Saturday, October 27, 2012

Hey Gadisku

Hey gadisku,
Hidup rasa begitu lembut
Denganmu yang ada selalu
Meniup segala energi

Hey gadisku,
Wajahmu yang mau kulihat selalu
Yang selalu saja mengisi ketiadaan
Memberi rasa segala keseimbangan

Hey gadisku,
Darimu ku mengerti rasa tekstur hati kegelisahan
Kau cipta rasa yang bisa ditransportasi dari dua hati
Bukankah itu indah?

Hey gadisku,
Biar tubuhmu berkelana 
Aku disini dan kamu disana
Antara kita tak terwujud gestur seperti mereka

Hey gadisku,
Kita lalui jalan kita sendiri
Dengan segala sifat sama diri yang minor
Tak terfikir mau seperti klise mereka yang major

Hey gadisku,
Antara kita tercipta elegi rindu
Yang lebih kuat itu aku
Sepertinya akan selalu ada tanpa rapuh

Hey gadisku,
Kita bertemu kemarin di tanggal Maret
Gerak maju berirama seperti udara
Menuju ke tanggal tanggal Maret yang lain

Hey gadisku,
Kau asalnya itu gula-gula mimpi 
Seawal hadir dari rasa fantasi hati
Kini hadir benar menjadi permaisuri

Hey gadisku,
Aku jatuh hati
Dari tanggal Maret lepas hingga kini 
Moga kau bisa tau apa ada dikepala dan di dada
Tanpa memikirkan beza



Friday, October 26, 2012

Konsep kenapa makwe Udi tinggalkan beliau dibangku sekolah

Di suatu petang, aku dan Udi ke Taman Cempaka yang berhadapan Melaka Sentral. Memandangkan Udi dah bergaji dan tak perlu naik motor lagi, kami bergerak ke Taman Cempaka dengan wira aeroback, berkelajuan sederhana. 

Memang tepat perkiraan masa Udi. Kami tiba disana ngam-ngam pukul 7 lebih. Waktu dinner orang bilang. Selepas melangsaikan urusan makan kami berjalan menyelusuri bazar Taman Cempaka sambil mata melilau mencari apa yang berkenan.

"Lu tunggu kejap, gua nak pergi beli rokok"

Aku hanya mengangguk melihat Udi deras ke kedai serbaneka 7-eleven sambil duduk dibahu jalan memerhati orang yang jalan mundar-mandir dengan tujuan masing-masing.

"Ni apahal pulak lama sangat ni"

Getus hati aku selang beberapa ketika menunggu di bahu jalan. Aku kerling 7-eleven dari jauh dan ternyata perkiraan aku benar. Udi mengayat makwe cashier 7-eleven. Gampang.

"Sorry lambat bro, gua berbual dengan makwe cashier tu tadi. Tanya pasal bandar melaka ni"

"Ah sejak bila lu suka bertanya ni di? bukan gua tak kenal perangai lu"

"Bukan macam tu. Orang perempuan ni memang sukakan perhatian bro. Hati diorang lembut, tak macam lu dengan gua"

Udi meneguk sprite sambil bakar rokok sebatang dan menyambung,

"Lu tau kenapa makwe-makwe suka bunga?"

"Kenapa?"

"Sebab diorang ni insan penuh kelembutan. Kan bunga tu lembut. Hati diorang ni mudah tersentuh."

"Ohhhhh"

"Orang perempuan ni bro, suka sharing problem. Sebagai lelaki lu kena dengar masalah diorang ni walaupun lu tak mampu nak tolong. Dengar tu pun dah kira tolong apa?"

"Lu cerita pasal makwe dengan gua ni apa guna? gua tak macam lu di.. ranggi"

"Alamak, susah la story sama lu ni. Zero!"

Sejak hari itu baru aku faham konsep kenapa makwe Udi tinggalkan dia dulu 

Tuesday, October 23, 2012

Gua bersama Udi, berbual perihal makwe banking

Bila hari hujan lebat, aktiviti kita jadi terhad. Hari itu aku baru habis menghantar kertas untuk di fotostat. Berapa copy jangan ditanya. Selepas menghantar kertas aku berjalan ke kedai minum Melayu yang tak jauh dari Bank Rakyat sebab Udi dah menunggu disitu.

