Tuesday, September 29, 2009

Si Gadis Elektrik


Lisa,

potret kita masih ku simpan,
walau bingkainya kusam,
aku belek,
takut berhabuk,
aku lap,
biar tak luput,

masih teringat aku,
di kala kita bersua kali pertama,
lirik mata mu,
suara merdu mu,
masa seolah-olah terkedu,
bagai memberi sedikit ruang buat kita,
melengkapkan satu cerita,

bila ku sangsi,
kau beri ku ketawa,
bila ku lemah,
kau pegang erat tanganku,
kau senyum,
beri ku harapan,
ku tahu kau gadis pesona

malam ini,
aku jatuh cinta,
dengan si gadis elektrik,
aku tahu kau juga suka,
walau dia tak seperti kau,
aku yakin kau juga gembira,

aku harus pergi,
kerna aku manusia,
yang perlukan cinta,
selamatlah kau di atas sana,
kau harus tetap ceria,
potret kita masih ada.

al-fatihah buat Nurul Alyssa Abdul Malik, semoga rohmu dicucuri yang maha kuasa, hampir 2 tahun kau pergi, kini tiba masa aku mula cerita baru, kalau kau rindu, datanglah lihat potret kita, potret itu masih lagi disitu, disamping patung yang kau beri dulu...

Sunday, September 27, 2009

monyet

tak sampai satu jam yang lalu, aku melayari facebook, tengok la kalau-kalau ada member-member, atau awek-awek yang post benda kat wall aku. Kalau online ni, aku memang suka dengar music sekali, barula best, tenang jiwa fikiran, aku bukak la itunes, aku pasang lagu couple (lagu puisi), best lah pulak, biasa la lame tak dengar, tak sampai setengah jam,aku rase boring, habis sume aku bukak, myspace, friendster last-last aku terbaring atas katil, boring teramat.

aku pandang ceiling lama-lama, sambil mengelamun balik ke tanah air, jumpa keluarga tercinta, disamping kekasih hati, tiba-tiba aku tengok facebook aku banyak pulak notification. aku klik, aku tengok satu gambar, aisyy, memang panas, syaitan sudah membisik-bisik ke dalam hati nurani aku yang suci ni, ade ke patut dia ni kutuk member aku dengan bahasa kotor, dah la name die "Faiz Shinoda" tapi muke jawa Muar, geli aku,tak boleh jadik ni, aku pun menyibukkan diri meng'comment' sekali, comment berikut berbunyi begini :

aku :hello faiz, ko mengganggu aku, kejap2 ade notification pasal korang comment pic ni. ape kate ko blah, agak2 r comment..

Faiz Shinoda : eyh Monyet!! kalau x suka xyah main facebook..,btw ko monyet dari mana?

*
ni memang dah lebih la kan, kate aku yang handsome ni monyet, die tu jawe tak perasan

aku :relax bro, aku cakap sweet kan.. syireen n azri ni member aku, ape kes ko comment macam tu? agak2 r, kalau ko horny tahap dewa pun agak2 r.

Faiz Shinoda :KAU DAHLAH TAK BERTAMADUN KAU CKP SWEET KE!! ******* Kan dah kena caps lock!!

*
aik!! ni dah lebih mamat ni, dah la tadi kau cakap aku monyet, ni kau mencarut lagi, memang die ni kurang kasih sayang kot, dulu mase aku kecik-kecik, kalau aku cakap "bodoh" pun mak aku marah, dia ambik cili, die sumbat kat mulut aku, aku rase mak si Faiz Shinoda ni tak pernah ajar die, tak pun die ni bajet jepun sangat, mak die guna wasabi instead of cili.

At last, aku pun suruh la member aku ni delete si Shinoda ni dari facebook dia, ta da!! terus senyap, ambik ko, orang add ko nak suruh jadik kawan, ni tak, padan muke ko!

ps : biarlah muke kau macam jawe palembang atau bangla karpet atau jepun terkena radioaktif zaman perang dulu, janji budi bahasa tu ada, bile dah tak ada bahasa, rosak binasa.

