Thursday, March 24, 2011

Jejaka Musik

Hari ni gua nak post pasal gang gua disini dan taste mereka dalam muzik..

1. Syamil Yusoff
Asal : Changlun, Kedah
Taste Muzik : K-pop, RnB, Dance
Idola : Pharrel William & Wondergirls

Agent Shuck & Agent Sarah


2. Khalis Yunus
Asal : Banting, Selangor
Taste Muzik : Boy Band, Mainstream
Idola : One Republic, Katy Perry dan yang latest Rebecca Black

Poster ZARA winter collection 2011


3. Daim Fuzail
Asal : Besut, Terengganu
Taste Muzik : J-pop
Idola : Entah gua pun tak reti nak eja

Ala-ala winter sonata


4. Shahir Ashraf
Asal : Ampang, Kuala Lumpur
Taste Muzik : Trance,
Idola : Armin Van Buuren, Dash Berlin

taiko nasi goreng sayur


5. Hafiz Razali
Asal : Klang, Selangor
Taste Muzik : English sahaja yang ada makwe hot
Idola : Katy Perry, Demi Lovato


Dia kata muka dia macam Lionel Messi dan Cristian Bale..
Celah mane ntah yang sama.


6. Nazrin Pasarudin
Asal : Selangor
Taste Muzik : Nasyid, memuji kebesaran tuhan
Idola : Maher Zain, In-Team, New Boyz (ok yang ni gua tak tau bila masa dia layan)


Mamat shuffle part time


7. Izwan Fareez
Asal : Kedah
Taste Muzik : Muzik yang ala-ala remaja perempuan baru nak mumayyiz
Idola : Leona Lewis


Suka karoke pagi-pagi depan pc lagu Leona Lewis..
Keep bleeding, keep keep bleeding love..

Wednesday, March 23, 2011

Hati

Setiap manusia yang dilahirkan di kurniakan tuhan dengan segala macam kelebihan. Dan disebalik kelebihan kurniaan tuhan itu ada had yang telah ditetapkan oleh Si Maha Pencipta. Manusia itu berbeza-beza. Setiap manusia itu punya had masing-masing. Mungkin ada yang setinggi langit dan ada juga yang serendah rumput.

Manusia itu juga didatangkan dengan akal, dan perasaan. Bila bercerita tentang soal hati, lumrah jika dikaitkan dengan perasaan. Bahagia, sedih, cinta, benci, marah, dan kadang kala kita sendiri tak tahu apa yang kita rasa. Hati itu terletak diantara perut dan dibawah dada. Dan dihati itu juga selalu aku bayangkan ada magic spell yang sentiasa berada dengan bentuk yang tak dapat aku bayangkan dan yang pastinya ia boleh berubah dengan sekelip mata.

Memahami diri sendiri, bermakna kau cuba memahami setiap inci perasaan kau. Apa yang kau rasa bila kau jatuh? Kau akan rasa sakit. Kau akan faham yang diri kau tak suka akan kejatuhan. Begitu juga dengan gembira, kau akan rasa seperti dunia ini kau yang punya dan kau juga akan faham diri kau suka akan kebahagiaan. Hati dan perasaan seperti persamaan linear yang nampak senang, namun berbeza-beza dan mampu berubah setiap masa.

Memahami hati sendiri bukanlah perkara mudah, dan memahami hati orang lain adalah hampir tak terfikir oleh akal manusia. Kau boleh nampak manusia itu tak bertangan sebab ianya nyata, tapi kau tak tahu adakah dia gembira? sedih?

Dalam memahami hati orang lain kau umpama keluar dari dunia kau dan jelajah ke dunia dia. Dan dari situ kau perlu memerhati, memahami, dan ingat. Kadangkala dalam kau bermain di dunia dia, kau juga akan rasa apa yang tak sepatutnya kau rasa kerana itu adalah harga yang kau perlu bayar bila kau ambil langkah masuk ke dunia dia. Dan dalam kau cuba memahami, kau perlu ingat yang kau juga punya alam dan hati sendiri yang perlu turut kau jaga. Umpama kau ada 2 dunia dan 2 hati yang berbeza yang sentiasa perlu kau seimbangi supaya salah satu darinya tak lebur.

Memahami hati bukan bermaksud kau boleh perintah dia ikut telunjuk. Kalau kau fikir begitu, kau adalah manusia silap. Kau takkan boleh suruh dia ikut apa yang kau mahu, tapi kau boleh respect dan memahaminya dengan sebuah senyuman. Bukan susah untuk cuba dan terus cuba, kerana itu adalah usaha kau, cuma satu, kau takkan boleh tinggal dunia dan hati kau. Sampai satu masa ditakdirkan kau gagal, kau harus terima seadanya yang kau telah cuba sedaya upaya. Tak perlu malu jadi seorang yang gagal. Bagi aku, kau telah mencuba dan bagus atau gagal itu tetap ada dalam mencuba.

