Tuesday, September 15, 2009

Sesat

Hari ini tidak berapa cerah, cuaca agak mendung, ditutup awan kelabu, suasana di luar dewan kuliah agak sejuk, angin bertiup sesekali membuat aku terketar walau Andrei dan Anastacia bersahaja bersinglet dan bertube. Selepas kelas, aku memulakan langkah ke apartment baru, kenalan dari MIAT dulu, luarnya usang, bertingkat 12, dan yang menarik, rakanku ditingkat 12, paling atas..

Masuk ke apartmentnya, memang aku sudah dapat jangka bagaimana nanti hidupnya disitu, mengapa kamu tanya? tengok sendiri, aku tak punya kudrat mahu menaip lebih panjang, semata-mata kerana apartment usang itu.

Pukul 3, aku dan Daim ke pasaraya berdekatan,kalau kamu sudah baca entry aku dulu yang bertajuk "kami orang asia" dulu, kamu tahu siapa itu Daim, mamat yang bajet jepun, roomate aku, hahaha... hajat mahu membeli ikan, berbuka puasa, memang kami sudah mengidam ikan, ya, kami jauh dari keluarga, sahabat handai, kekasih hati, tapi kami gagahkan juga memasak apa yang termampu..

Di pasaraya, ikan dibeli, jus di letak, ke kaunter kami bayar, selepas keluar pasaraya, kami berbincang :

Daim : nak balik cam mane? (tersenyum simpul)
Aku: bas la.. senang (menangkap maksud senyuman kambingnya)

Kami tunggu bas, bas tiba, warnanya kuning, bernombor 26, bertulis "Автово", kami suka hati, bas pun beredar, meninggalkan pasaraya..

******************

45 minit berlalu, aku berasa hairan, mengapa tidak tiba lagi?
aku lihat keluar, aku lihat, papan tanda, bertulis "Лигофски Проспект" (Ligofski Prospekt),
sialan, aku sudah tersalah bas, akhirnya, perjalanan balik yang sememangnya hanya 20 minit itu menjadi 1 jam 40 minit,memang aku menyumpah seranah dalam bahasa malaysia pasar di sepanjang perjalanan, bukannya orang sekitar faham kan..

ps : memang last la aku naik bas lepas ni.. kurang asam, nasib baik aku tabah, berbuka pun sempat masak!! kalut2, betul kata nenek, jauh perjalanan, luas pemandangan, luas pengetahuan

6 comments:

  1. hahaha..nape wktu tnye nak naik bus tu masing² senyum?

    ReplyDelete
  2. Nadia : actually kitorang dah ada kad untuk tram, so bile kitorang naik bus, kene bayar:)

    May : Tahun ni x dapat cuti, raya sini je.. maybe g embassy kot.. (jauh pun jauh la, janji dapat makan ketupat!!)

    ReplyDelete
  3. haha bukan baca tanda kt bus tu ke?
    haha bgs2 pengalaman.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya bas tu betul, cuma route dia berubah bila petang. haha

    ReplyDelete
  5. siot naekkn nama aku. aku memang ad darah jepun la. ces

    ReplyDelete