Udi pula lain cerita. Sementara nak menunggu adiknya pulang dari tuisyen, rutinnya mesti pekena teh tarik sebarang dua gelas. Kalau tidak dengan aku sorang-sorang pun jadi.

Cerita punya cerita, dan dari macam-macam orang yang lalu aku perasan seorang perempuan bertudung biru, beg tangan coklat. 

"Di, gua kalau nak cari gelfren, gua nak yang gitu macam"

"Mana satu?"

"Itu, warna biru"

Lantas 4 mata tertancap pada susuk tubuh perempuan berbaju kurung biru itu

"Gitu macam punya gelfren takkan suka la sama lu"

"Apesal pulak?"

Udi pandang gua serius.

"Gini la gua bilang serius sama lu honest punya. Yela cuba lu pikir. Dengan rambut lu, cara pemakaian lu. Ni, tshirt ni... semuanya foul."

Gua pandang t-shirt gua yang baru gua pakai pagi tadi sambil memikirkan apa yang Udi ingin sampaikan.

"Dah sekarang kita minum dulu. Cerita gelfren tu lu simpan dulu okay? Balik rumah lu fikir dalam-dalam."

Ya. Kehidupan rocker penuh onak dan duri, ranjau yang berbisa. Kalau takat t-shirt lusuh deep purple, makwe banking takkan suka.

Thursday, October 11, 2012

Magazine/ebook

**Untuk siapa-siapa yang mahu download magazine secara percuma,**
disini saya menyediakan sebuah blog untuk memuat turun magazine.
Semua magazine/ebook dalam bentuk pdf dan link ada di bahagian kanan blog.
Sekian, au revoir!


Monday, October 1, 2012

Tuhan Palsu bab 3 : Si Dia Di Taman Botani

Sakit perut dari kesan kuah asam pedas tengahari tadi masih membuak-buak perasaannya. Ketika itu aku sudah separuh jalan ke library untuk menyiapkan tugasan yang barangkali mungkin tak akan juga siap dalam masa yang sedikit itu. Oleh itu aku batalkan saja niat hati untuk pulang ke asrama mahupun singgah ke tandas kecil warna hijau terang di sebelah bilik guru.

Sampai di library kelihatan masing-masing sedang sibuk, sibuk dengan rencana masing-masing yang pelbagai. Aku duduk di suatu sudut, di hadapan komputer putih yang wallpapernya kelihatan menyenangkan, gambar pokok pine ditepi bukit hijau Amerika.

Lantas aku suakan pendrive ke badan komputer dan bersedia untuk bersama-sama ikut serta sibuk ditengah-tengah kelompok manusia yang juga sibuk. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu, sekeping nota yang perlu aku hantar ke seseorang mengenai tugasan kuliah ekonomi dan juga sepotong mesej kecil dari hati untuk si dia. Lalu pada waktu itu aku tinggalkan kerja lalu berlari menuju ke taman botani kecil. Moga-moga si dia masih berada disitu.

Ternyata klise cerita lelaki yang macam aku, bayangnya sudah tidak kelihatan lagi lalu aku menarik nafas panjang bersama perasaan yang kurang menyenangkan. Aku kembali ke library dengan perasaan hampa yang berjuta kiranya.

Aku menyambung kembali norma kehidupan di sudut kecil library itu sehinggalah line internet berubah menjadi celaka. Dengan perasaan kecewa kerana si dia, sakit perut kerana asam pedas, aku terus berlari menuju ke router internet lalu aku menyepak kencang sepuas-puasnya. Lalu berterbanganlah serpihan router tersebut menuju ke meja-meja yang berhampiran dan tepat mengenai  2 orang gadis berkulit cerah, dan seorang pemuda berkulit sawo matang berkemeja crocodile.

Buku ekonomi dan fail biru atas meja dimasukkan kembali ke beg galas lalu perjalanan ke pintu muka library seakan jauh kerana pandangan mereka-mereka yang memandang tajam. 

Aku tersenyum dan hati kecil aku berkata,

Mungkin mereka marah barangkali. Mungkin?