Pagi itu, aku bangun agak lewat. Meeting pukul 9 pagi. Aku ke bilik mandi lalu membersihkan diri. Bila terfikir yang hari itu akan jadi panjang, sibuk dengan pelbagai benda aku jadi sedikit stress.
"Man, bangun bro. We got meeting at 9 kan?"
"pukul berapa sekarang?"
" dah nak 8.30 pagi dah ni "
"Ahhh damnnn, just inform diorang aku headache."
"Alright2"
Itu adalah Hilman, wakil dari Sheffield, United Kingdom. Kami ditempatkan di bilik yang sama. Aku capai kemeja dan slack, necktie, suit, leather shoes dan yang paling penting sling bag sebab semua kertas kerja dan dokumen ada dalam tu. Dalam hati rasa nak breakfast bila nampak kupon breakfast atas meja. Tapi kerja adalah utama dan aku tak nak lewat.
Aku berjalan kaki ke menara PWTC yang terletak lebih kurang 100 meter dari hotel. Dari jauh kelihatan orang mulai membanjiri kawasan tersebut dengan seragam mereka. Aku masuk ke ruang legar menara PWTC sambil mata ke buku tentatif untuk hari itu.
"Dewan Tun Hussien, Aras 4"
Langkah kaki semakin deras menuju ke eskalator. Dari atas eskalator aku dapat lihat kaum ibu yang duduk bersila, beramai-ramai di aras bawah melihat ke skrin besar. Pandangan aku terus ke aras 4.
Majlis persidangan bermula dengan cermat dan teratur. Alhamdulillah segala program berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Pukul 6 petang aku keluar dari Dewan Tun Hussien dan berjalan terus ke eskalator.
"Mel, kitorang nak pergi minum kejap. Lets la join"
"Dekat mana?"
"Dekat cafe bawah ni je"
"Alright2 will text you later bro."
Kami terus ke aras satu. Aku ke surau yang berada di tak jauh dari cafe. Agak lewat aku menunaikan tuntutan tuhan dan nasib baik waktu masih ada untuk aku sujud pada dia yang satu. Terasa tenang dengan kesibukan kerja, senyap dan sunyi di dalam surau itu.
Selesai solat, aku ke cafe yang dijanjikan. Azim dan yang lain sudah menunggu. Minum lewat petang setelah penat dengan mesyuarat. Waktu sudah hampir masuk
maghrib. Kami berjalan untuk keluar dari menara PWTC itu. Dan mata aku terpandang dengan kaum ibu yang masih lagi di ruang legar.
"Azim, kau balik dulu. Aku ada hal sikit nak settle"
"Ok, see you later at the hotel!"
Aku ke kerusi berdekatan. Aku duduk dan memandang kaum ibu. Aku perhati dari mata mereka, yang jelas menggambarkan harapan. Dengan anak mereka yang dalam linkungan usia 3 atau 4 tahun, bersama-sama duduk di atas carpet di ruang legar, ditenggelami hiruk pikuk manusia yang datang dengan seribu satu urusan di menara itu.
Aku terdiam sejenak dan berfikir.
Itu adalah ibu-ibu melayu,
Insan yang menyambung generasi melayu kita
Dengan kudrat yang tak seberapa
Datang ke situ dari pelbagai tempat
Walaupun terpaksa berhujan panas
namun semangatnya segagah pahlawan
Aku adalah anak Melayu
Penyambung warisan
Penentu masa depan
Akan aku tabur segala jasa dan budi
Tak kira dimana tempat aku kan berdiri
Persetankan apa jua bendera kita
mahupun siapa yang kita undi
atau siapa yang menjadi menteri
Mata ibu itu penuh dengan harapan yang meninggi
Sabar ibu,
Anakmu datang menabur bakti.
Aku bingkas bangun, dan terus berjalan keluar dengan tersenyum.
Makan malam bersama perwakilan UMNO luar negara
Ceramah di MRSM Kuala Klawang, Februari '12
Lama rasanya tak post gambar.
*garang tak? haha
at this point, i shall come front to say, bravo, man! nice thoughts and nice do.
ReplyDeleteThank you May, we all have our responsibility right?
ReplyDeleteabsolutely right. :)
ReplyDelete