Friday, September 25, 2009

Duta


Hari ini hari jumaat, penghulu segala hari, hari mulia,aku dan rakan ke kedutaan Malaysia di Moscow, kerana ada perjumpaan yang ingin dibuat, bukan kami saja, malah ada lah junior-junior bawah setahun yang mengambil jurusan perubatan sekali.

Ucapannya ringkas, sekejap, tak lama, bagi pelajar perubatan, ucapan itu bermanfaat, menarik.. tapi bagi kami, pelajar kejuruteraan, ucapan itu lama, lapuk, tidur lagi baik, haha
tolak itu semua, yang penting, aku dan rakan-rakan seperti badut hari ini, ya lah, masakan seluar hitam, kot pula blue black? tak ke sakai, kene gelak orang? sudah la ramai gadis-gadis ayu, yang bakal bergelar doktor dalam tu,apa boleh buat, kami hanya meminjam kot senior, terima kasih!

Tepat pukul 12, aku dan 9 rakan bergegas ke lapangan terbang, mengejar jadual pukul 3, di pintu masuk, pegawai russia menahan aku dan seorang teman, permintaannya mudah, mahu melihat kertas registration aku di sini, ku buka beg, ku capai kertas berlipat 4, aku bagi ke polis itu, tiba-tiba

Syazwan : wei, aku punye kertas dalam luggage dow! camne?
Aku : Relax2. Ko jangan buat kalut, biase je.

Nasib baik polis tu kasi lepas, mungkin malas nak melayan kot, tak pun dah boring jadik polis, cek-cek dokumen, kalaulah kitorang tak lepas kat airport tadi, memang aku dengan member aku jadik pendatang haram, visa kami luput hari ini.

ps : terima kasih kepada pelajar2 Moscow Aviation Institute di atas segala layanan anda, ada masa datang la Saint Peter!

Sunday, September 20, 2009

Bibir

Berkumandang gema pagi, perlu aku sahut? antara nyata dan tidak, aku tidak pasti, di ruangku sendiri, aku cuba melengkapkan logaritma yang berjela di kepala, udara itu, perasaan itu, warna itu, apa yang lain dari selalu? hari victory...
detik-detik ini, aku mahu melakar pelangi, di hari ini, dengan baju warna-warni, manis, indah segala...
yang difikirkan, masih juga tak mengerti, harap saja ada bibir merah jambu yang memberi noktah kepada persoalan aku, aku tunggu bibir itu..
kali pertama di sini, sungguh aku tak mengerti, perlukah difahami? andai kata takdir tuhan tetap, ya, mungkin saja sinilah, tempatnya, aku menyambut aidilfitri

ps : selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..

Tuesday, September 15, 2009

Sesat

Hari ini tidak berapa cerah, cuaca agak mendung, ditutup awan kelabu, suasana di luar dewan kuliah agak sejuk, angin bertiup sesekali membuat aku terketar walau Andrei dan Anastacia bersahaja bersinglet dan bertube. Selepas kelas, aku memulakan langkah ke apartment baru, kenalan dari MIAT dulu, luarnya usang, bertingkat 12, dan yang menarik, rakanku ditingkat 12, paling atas..

Masuk ke apartmentnya, memang aku sudah dapat jangka bagaimana nanti hidupnya disitu, mengapa kamu tanya? tengok sendiri, aku tak punya kudrat mahu menaip lebih panjang, semata-mata kerana apartment usang itu.

Pukul 3, aku dan Daim ke pasaraya berdekatan,kalau kamu sudah baca entry aku dulu yang bertajuk "kami orang asia" dulu, kamu tahu siapa itu Daim, mamat yang bajet jepun, roomate aku, hahaha... hajat mahu membeli ikan, berbuka puasa, memang kami sudah mengidam ikan, ya, kami jauh dari keluarga, sahabat handai, kekasih hati, tapi kami gagahkan juga memasak apa yang termampu..

