Sunday, April 10, 2011

Sketsa Politik

Pagi itu, gua bangun tidur agak awal. Mungkin sebab gua keletihan mengemas rumah. Maklumlah, rumah family gua di Melaka tu memang takde orang yang nak menjaga. Kadang-kadang kalau gua dan family gua nak balik sana, bapak gua akan telefon Pak Mat untuk bersihkan keliling rumah gua, tebas ape yang perlu tebas, kalau jumpa binatang berbisa kasik buang rumah jiran sebelah. Masa gua pertama kali sampai di rumah tu, gua tengok garden belah depan memang bersih, sejuk je mata memandang. Tapi bila gua tengok rumah orang sebelah, penuh dengan daun-daun kering yang kebanyakannya terkumpul di tepi-tepi pagar. Gua syak itu semua perbuatan Pak Mat. Gua hanya pandang dengan perasaan simpati.

Gua bangun, gua bukak televisyen. Gua bukan suka sangat nak tengok kartun budak-budak pukul 9. Tiba-tiba perut gua rasa lapar. Gua terus mandi, pakai wangi-wangi dan gua menuju ke kedai melayu. Masa gua tiba di situ, makwe kedai tu ambik order gua dengan sopan.

Makwe Kedai : Minum ape dik?

Gua : Err, kasik saya teh tarik.

Makwe Kedai : Makan?

Gua : Roti canai ade lagi?

Makwe Kedai : Eh, banyak lagi tu. baru pukul 10 lebih.

Gua : Owh, boleh la bagi saya roti telur satu sama kari. Saya taknak dal.

Awek Kedai terus menuju ke belakang untuk menghantar order. Sesekali gua terbau perfume dia. Ternyata makwe kedai lagi wangi dari gua. Gua bukan apa, kalau time-time macam tu memang haram nak jumpa roti canai tempat gua di Johor. Nampak sangat orang Johor kuat makan roti canai. Tak pun mamak roti canai tempat gua memang dasar pemalas nak buat banyak-banyak.

Gua makan dengan sopan, baca bismillah, kunyah 5 kali, baca doa habis makan, cuma gua tak tutup aurat masa tu sebab gua pakai seluar 3 quarter. Gua menyesal dan rasa berdosa. Habis makan gua keluar Dunhill Light, gua sedut dengan nikmat. Syukur Alhamdulillah. Gua capai Metro atas meja, gua selak bahagian sukan.

Datang sorang pakcik duduk sebelah table gua yang gua syak di pertengahan 40-an dengan misai tebal. Dia usha gua lain macam. Gua jadi tak selesa.

Pakcik Misai : Orang baru eh dik?

Gua : Baru ape?

Pakcik Misai : Bukan orang sini kan?

Gua : Owh, family saya ada rumah kat sini pakcik. Saya balik sini sebab cuti.

Pakcik Misai : Habis tu orang tua mana?

Gua : Diorang takde kat sini. Saya balik sorang.

Pakcik Misai : Ape name?

Gua : Muzamel

Pakcik Misai : Macam ni la cik zamir, pakcik nak tanya, ape pendapat cik zamir pasal politik?

*Sejak bila gua jadik cik zamir pun gua tak tau. Biasa la, orang tua.. gua sekadar sedapkan hati.

Gua : Politik? Saya tak pandai sangat politik cuma saya tau la politik ni penting.

Pakcik Misai : Hahaha, pakcik tak hirau politik. Pakcik tau pakcik keje, dapat duit beli makan.

Gua : Owhhh

Pakcik Misai : Ape guna politik? bukan kita dapat duit kan? Biarkan orang nak politik tapi pakcik tak mau campur!

*Lepas tu gua terpaksa dengar Pakcik Misai cerita pasal dia muda-muda keje polis sampai la part dia kawin. Gua cuma angguk sambil mata jeling-jeling metro.

Pakcik Misai : Ok la, pak cik nak mintak diri. Nak ke Merlimau ada pilihanraya.

Gua : Ok ok pakcik.

Gua hempas metro, gua panggil makwe kedai :

Gua : Kak kira kak!






Saturday, April 9, 2011

Thursday, March 31, 2011

Laksa Johor di hari Ahad

Petang Ahad tu memang panas. Gua yang baru habis mengemas bilik menggosok baju, terbaring atas katil dengan kipas syiling ligat dengan kelajuan maksimum. Kepala gua masih lagi teringat insiden di bilik menggosok baju tadi. Iron baju bergelimpangan, serbuk milo 3 in 1 bertaburan di atas meja dan dihiaskan pulak dengan plastik-plastik megi pelbagai jenama dan warna. Masa tu satu je yang gua rasa. Macam nak tendang sekor-sekor yang lepak bilik menggosok baju malam semalam.

