Sampai rumah, aku tak fikir lain. Aku talipon atuk aku di Melaka. Sudah lama sangat aku tak tanya khabar berita.Ternyata masih sama. Gembira juga dia. Haha.
Aku ingat dulu, waktu aku kecil. Bila aku balik kampung, aku suka ikut atuk aku ke masjid. Takpun ke kedai kopi dia dan kawan-kawannya berkumpul. Memang agak bosan sebab apa yang aku harap mungkin ada kanak-kanak yang sebaya dengan aku untuk aku ajak main gameboy. Tapi semua orang tua dengan kopi hitam pekat.
Kalau masa hari raya korban. Aku dengan abang aku akan ikut dia ke masjid selepas sembahyang dengan volvo tua. Waktu pertama kali aku tengok upacara pembunuhan lembu, aku pening. Aku memang takut dengan darah. Aku muntah tak sempat nak pergi toilet. Teruk jugak baju aku. Sampai rumah, dialah yang basuh baju aku, sidai dekat laman. Aku ingat lagi..Dia pernah cakap, setiap binatang yang kita korbankan tak kira lembu atau kambing dapat pahala besar. Binatang tu jugak yang akan bawak kita di padang masyar.
Sejak umur dia meningkat, kudrat tua dia pun dah tak seberapa. Aku pun dah besar. Kedai kopi pun dah lama dia tak pergi. Masjid pun sama. Dia dah tak boleh bawa kenderaan.
Tapi, cerita-cerita dia memang tak pernah habis. Cerita tentang perang komunis, cerita tentang hantu, cerita tentang gadis....Semua cerita yang dia tak pernah cerita pada anak-anak dia. Sebab tu, boss besar aku pernah kata yang atuk aku bias. Dengan cucu lain, dengan anak sendiri dulu garang. Haha..boss besar aku cemburu. Dari aku kecik sampai sekarang aku percaya masih banyak lagi episod yang belum dia ceritakan.
Mungkin kalau ada rezeki panjang umur. Aku akan ceritakan benda yang sama pada anak aku. Orang nak kata cerita lapuk, biarlah. Bagi aku, itu semua cerita-cerita paling hebat pernah aku dengar yang tiada dalam buku.
aku takde datuk untuk ceritakan kisah2 sebab dye meninggal masa ak kecik dahulu, tapi aku ada nenek yang masih mampu senyum sampai sekarang.
ReplyDeletecerita mahal. aku suka :)
ReplyDeleteAulia : Aku pulak ada 2 nenek sebelah cik puan besar aku. Original dah meninggal. Yang tinggal nenek tiri.
ReplyDeleteGee : Kau suka, aku pun suka. hahaha
oh. sedih la. i am sad. baca ni, sad. tgk movie (p/s i love you) also sad. shitty day lah!
ReplyDelete