Friday, April 16, 2010

Bismillahirrahmanirahim

Aku adalah seorang spiderman. Macam Peter Parker. Ada 2 dunia yang berlainan, memerlukan 2 personaliti berbeza. Siang memetik akustik di tangga Batu cave, malam terbaring di tepi tasik Loch Ness mengharapkan ada dewi timbul dari air.

Aku harap aku dapt bertango dengan seorang wanita berserban merah disaksikan jutaan orang disebalik topeng masquerade. Lampu putih, bersut hitam dan berkasut Bally. 15 orang ghairah meniup saksofon, menyeret biola dan double bass dan seorang pemegang kayu magis. Bagi aku setengah jam bertango, hanya 30 kali pusingan jarum jam.

Kalau mimpi datang dengan episod, bagilah aku episod yang enak-enak. Binakan aku satu makam batu walaupun tak semewah emas makam Tutankhamun. Letak aku disitu dan tanam aku di tengah-tengah pusat bumi dikelilingi kau kau yang dengan perihal kau kau. Owh ya, aku mahu sut hitam dan kasut Bally juga. Bagi aku sebulan menghabiskan mimpi-mimpi. Hanya satu muka surat kalendar.

Mungkin satu hari nanti, orang kata Marikh itu ada oksigen. Kalau boleh, aku nak menginap disana. Tak lama. Setahun. Satu kali pusingan bumi. Letak aku disana cukup dengan pensel, pemadam, kertas dan seorang dayang. 365 hari mengarang puisi umpama Shakespeare. Mungkin juga umpama Dickinson. Jangan kau bagi aku teleskop, sebab aku tak akan melihat bintang. Aku akan mengarang dan mengarang dan aku hanya perlu senyuman seorang dayang. Hari ke 365, aku persembah semuanya kepada permaisuri sebelum pulang.

Aku rasa Kota Atlantis itu indah dan menunggu pengunjung berabad lamanya. Aku mahu jadi pengunjung selamanya,persetankan rumput hijau... awan putih.... matahari.... kau kau yang ketawa...kau kau yang menagis... apa kaitannya dengan aku. aku adalah aku dan kau adalah kau. Dunia yang berbeza, mengharapkan harapan yang sama, suka, cinta, tipu daya dan sebagainya. Mungkin si ikan akan tenung aku dalam-dalam dan pergi kerana aku dan ikan berbeza. perfect! aku suka.

Hanya kita berdua tahu. aku dan dia.

ps : selamat tinggal blogspot






8 comments:

  1. u're gonna stop writing? hell no, bro. wts going on?

    ReplyDelete
  2. bye bye blogspot? apesal?

    oh btw, orang semayang je kat bt caves tu wey.

    ReplyDelete
  3. orang kata aku pelik,complicated tapi biarla apa org nak cakap,aku = aku,bukan diorg bkn mereka bkn dia bkn jgk beliau,bak kata gavin degraw,,i don't wanna be anything than me!!! (sory xde kaitan)

    ReplyDelete
  4. walaupun aku x knal ko tp aku suka bace blog ko.. buat ilang tension aku study. jgnle stop writing~~ huhu

    ReplyDelete