Friday, February 25, 2011

Tragedi Rosmerah

Hari tu, gua ke Tebrau. Ade sedikit urusan kerja. Dalam pukul 9 pagi gua pun bertolak dari rumah. Gua memang tak berapa gemar nak sarapan pagi. Dalam kepala gua masa tu, gua nak selesaikan dulu semua kerja baru gua nak makan. Dalam pukul 9 lebih gua tiba di Tebrau. Segala dokumen gua serahkan ke pegawai yang berkaitan. Memandangkan semua urusan tiada masalah, duit kopi 50 ringgit pun gua dah dapat, gua terus cau.

Tengahari tu gua singgah di mamak Rosmerah Kota Tinggi. Tiba-tiba gua terasa nak makan nasi kandar. Gua singgah, gua ambik nasi putih sama lauk kari sotong dengan sayur kobis. Nasib baik gua sampai awal. Makwe-makwe ofis time tu belum keluar makan lagi. Kalau tak mesti penuh mamak tu. Dia punya bising pulak nauzubillah. Lu orang boleh bayangkan kalau makwe jumpa makwe, makan satu table di tempat awam macam mane?

Gua steady dengan nasi gua. Dah habis, gua cuci tangan. Gua rilek dengan teh o ais gua, gua tarik Dunhill light sebatang. Entah dari mana, datang sorang lelaki yang pada gua dalam lingkungan umur 50-an lengkap dengan pakaian ofis juga.

Dia sengih sama gua, gua balas balik sengih. Tak baik, budi bahasa budaya kita. Orang sengih, kita sengih la balik. Bila nampak gua sengih, dia angkat gelas teh dia, dia port meja gua. Mungkin nak berbual gayanya.

"keje ke?"
"takde la, ada urusan sikit kat tebrau tadi"
"owh, duduk mane?"
"duduk dekat-dekat sini jugak"

Pakcik tadi angkat tangan lambai-lambai ke mapley sambil buat isyarat rokok..

"biasa punya!"

Mapley tadi datang bawak sekotak rokok Dunhill merah. Dengan cermat, pakcik tadi bukak kotak rokok, disuanya sebatang ke bibir.

"lighter pinjam"

Gua bagi lighter ke pakcik tadi. Dia nyala rokok dengan muka puas sambil sengih-sengih ke gua. Gua pun sengih balik..

Dalam tak sampai 10 minit berbual, pakcik tadi mintak diri nak cau. Ade urusan kerja kata dia. Gua masih lagi rilek-rilek. Habis je air, gua pun menuju ke kaunter nak cau.

"berapa?"
"Rm 18.20"
"apehal mahal sangat?"
"betul la, makan lapan ringgit dua puluh sen, rokok sepuluh ringgit"

Gua malas nak bergaduh, gua keluar 50 ringgit, gua bagi ke mapley tu. Gua ambik balance, gua usha kiri kanan. Pakcik tadi dah lesap. Kemain laju lagi.

"kau memang lahanat!!"

Monolog gua dari mamak sampai la rumah.


Wednesday, February 23, 2011

Sebab gua tak update blog

Gua pun dah tak berapa nak perasan dah berapa lama gua tak update gua punya blog.. Sebenarnya gua nak update tapi takdir tak menyebelahi gua. Kalau gua nak cerita sama lu orang pun, bukan lu orang percaya. Tapi buat lu orang yang masih lagi baca blog gua, gua hargai dari hujung rambut sampai hujung kaki. Gua ceritakan jugala buat lu orang sebab kenapa gua tak update blog gua. Cerita dia macam ni.....

Bulan lepas gua pulang ke tanah air. Masa tu memang gua gembira sebab gua dah tak perlu masak sendiri, boleh lepak mapley hari-hari. Nak keluar rumah pulak tak payah nak memakai baju angkasawan tebal-tebal. Cukup t-shirt sama seluar pendek. Yang penting... makwe-makwe lepak mamak pun sekarang ni boleh tahan ramainya. Mungkin dah bosan dengan kopitiam.

Satu malam, gua bermimpi. Dalam mimpi tu gua nampak cahaya putih yang terang. Tak mampu gua nak bukak mata. Gua pejamkan aje. Tiba-tiba gua terdengar satu suara :

"Satu hari nanti kau akan berjumpa dengan aku.. tak lama lagi!''

Serta merta gua terbangun dari tidur. Sejak hari tu gua ada perubahan pelik berlaku ke diri gua. Gua kerap lepak mamak sampai pukul 2 pagi, hari-hari gua rasa nak makan char kue teow, dan yang paling penting gua kerap lupa nak update blog..


7 Februari 2011, 0148 waktu malaysia


Gua ketika itu sedang on the way untuk balik ke rumah dari mamak. Gua perati kiri dan kanan masa tu memang sunyi. Takde langsung mat rempit buat superman, takde langsung mak nyah dengan bikini. Semua hilang dan yang ada sunyi dan sepi.

