua pakai uniform lengkap dengan tie, Gua kiwi kasut hitam. Dalam loker, gua capai satu uncang duit syiling, masuk dalam beg.
Kebiasaannya gua akan terus menuju ke dewan makan untuk breakfast, tapi hari itu lain. Gua menuju ke blok kelas. Gua kunci semua pintu dan tingkap.
*senyap
Gua duduk sorang-sorang dalam kelas menunggu masa yang sesuai. Seperti yang gua jangka, kedengaran suara warden gua sama AJK asrama yang lebih popular digelar kumpulan 'sotong hanjieng' menjerit dari laman asrama, suruh semua orang pergi ke laman perhimpunan. Gua hanya diam membatu sambil selak novel Robinson Crusoe.
* dalam 7.40 pagi
Gua bukak pintu kelas slow-slow tanpa bunyi, gua intai ke luar..
*dup dap dup dap
Clear! hehe.. gua capai beg, gua lari balik asrama. Uncang syiling dalam beg tadi gua keluarkan satu persatu, dan gua masukkan ke public phone. Mata gua meliar kiri dan kanan, usha line takut-takut warden gua muncul tiba-tiba
*kting! kting!

Cik Puan Besar : Hello?
Gua : Hello assalamualaikum
Cik Puan Besar : Waalaikumsalam, ade ape call pagi2?
Gua : takde ape hehe, Selamat Hari Ibu.
Semoga panjang umur dan murah rezaki selalu:)
I Love You!

Monday, May 2, 2011
SPM
Hari tu memang lain sikit dia punya feel..
*gedegang!
Satu alat pemadam api kene terajang pakai kasut kulit hitam.
Gua steady, gua capai beg gua, gua jalan buat tak nampak.. Gua naik tangga batu, dekat-dekat dengan surau..
* YEA!!!!
2 ekor budak pompuan berlari-lari sambil pegang tudung, takut terbang
Gua steady jalan lagi sampai pintu dorm. Kasut kulit gua malas nak bukak. Dekat pintu masuk tu memang penuh dengan spray budak-budak kemahiran kejuruteraan.
Sampai bilik, gua bukak locker, gua selit tangan belah bawah..
Dunhill light sama lighter.
*Fuhhh!
Gua rebah ke katil, tertido sampai Cik Puan Besar gua sampai petang tu pukul 7
- Gua, SPM 2007, MRSM Jasin

Subscribe to:
Posts (Atom)