Monday, January 31, 2011

Sharifah Aini

Sememangnya gua sudah seminggu lebih menjejakkan kaki di tanah air. Blog gua juga dah lame gua tak update sejak dari minggu gua busy dengan exam yang macam celaka. Bila gua perati balik chatbox sebelah bawah kanan tu pun, gua dah mengeluh nak reply. Sekali sekala tak reply ape ade hal, ye tak?

Perjalanan gua itu hari dari Moscow ke Abu Dhabi dan dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur memang true punya bahaya. Selang beberapa jam selepas gua take off dari Moscow, heboh kes orang letup bom di airport moscow. Gua yang tengok berita di Abu Dhabi jadik tersengih sebab gua terlepas dari tempias bom. Memang gampang betul la sape yang main bom-bom ni!

Lepas tu dari Abu Dhabi gua terus terbang ke Kuala Lumpur. Sampai di tanah air, gua tersengih sekali lagi lepas gua dapat tau dekat arab sekarang tengah lancar revolusi. Dia punya revolusi bukan macam revolusi pekerja kilang buat mogok naik gaji, pegang banner, curah cat ke kereta bos. Ini punya revolusi siap bakar motor polis. Bom jangan cakap, bersepah-sepah orang main bom, dah macam main mercun masa raya.

Tapi gua perati di tanah air gua, setakat ni takde orang main bom sejak gua sampai itu hari. Lagi la gua tersengih. Cuma hujan yang tak reti-reti nak berenti ni pulak yang buat gua kusut sikit. Nak bergerak kesana-sini jadik payah. Dah la payung rumah gua sume warne makwe-makwe yang ada gambar bunga. Gua yang nak keluar berpayung jadik serba salah. Gua lagi sanggup keluar baju basah, rambut basah, baju basah dari pakai payung pink berbunga-bunga.

Sekarang cuma satu gua fikir, kat mane boleh beli bom? gua nak beli 2 bijik. Satu gua nak lempar dekat tanah arab Abu Dhabi. Satu lagi gua nak sorok dalam beg makwe blonde dekat airport Moscow. Gua nak jugak merasa keluar berita, mukasurat depan surat khabar. Hahaha.

Dah pukul 9.32 malam, gua nak pekena teh tarik dekat mamak. Gua nak dera Murthi malam ni sebab petang tadi dia buat muka kerek sama gua dekat econsave masa teman cik puan besar gua beli barang.

ps : gua jumpa makcik iras-iras Sharifah Aini petang tadi. Sial la!

Saturday, January 15, 2011

Zack Fire

Pagi itu, suasana di Jasin, Melaka kelihatan tenang dan nyaman. Zack bingkas bangun dari tidur dan mengukir sebuah senyuman. Beliau tahu, pagi itu beliau ada misi dan visi yang perlu diselesaikan. Dicapainya tuala mandi dan terus ke bilik air yang terletak tidak jauh di luar rumah.

Selepas 10 minit, urusannya selesai di bilik mandi.

"Kejap bebenor mandinya?"

Sound Haji Mohamad dari dapur. Zack tersengih sambil tangan masih ligat mengeringkan rambut beliau dengan tuala. Zaman 80-an, mana mampu nak beli hair dryer. Walaupun begitu, sedikitpun tidak menggugat jiwa Zack sebagai seorang rocker. Dalam fikirannya hanya satu, berjumpa kawan sekolahnya dulu, Rama.

Zack menyarung jeans biru cerah yang ketatnya sampai ke buku lali dan dikenakan dengan
t-shirt putih. Rambut paras bahunya dibiarkan mengerbang. Beliau capai kasut putih lusuh dan wang simpanannya dari bawah katil dan terus menuju ke pondok menunggu bas.

Di bandar Jasin, beliau singgah di kedai runcit untuk membeli gula pasir, pesanan dari ibunya, Hajah Kasnah. Selepas membeli gula, beliau terus ke kedai Rama yang terletak di sebelah bangunan Kelab Persatuan Cina (sekarang ini sudah diganti bangunan baru)

Zack : Alo Rama, itu hari aku tengok saje, ini hari aku bawak wang. Ada lagi ke?
Rama : mestilah ada.. aku dah simpan dah, kasi bersih lagi.