"Malam lailatulqadar kot"

Gua bermonolog sekadar nak sedapkan hati..

Tiba-tiba ada satu cahaya putih terang tepat menyuluh gua. Sebijik dalam mimpi gua yang lepas. Gua terasa ada benda seperti vacum yang sedut gua keatas. Cilaka, UFO lagi la ni...

"Hello, jangan takut. Nama saya Ilyas dan yang tengah drive tu nama dia Mustafa. Kami dari Marikh"

Kepala gua hanya memproses imej pakcik mustafa dengan pakcik ilyas belakang rumah gua. Ade ke gampang alien name melayu..

"Nama gua juice, lu orang cakap lu orang dari marikh. Agak-agak la nak kencing gua"

Gua dengan selambe tak takut mati kena tembak pistol laser, memberi hujah bernas ke Ilyas.

"kenapa pulak awak cakap kami tipu?"

"ye la, kitorang kat bumi ni dah bertahun usha lu orang punya planet tu. takde pun nampak lu orang beriadah ke, piknik ke."

"owh, memang la takde sebab kitorang tinggal dalam planet tu. Bukan atas planet. Ni la dia manusia, otak masing-masing tipikal. Same je bengap nye, cuma saiz je berbeza"

Direct gua kena sound sama Ilyas. Si Mustafa pulak sengih-sengih dari dalam kokpit. Sejak hari tu, bermulalah pengembaraan gua sama Ilyas and the gang menjelajah sistem cakerawala. Tepat 19 haribulan februari gua suruh Ilyas turunkan gua dekat KLIA sebab gua nak balik Russia. Sempat jugak gua rembat teh sama mug dari ufo Ilyas sebagai kenang-kenangan..

Tu la sebab gua tak update blog gua. Sekian..

mug Ilyas yang gua rembat..

Wednesday, February 9, 2011

Merpati

Desir angin pantai yang bertiup dari laut ke tanah Melaka seakan-akan mengerti akan perasaan yang terbuku di hati Tuah. Sungguh kuat. Tapi masih juga tak mampu menghuraikan segala apa yang tersimpul dalam pemikiran laksamana itu. Dipejamkan mata lalu digenggam pasir negeri melayu itu dengan harapan angin bayu laut segera meniup pergi segala keresahan di hati. Dan dikala itu juga datanglah puteri jawa, Gusti Puteri Retno Dumillah lengkap persiapannya dan iringannya serta bertandu untuk dipersembah ke Sultan Melaka.

Gusti Puteri : Sungguh permai di bumi Melaka. Limpah karunia itu buktinya.

Tuah : Semuanya berkat dari tuhan dan juga Sultan Melaka.

Gusti Puteri turun dari tandunya. Kakinya yang putih dijejakkan ke pasir pantai laut Melaka seraya berkata :

Gusti Puteri : Apakah datuk laksamana tau binatang apakah itu?

Mata tuah hanya melirik mengikuti telunjuk Gusti Puteri ke pohon rendang di tepi pantai.

Tuah : Masakan tidak tahu. Merpati.

Gusti Puteri tertawa kecil namun matanya jelas tergambar perasaan yang sama seperti Tuah.

Gusti Puteri : Datuk Laksamana tau apa istimewanya dengan merpati?

Tuah : Merpati hanya unggas biasa. Tiada istimewanya, tiada saktinya.

Jelas jawapan Tuah membuatkan Gusti Puteri tersenyum.

Gusti Puteri : Merpati itu seperti kita. Walau berbeza luarannya, namun nalurinya serupa. Merpati juga punya rasa kasih dan sayang. Rasa cinta. Walau terpisah dari pasangannya ia akan tetap menunggu walau terpaksa berdepan dengan badai. Walau terpaksa menunggu musim yang berjalan. Bukan begitu datuk laksamana?

Bicara Gusti Puteri membuatkan Tuah tertunduk memandang air laut yang menyembah muka pantai. Dipandangnya muka Gusti Puteri dengan penuh rasa kasih dan cinta. Tak tertahan rasanya melihat orang yang dikasihi dan dicintai mengalirkan air mata yang mengalir atas dasar kasih dan sayang. Biar seribu taming sari datang membelah hati Tuah namun masih tak sama rasa pedihnya menahan rasa cinta terhadap Gusti Puteri.

Tuah : Cinta itu bukan untuk dimiliki. Cinta itu juga bukan untuk diberi. Cinta itu lahir dari hati bersama rasa kasih yang suci. Andai sudah tiada rasanya, malanglah rasa diri ini. Pergilah, kerana aku akan sentiasa menanti disini. Seperti merpati.