Monday, March 19, 2012

Cermin

Setiap malam selepas basuh kaki sebelum tidur,

Tunggu sebentar, aku jenis tak basuh kaki sebelum tidur, kepercayaan itu bagi aku karut.

Setiap malam, selepas aku tutup mata, maknanya aku sudah berada di dalam pesawat yang sungguh luar biasa untuk aku ke wonderland. Di sana ada seorang wanita sedang menunggu bawah pokok epal dengan wajah tersenyum dalam bingung. Sudah hampir seminggu juga aku ke wonderland dan berehat sambil bercerita bawah pokok epal itu.

Tapi kali ini, wanita itu menunggu tanpa ada bingung lagi. Dan aku akan sentiasa ke sana bila bulan menjelma untuk memberi bintang dengan tangan gergasi aku hingga pesawat realiti muncul untuk bawa aku berjumpa dengan dia.

Tapi malam ini, aku bawa cermin besar. Supaya dia boleh tengok muka merah dia :)

-Aku, 1.53 am, wonderland

No comments:

Post a Comment