Monday, March 14, 2011

Sepetang bersama Alan Iverson

Petang itu, cuaca agak baik. Panasnya sederhana dan awan pula mendung-mendung kelabu. Cukup sesuai untuk melepak di kopitiam.

"Ape ke gampang la rupa kau ni?"
-Jiji Hamid

"Sekali pandang macam orang, tapi macam kura-kura pun ade"
-Hakim Kamarolzaman

"Hahaha, macam sial!!"
-Radhi Yusof

"Kau memang gerek doh! gila babi ah kau!"
-Alya Azman

"Ok la tu... Barulah rare! Hehe"
-gua


Ahmad Syafiq Omar hanya melihat komen kawan-kawan beliau sambil berkata :

"Sebelum aku lempang sekor-sekor baik diam!"

Pantas kaki beliau menyepak kerusi plastik buatan Malaysia sambil memegang rambut baru beliau yang macam Alan Iverson sambil menyumpah seranah ke awek saloon.

Thursday, March 10, 2011

Buat yang bertanya

Tujuan gua untuk menulis entry ini adalah dari pertanyaan-pertanyaan dari sesetengah pembaca yang intinya sama :
"kenapa kau ni racist?"

Gua adalah seorang remaja yang diawal 20 an, mampu berfikir baik dan buruk. Alhamdulillah tuhan bagi gua akal yang sempurna. Persoalannya disini, why am I being racist?... Maafkan gua, gua bukan seorang yang racist. Gua membesar di tanah Malaysia, bergaul sama-sama tanpa menilai manusia dari segi rupa,bangsa, agama dan warna kulit. Siapa kata gua tiada kawan berbangsa Cina? Gua ramai kawan yang berbangsa Cina, dan tak kurang juga India. Bagi gua menjadi seorang yang berbangsa Melayu bukanlah alasan untuk menilai orang lain kerana mereka berbeza dengan kita. Alvin, Marcus, Nathan, Bharat, semua adalah kawan gua yang mempunyai identiti yang berbeza. Dan yang penting kita juga harus faham, mereka juga warganegara Malaysia. Kita kongsi tanah yang sama, dan hasil makanan yang sama.

Persoalan kedua,
"kenapa gua lebih menilai orang dari segi nationality"

Satu hari, gua duduk dengan member gua di satu kedai mamak 24 jam. Gua perasan ada 4 orang kulit hitam (nigga) keluar dari kereta di ikuti oleh seorang perempuan melayu yang dalam lingkungan umur seperti gua. Gua langsung tak kisah kalau lu nak makan, nak minum. Its Malaysia man. We got law and I dont have any right to chase you away. Bila gua tengok nigga tu raba-raba, kissing in public dengan perempuan melayu tu, gua rasa kecewa. Gua tak salahkan mana-mana pihak dan secara jujur kalau gua diberi peluang sepak nigga tu, gua lagi suka kalau gua dapat sepak awek tu. Ianya suatu perkara yang memalukan. Bukan niat gua untuk mengatakan Malaysian itu perfect, tidak. Gua tanya satu kepada lu orang, berapa ramai orang Melayu yang berkahwin dengan nigga dan hidup happily ever after?

Kebanyakan orang luar seperti Arab dan Nigga datang ke negara kita kerana urusan pembelajaran. Gua tak menghalang mereka untuk belajar. Its something that we can proud of, people come to our country to learn from us. Awal tahun 2003, gua sekolah di Negeri Sembilan. Masa balik cuti, bonda gua dan makcik gua jemput gua dan kami singgah makan di Johor Bharu. Tempat makannya berdekatan dengan hostel pelajar asing. Memang banyak nigga yang makan, ada yang mabuk dan bergaduh. Gua jadik segan kerana gua terpaksa tengok benda tu depan mata bersama bonda dan makcik gua.

Lagi satu, masa gua keluar dengan kawan gua Radhi. Masa tu dalam pukul 8 lebih malam. Depan mata gua satu kereta mewah langgar sorang pakcik tua melayu. Gua turun kereta sama Radhi, gua perati yang bawak kereta mewah tu Arab, lingkungan 20 lebih. Gua tolong angkat motor pakcik tu, gua tolakkan ke tepi. Radhi pulak tolong pakcik tu duduk dekat kaki lima kedai. Mamat Arab tu berbincang dengan member dia dalam bahasa arab sambil perati kereta dia. Dia datang ke pakcik tu, sambil campak duit 100 dan terus blah. Pakcik melayu tu diam sambil tersengih. Betapa gua rasa maruah bangsa gua dipijak-pijak oleh bangsa yang hanya hebat pada nama.

Satu hari gua ke pejabat pos dengan bapak gua. Parking diluar pejabat pos penuh dan gua sama bapak gua terpaksa menunggu parking. Datang satu kereta dipandu oleh nigga dan dia park di bahu jalan. Bapak gua pun ikut park didepan kereta nigga tersebut. Gua turun sama bapak gua, dan settlekan semua pembayaran bil. Bila keluar bapak gua panggil sorang brader majlis daerah yang sibuk meronda

"ni apsal saya kena saman?"