Si Saufee pulak sibuk tido dengan tak berbaju dengan boxer kotak-kotak. Penat betul dia membasuh jamban. Gua hanya mampu pandang dia dengan perasaan kesian. Budak-budak mrsm ni pun satu. Lepas guna jamban bukan reti nak basuh balik. Perangai sekor-sekor memang nak mintak pelempang kadang-kadang. Ade satu hari tu, gua nampak sorang budak India sibuk berdiri atas sinki. Gua lupa nama dia tapi yang gua ingat gua panggil dia sinki boy. Bila nampak dia berdiri atas sinki, gua jadik tertanya-tanya. Gua yang tengah nak menyidai baju jadik tak sedap hati. Gua panggil dia dengan sopan :

Gua : Woi! lu sini kejap.

Sinki Boy : Ape bang?

Gua : Yang lu berdiri atas sinki apasal?! kang jatuh sape susah? takde benda lain lagi dah nak main?

Sinki Boy : Bukan main la bang

Gua : habis tu?!

Sinki Boy : Saya kencing tadi. Tak tahan.

Gua jadik tak keruan. Gua tanya lagi sekali baik-baik.

Gua : Lu kencing dalam sinki?? dalam toilet tu?

Sinki Boy : aah la bang. Sorry la, saya takut nak guna tandas

Gua beristighfar banyak-banyak. Muka sinki boy gua tenung dalam-dalam sambil gua bagi pesanan bernas

Gua : Kalau gua nampak lagi sekali lu kencing dalam sinki, gua tak bagi can. Dengan lu, dengan sinki-sinki tu sekali gua lempang. ok?

Sinki Boy : ok bang :)

*********************************************************************

Gua jadik panas hati bila teringat kisah sinki boy, lebih-lebih lagi bila lepas mengemas ni. Fikiran gua mula menerawang ke rumah yang gua dah tinggalkan lebih dari 3 bulan. Buat gua yang remaja usia 15 tahun, macam-macam yang gua rindu. Masakan bonda gua, bilik gua, kawan-kawan..

Tak semena-mena hendfon gua berbunyi dari dalam sarung bantal. Gua memang letak situ. Selamat dan berkat orang kata. Hehehe. Gua capai hendfon, gua berbual di talian dengan muka serius. Muka gua jadik tak tentu arah selepas terima panggilan. Saufee yang nyenyak tido mulai terbangun bila terdengar suara gua bercakap di telefon. Gua pandag Saufee, gua cakap :

Gua : Lu nak rasa laksa Johor?

Saufee : hah??

Gua : Jom ikut gua pegi foyer, rasa laksa johor mak gua!

Saufee : Orait!

Sunday, March 27, 2011

Tuhan


Tuhan,
Kau maha pengasih lagi mengasihani,
Kau penuh dengan rasa kasih dan cinta yang tak terbanding,
Walau jutaan butir pasir pantai itu dibilang masih lagi kerdil jumlahnya
Saat kau ciptakan pintu-pintu syurga bagi manusia,
Telah kau limpahkan ia dengan sungai susu dan kebahagiaan abadi

Aku yang bagaikan patung yang tergantung
Dengan seurat benang halus yang boleh kau putuskan bila saja yang kau mahu
Kerana aku ini hina jutaan ganda disisi kau yang mulia


Friday, March 25, 2011

Maaf Buat Cik Nurulbadiah

Because She Is NurulBadiah

Klik Info Kontes

Gua tau tanggapan lu orang ke gua bila gua dah mula post-post entry contest. Selama ni gua tak pernah nak serius dalam apa jua contest yang gua masuk. Tapi memandangkan contest ni senang iaitu hanya perlu letak gambar gua dan BFF, gua try la masuk. Bak kata Bonda gua, tak salah nak mencuba benda baik ni.






Gua dan BFF gua, Marley.

Dear Cik Nurulbadiah Lai,

Saya tau, saya dah melanggar peraturan kontes cik ni. Tapi cik tak boleh salahkan saya. Salah ke saya nak berkawan dengan binatang? Singa pun ada perasaan tau. Saya tau BFF saya ni garang, tak macam orang lain. Kalau dia marah, mula lah dia nak mengamuk sampai jiran saya repot ke polis. Tapi BFF saya ni tak macam yang lain. Walaupun dia panas baran tapi dia tak reti nak main pisau tikam saya dari belakang tau. Lagi satu dia tak berapa nak pandai nak bermuka-muka. Contohnya ada satu hari tu, saya pasang lagu Anuar Zain dalam kereta. Marley pulak duduk di seat depan. Tiba-tiba saya nampak Marley bengis semacam dan dia patahkan cd Anuar Zain saya. Marley pandang saya dan dia cakap :

"Gua tak suka dengar Anuar Zain! Gua minat Misha Omar ok!"

Saya senyum je la. Dah nama pun BFF kan. Sekurang-kurangnya Marley tak bermuka-muka depan saya konon sokong apa yang saya buat dan tikam saya dari belakang kan?

Salah ke saya kawan dengan Marley??