Di pasaraya, ikan dibeli, jus di letak, ke kaunter kami bayar, selepas keluar pasaraya, kami berbincang :

Daim : nak balik cam mane? (tersenyum simpul)
Aku: bas la.. senang (menangkap maksud senyuman kambingnya)

Kami tunggu bas, bas tiba, warnanya kuning, bernombor 26, bertulis "Автово", kami suka hati, bas pun beredar, meninggalkan pasaraya..

******************

45 minit berlalu, aku berasa hairan, mengapa tidak tiba lagi?
aku lihat keluar, aku lihat, papan tanda, bertulis "Лигофски Проспект" (Ligofski Prospekt),
sialan, aku sudah tersalah bas, akhirnya, perjalanan balik yang sememangnya hanya 20 minit itu menjadi 1 jam 40 minit,memang aku menyumpah seranah dalam bahasa malaysia pasar di sepanjang perjalanan, bukannya orang sekitar faham kan..

ps : memang last la aku naik bas lepas ni.. kurang asam, nasib baik aku tabah, berbuka pun sempat masak!! kalut2, betul kata nenek, jauh perjalanan, luas pemandangan, luas pengetahuan

Thursday, September 10, 2009

Pijak

V.S

Semalam aku bukak youtube,satu video menarik minat aku, agenda lama, agenda "Ambalat", kawasan perairan yang direbutkan oleh Indonesia dan Malaysia, disitu jugak aku dapat melihat beberapa komen panas dari mat-mat indon yang konon hensem macam Abang Ariel Peter-pan mereka dan juga minah-minah indon yang perasan seksi macam kakak Mulan Jameela mereka.. bermulalah perdebatan aku dan indon-indon ini :

Delfianom: "hei kontol malaysia, baca lah sejarah indonesia merdeka 100% hasil perjuangan bukan macam kau mmalaisia bangsa tak beradat maling budaya tak tau malu..raja malaysia tukang jilat panata ratu inggris"

fictionICE (aku la tu) : "hey delfianom, baca dulu buku sejarahnya, hafal semua, simpan dalam otak!! indon merdeka ada kaitannya dengan malaysia, tanpa malaysia, kamu semua jadi anjing belanda! kalian bangga sama perjuangan merdeka kalian yang kuna kuasa, kekerasan segala.. tapi kami punya otak, guna otak, tanpa perlu banyak tumpah darah.. berapa banyak anak2 indonesia di masa itu kehilangan ibu bapa? berapa banyak ibu2 tua kehilangan anak mudanya di medan perang? bagaimana pula dengan isteri2 kehilangan suaminya?"

DadangSutisna :"Malingsia merdekanya di kasih Inggris, kalau Indonesia merdekanya penuh perjuangan....apa ngga ngerti malingsia....."

*tetiba, beberapa rakyat Malaysia turut mencampuri perbualan*

caponekartel : "klau panggil malaysia "malingsia'
indonesia boleh dipanggil 'in-DOG-nesia'...atau..''in-DO GGIE-sia'...."

Azlyna5806 : "MALAYSIA x mainlah PERANG2 ni.... kecuali negara yg sdh mati akal baru suka pertumpahan darah berlaku . tuh la bertuahnya jdi warga MALAYSIA buktinya MALAYSIA merdeka dgn cara yg bijak dan PINTAR tpi tengokla NEGARA org tuh yg konon2 x goblok MERDEKA dgn cara pertumpahan darah.. ko fikirla sndiri !!"

Azlie1977 : "korang nie tak abis2 nak perang sama sesama islam,boleh menang ker indon nie,tak sedar diri,tengok cermin muka korang nie,dulu islam madura kena bunuh oleh dayak indon,kenapa korang tak bantu,,,tolol,sila indon,dahlah miskin"

fictionIce (aku) : "mengapa kita yang dikatakan "serumpun" ini memaki sesama sendiri? lihatlah perang agama di indonesia, kalian aja tidak bersatu, memang benar kami di malaysia ini tetap sama, tak semua yang bersatu, kami tak kutuk para pejuang kamu, malah kami bangga, tapi kenapa mesti negara kami yang kamu caci? berapa ramai amah indonesia di malaysia? berapa ramai orang malaysia kerja di indonesia? kan kita sama-sama memerlukan, jangan jadi narrow minded, mahu dijajah lagi?"