Gua nampak ada kertas saman dekat kereta.

"sebab abang parking tempat tak boleh parking"

"owh, abis tu kereta depan tu tak kena pulak?"

"dia parking kejap je bang, kejap lagi dia datang balik"

"saya dengan nigga tu mane lagi cepat?"

Gua tengok brader tu serba salah dan nak ambik balik kertas saman

"tak payah nak ambik balik, cuma satu saya nak ingatkan. Kalau awak boleh lebih kurang dengan orang asing kenapa tidak dengan saya yang Melayu? Saman tu nanti saya bayar sebab memang silap saya"

Bapak gua sound brader tu straight. Gua diam tak berkata apa.

Negara Malaysia adalah negara kita. Tanah tempat tumpah darah kita, tempat kita bergaul sesama sendiri dan belajar mengenal kehidupan. Sewajarnya kita yang perlu bangkit dan berusaha memajukan negara kita.

Bangsa asing duduk dinegara kita dengan kereta mewah persis menteri, wang tak pernah putus. Kita masih ada lagi yang berumah papan beratap zink, yang rata-rata pendapatannya ala kadar. Apa itu yang namanya merdeka, negara Malaysia yang sudah setengah abad merdeka?


Sunday, March 6, 2011

Kak Mala

Satu petang yang sederhana kepanasannya, gua sampai di Seri Warisan Resort lengkap dengan kemeja putih dan slack hitam siap bertali leher Suave yang gua rembat dari cousin gua. Dah tu je tali leher yang urban, kalau nak pakai bapak gua punya memang konfem hilang market gua.

Gua tiba dengan Syuhada sebab memang gua dah suruh dia ambik gua sebelum dia pergi keje. Gua bukan ape, bukan gua ni kedekut cuma gua support saranan kerajaan untuk car-pooling. Dapat mengelakkan pencemaran udara. So orang Melaka, berterima kasihla ke gua sebab udara di melaka segar sebab gua. Hehe.

Gua menuju ke front desk

"ape tentatif hari ni?"

Tanya gua sambil membetulkan kepala tali leher. Sebijik macam bos gua, Encik Amzah.

"Hari ni tadi ade group tour dari China tapi dah checkout. Lepas tu ade 3 orang mat salleh baru check in"

Farah berkata ke gua dengan lemah lembut. Farah ni atas gua setahun. Dia student uitm terengganu yang praktikal di tempat gua. Berkulit putih, berwajah manis, bertudung litup.. memang sejuk je mata gua memandang. Panas-panas macam ni pun kalau dapat tengok muka Farah ni, rasa sejuk je, macam mandi swimming pool.

"ok ok"

"So kitorang balik dulu la nanti. Owh, hari ni Iza MC.. so mel kene jaga sorang. Or nak Farah stay dulu?"

"Owh its ok la Farah, nak balik takdehal la."

Malu la gua kalau setakat jaga frontdesk pun tak boleh. Lagi-lagi depan Farah. Gua capai henfon, gua send mesej ke Iza :

"Kau sakit ape?"

"Huh?? Sakit ape pulak?"

"Farah cakap kau sakit tak masuk shift"

"Aku MC la! MC tak semestinya sakit. Aku kat Mahkota"

"Kau memang babi!"

Gua terus letak henfon dalam drawer. Iza ni pun praktikal jugak, sebaya dengan Farah cuma lain Uitm. Tiba-tiba henfon gua berbunyik lagi. Ada mesej masuk. Gua syak mungkin Iza nak ajak bergaduh, rupa-rupanya Farah.

"Farah lupa nak bagitau. Nanti Mel inform Kak Mala yang guess
mat salleh tu nak order makan ke room"

Gua tersenyum sorang-sorang bila baca mesej Farah. Haha, macam cilaka. Gua capai telefon, gua inform Kak Mala. Kak Mala ni bahagian FnB (food and beverages).

"Hello assalamualaikum, Kak Mala ade? jom la gosip-gosip petang"

"Banyak la kau! hah ade ape?"

"Kak, guest omputih tu dah hantar food?"

"Ni akak on the way ni haa. Eh, nak dengar story baru? nanti akak naik frontdesk"

"Ok kak, saya tunggu akak"

Kak Mala ni memang kaki gosip. Kadang-kadang bila gua dengar dia gosip, macam tengok cerita dekat panggung. Kawan baik Kak Mala ialah As, singkatan untuk Asri.. Lelaki dua alam di resort gua yang bercita-cita nak jadi pramugara.

Tak lama lepas tu, gua nampak Kak Mala berjalan menuju ke coffee house dengan muka masam. Gua beranikan diri bertanya :

"apsal kak?"

"Ni haa mat salleh kau tu! dia mintak kecap.. Akak antar la kicap. Lain kali cakap la CILI SOS!!"

Gua mulai konfius..

"Sabar je la kak malaaaaaaaaaaa"