Hati Zack berbunga melihat gitar karen idaman beliau sejak dari beberapa bulan lepas. Terasa penat lelahnya membuat kerja kampung untuk mendapatkan wang, berbaloi bila gitar karen berpindah tangan. Bermulah perjuangan seorang rocker anak Melaka dari detik itu. Ramai juga kenalan Zack masa itu yang sama-sama berjuang atas nama muzik rock dengan kumpulan Fire. Gua sudah kurang pasti tapi yang gua ingat ada Tapa (Mustapa) dan juga Liyas (Ilyas). Itupun sebab gua selalu jumpa masa raya.

Setelah beberapa lama, Zack sudah mula bekerja di jabatan kerajaan. Jodoh itu ditangan tuhan. Zack bertemu dengan wanita dari Johor Bahru dan menamatkan zaman bujangnya. 5 tahun selepas itu, lahirlah gua. Gua masih ingat ketika gua masih kecil, gua selalu tengok bapak gua main gitar tong bila dia free di rumah. Gua suka tengok walaupun gua tak faham. Cuma gua suka bunyinya. Kadang-kadang gua teringat balik masa bapak gua ajar gua petik gitar dulu, sama-sama dengar deep purple.

"lagu zaman sekarang.... tak senonoh betul!"
- Zack Fire, 2010

Tuesday, January 4, 2011

Badan Wakil Pelajar

Gua telah dibesarkan sebagai pelajar Mara sejak gua 13 tahun. Dan yang pasti adalah gua benci sama Badan Wakil Pelajar (BWP). Memang gua tak suka sama pengawas. Bila perhimpunan, gua sebagai murid kebiasaan akan duduk di dalam dewan. Masa tu dewan di Mrsm Kuala Klawang tiada penghawa dingin dan perhimpunan pukul 2 petang. Hanya tuhan saja yang mengerti perasaan gua sebagai pelajar di ketika itu yang berperang dengan rasa panas dan amarah apabila melihat BWP semua duduk di port yang berkipas di hadapan.

"BWP kiss my ass!"

Dengan penuh rasa benci, gua berbisik dalam hati.

Tadi gua perhati profile facebook cousin gua yang semalam telah selamat ke PLKN Batu Pahat. Gua jumpa banyak gambar dia sebagai seorang BWP di Mrsm Mersing dulu. Gua lihat dan gua compare kehidupan dia dan kehidupan gua masa di sekolah dulu. Bergitu berbeza, ketara.

Apa yang dia dapat?
- Sambutan hari BWP yang kelihatan fun.
- Hari lahirnya diraikan oleh guru-guru segala.
- Dapat merasa pakai blazer.

Apa pula yang gua dapat?
-Sambutan hari sukan yang gua seakan-akan tunggul di padang acara
-Hari lahir yang hanya gua sambut seorang di belakang blok bersama Benson and Hedges
-Dapat merasa baling sosej bersos ke perempuan bermulut selaju Ferrari

Mungkin kehidupan aku dan dia berbeza kerana sebuah status, tapi pada zahirnya kita serupa. Tetap pelajar yang matlamatnya sama. Menjadi seorang manusia.

Baik-baik saja di PLKN. Moga ketemu klon Diana Danielle di sana

Gambar







Sunday, January 2, 2011

Jalan

Manusia itu kehidupan. Kehidupan itu manusia. Bagi gua, kehidupan itu umpama sebatang jalan. Seperti jalan, ada awal dan ada juga pengakhirannya. Setiap jalan mesti ada pengakhiran. Begitu juga dengan hidup. Cuma pengakhirannya hanya Dia saja yang tahu.

Berjalan di jalan yang telah ditetapkan tuhan banyak dugaan dan rintangan. Sentiasa ada jeriji besi tajam yang menunggu saat kita tergelincir dan terus tertusuk, dan ketika itu ada saja mata-mata yang bulat memerhati puas.

Dan seperti norma jalan, tidak selamanya tegak dan terus kehadapan. Kadangkala berliku, kau harus tetap tegar berjalan diatasnya. Kadangkala jalan kau bercabang, kau harus pilih jalan yang betul supaya kau boleh terus hidup dan bernafas. Bila sampai saat lelah, kau berhenti ditepi dan nikmati secawan teh. Seperti kau nikmati keseronokan dunia. Jika kau terleka, dan kau tak sedar betapa banyak kau minum, kau akan sakit. Begitu juga keseronokan. Bukan semua keseronokan itu membahagiakan.

Semua manusia mahu pengakhiran yang indah, begitu juga gua.