****************************************************

bagaimana pengakhiran ini? kita tengok apa hasil perbincangan pm kita dan president Republik Indonesia yang ke -15!

ps : pertama sekali, nama-nama samaran diatas adalah benar belaka di youtube (carik di youtube, tajuk "ambalat", pilih video yang first:p), yang kedua, aku dok pikir lagi, pasai apa mereka ni dok kalut sgt pasai ambalat ni.. nak bina Disneyland ka? haish!! (kalau hang tau, bagi tau aku:)

Saturday, September 5, 2009

Merah

peace!!

Pushpa!!



Sarah Harding

Pete Wentz

Lily Allen

Ashley Tisdale

Anne Hathaway

Monet Manzur

Hari ini, aku mahu mengupas sedikit komen-komen yang aku terima beberapa hari lalu, berikutan tentang penukaran main picture aku, hasilnya adalah seperti diatas, walaupun sunglass berbingkai merah agak menonjol, tetapi menarik kan?

ps : hanya 2 gambar yang terawal adalah bukan selebriti:)

Friday, September 4, 2009

semalam yang lesu

Apa ada dengan hari semalam? Semalam hari Khamis, cuaca agak panas, awan-awan lembut menari-nari riang di langit biru, makcik-makcik di Avtova ini masih sibuk menjual blueberry di tepi jalan, dan yang paling penting, hari ini, aku ade 2 kelas baru yang perluh ditempuhi.

Aku buka zip beg, aku capai jadual, kertas putih, pukul 1.30 petang, kelas Informatik, kelas yang berkaitan dengan komputer, perjalanan ke kelas, aku dapat lihat betapa buruk universiti aku ini, kalaulah aku upload gambarnya di facebook atau di myspace, nescaya rakan-rakan ku akan terasa geli-geli perut, dan kalau orang ramai pula, mesti mereka kutuk-mengutuk.. entahla, terima je la, masuk ke kelas, aku sedikit kagum, peralatannya sungguh memuaskan, moden, cuma bangunan saja yang palat.

Habis kelas, aku terasa mengantuk yang teramat sangat, mungkin sebab aku tidur hanya 2 jam semalam, siape suruh gatal x mahu tidur kan? haha, padan muka aku, sampai di apartment, aku letak beg, terus tidur..

*************************************
"Woi, bangun, berbuke dah!"
kawan aku kejut, aku buka mata, aku lihat dia tercegat depan aku, pegang kurma,
aku pandang jam, pukul 9.30 malam, sudah 15 minit rupanya berbuka, aku pandang kawanku,
aku berkata, "kau kejut aku sahur la, sahur aku makan", aku terus tidur balik, selang sejam kemudian, aku terbangun, lapar la pulak, mungkin saja rakan sebilik ku ada masak lebih, aku tengok dia, aku bermonolog, "la.. tidur jugak mamat ni", aku ke dapur, mahu memasak sungguh malas, aku terlihat tepung segera cucur adabi, milik Fathina, rakan serumah ku, ya, aku tahu, kami di sini tinggal serumah, lelaki dan perempuan, tepung tadi aku bancuh, aku panas minyak, aku goreng, tiba-tiba, aku teringat aku punya borang mahu diisi untuk pihak universiti, segera ke printer, aku copy semua data, printer itu memang mencari pasal, lembab, "sial!!", aku teriak ke printer itu, hati aku panas, habis print, aku ke dapur, aku lihat cucur yang aku goreng hancur lebur, "fuck!!", kali ke dua aku mencarut, tapi berbahasa inggeris ya, aku tanya Fathina mengapa cucur aku sedemikian rupa dia kata, "ko nak masak ni, jgn guna air panas! campur air sejuk sikit", Dalam hati, hanya tuhan saja yang tahu, ape yang aku kata, kata-kata kesat, kepada cucur-cucur tak guna tu.

