Wednesday, April 21, 2010

Seluar

Hari ini memang hari gila. Maksud aku, bukanlah hari-hari sebelum ini tak gila. Tapi hari ini punya gila memang menggila. Dengan masalah di universiti yang bertambah-tambah beban.

Pukul 9 waktu sini, lepas katam mengaji kimia aku baring sambil pasang ipod. Tidur dulu, nanti baru masak. Memang dah kebiasaan macam tu. Irama brit pop the kooks mengingatkan aku cerita dahulu. Cerita aku berumur 5 tahun.

Seawal 5 tahun, aku dah masuk tadika. Masa tu di sebuah perkarangan gereja St Bethany ada sebuah tadika. Kenapa gereja? sebab tadika tu saje yang dekat dengan rumah aku. Teringat aku uniform masa tu, dengan seluar pendek berkemeja dan tie ala-ala pengakap. Masa tu aku ada kawan baik, nama dia Isma Syukri. Lagi sorang, Nurul Izzati. Tapi Izzati tak lama sebab ayah dia tukar tempat kerja.

Masa aku 6 tahun, aku pun pindah. Rumah baru aku tak berapa jauh dengan tadika. Hari pertama, aku pakai uniform tadika aku yang lama sebab tadika yang baru ni tak bagi lagi uniform aku.Masa pertama kali aku masuk ke tadika, aku ingat lagi ada satu laman banyak pokok bunga. Cantik juga.Masuk ke dalam tadika, aku sudah jadi tak tentu arah. Aku malu sebab aku sorang saja yang berseluar pendek. Hari pertama aku tak bercakap banyak. Makan pun aku tak nak.

Esoknya aku cakap pada cik puan besar aku yang aku taknak ke tadika selagi aku tak dapat seluar panjang.Cik puan besar aku cakap, itu biasa bagi pelajar baru masuk. Aku tak peduli. Yang aku tahu, ada seluar panjang baru aku ke tadika. Hari tu aku dapat cuti free.

Hari esoknya, aku dah dapat uniform macam orang lain. Aku rasa bertambah yakin. Patung tommy power rangers aku simpan kemas dalam poket seluar. Kalau simpan dalam beg, mesti-mesti kantoi dengan cik puan besar aku sebab dia akan cek beg aku sebelum aku ke tadika.

Sampai di tadika, aku tengok uniform semua dah sama. Lega.. Hari itu ada aktiviti luar. Aktiviti menanam pokok. Aku tengok, kanak-kanak lain dah bawak keluar barang letak atas meja.Bawang lah, anak pokok la, dengan shovel plastik lah. Ah cilaka...

Aku sorang saje yang kosong. Serta-merta aku teringat muka cik puan besar aku yang tak ingatkan aku.
Time tu, aku kena kongsi pot dengan Ikmal. Hanya aku dengan dia saja yang tanam pokok satu pot berdua.
Tiba-tiba cepat saje otak aku teringat Tommy. Aku keluarkan Tommy dari poket seluar, aku campak ke pokok bunga budak perempuan. Kena pokok bunga budak perempuan india yang aku dah lama lupa nama dia. Si Ikmal gelak.

"eh, kau ni kenapa??"
Sorang budak perempuan, yang aku syak kawan budak india tu marah aku.
"suke hati la"
"dah la semalam tak malu pakai seluar pendek"

Sumpah aku malu, terdiam tak jawab balik. Sampai habis masa tadika, aku simpan Tommy tak keluar-keluar.
Time tu la aku tengok Lisa marah buat pertama kali. Memang dia cepat emo. Belum lagi aku cerita masa di mcd, belum lagi masa di cinema. Takpe, lain kali.

ps :Masa cik puan besar aku ambik dari tadika, aku tanya dia pasal pokok. Rupanya dia dah siapkan, cuma lupa nak letak dalam beg aku.

8 comments:

  1. aku dah baca 2 kali tapi tetap tak faham. ape kaitan lisa dalam cerita tadika kau? (--")

    ReplyDelete
  2. lawak betol ko mase kecik.. bawak tommy ke tadika ape kes.. hahaa..

    *aku ad jugak, tp yang kaler itam nye tapi aku tapenah bawak p tadika, nati kawan ak maen*

    ReplyDelete
  3. time aku tadika mak aku selalu mrah bila aku tak pegi kelas. dia ckap nnti darjah satu baru boleh pnteng ==

    ReplyDelete
  4. anonymous : lisa la kawan budak india tu.

    Aulia : aku ada juga, tapi aku paling minat tommy sebab dia cool. solo

    Azri : yes, bukan kate tadika, skola rendah pun sama

    Gee :Kalau aku, cik puan besar aku bising nanti.

    aish : welcome:)

    ReplyDelete
  5. Nina : ultraman aku kurang minat.

    ReplyDelete