Jam sudah pukul 12, nasib baik ada jalan lain, aku masak nasi goreng, tapi masin sikit, kali ke tiga aku cipta kata kesat, lepas makan, aku kemas semua buku, telan 2 biji ubat tidur, terus tidur, kalau aku jumpe cucur dalam mimpi, jangan harap aku nak makan kau, kau ingat kau sedap sangat?

ps : kepada adik-adik bawah umur, perkataan kesat diatas adalah untuk iktibar semata-mata, kepada Fathina, terima kasih sebab cucur tu, aku memang fail masak bende tu.

Wednesday, September 2, 2009


Bercerita tentang musik, aku teringat kembali zaman-zaman dahulu, zaman-zaman mentah remaja yang asyik dengan kugiran dari pelbagai pelosok dunia, dan disitu juga, aku mempunyai angan-angan besar untuk menjadi seorang rock star, lucu, sungguh lucu bukan? jika dikenang-kenang kembali, memang itulah lumrah hidup manusia..

Ok, hari ini aku mahu memberitahu dari mana mulanya, dari mana rehatnya, dan di mana akan aku letakkan noktah dalam dunia musik ini. cerita bermula :

Seawal tahun 1996, ya, aku 6 tahun, aku sudah mula didedahkan dengan musik-musik bintang rock lagenda seperti search, wings, mega, ekamatra dan banyak lagi, aku masih ingat, sewaktu habis tadika, dirumah aku selalu memasang kaset-kaset itu diradio bagak bernama sony, dibilik ayahanda aku, haha..

Pada tahun 2002, aku sudah menjadi pelajar tahun enam di satu sekolah rendah tempatan, di tahun itu juga, aku menerima gitar aku yang pertama.. simple, berwarna coklat, akustik milik ayahandaku. dan dari dia juga, aku mengenal kord-kord gitar, lagu-lagu kugiran barat yang syahdu, memang benar, dia ini musician sejati, aku pernah curi-curi tengok foto lama beliau di laci, sungguh rock dizaman 80-an, tapi, yang amat aku suka, piring hitamnya, tak banyak, ada 4 keping, kugiran "deep purple","nirvana","the beatles" dan "led zeppelin", memang betul kata mat salleh, like father, like son, atau nenek-nenek kita kate, mane tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.

Apabila bergelar pelajar sekolah menengah, aku rase sedikit dewasa, berseluar hijau (walaupun mrsm khakhi), aku mula dengar kugiran bawah tanah tempatan seperti acab dan shizuka. memang asyik, darah muda, dan di situ juga aku berhasrat membuat satu kumpulan musik bernama "white color pages", yang dianggotai oleh aku sendiri, Emmet Hernandez (sumbang suara), Zahidil Fernandez (pemetik gitar utama), Amalluddin Boer (pengguris gitar melody), dan sayang kami tak punya pengetuk dram. Haha, sungguh lucu, bagaimana kami print out tab dan kord di perpustakaan, hampir-hampir kantoi dengan kakak perpustakaan, sembunyi-sembunyi menyeludup gitar ke asrama, demi bergelar pemuzik sejati. Pada tahun 2006, saya Emmet Fernandez dengan segala dukacita membubarkan "white color pages" atas alasan belajar, terima kasih teman.. (aku tak lupe lagi kite kantoi main gitar kat asrama, habis semua fire extinguisher kite conteng name "white color pages", haha)

Tahun 2006 , dengan segala kudrat yang ada, aku menubuhkan kugiran baru di tempat baru, dan orang yang baru, bermula dengan aku, Emmet hernandez (bunyi-bunyian mikrofon dan gitar melodi), Aizat Azizantos (pemukul dram), Arif Longistic (gitar teraju utama), Halim Corsades (gitar gema aka bass). Tapi sayang, arif tak dapat meneruskan pelajarannya, susah menurutnya, kami faham, lalu dia pergi, buat selamanya, band kami juga musnah,

Tapi aku tetap bangkit, dengan segala usaha, kami bangun, terciptalah kugiran "the people", aku, Emmet Hernandez ( tukang basah mikrofon), Aqif Vendetta (gitar utama), Azri Abelucci (bass), Easy Vibrato (gitar melody) dan Acap Liberio (ketuk dram)..

sampailah keakhir tahun, kami berpecah sebab sambung belajar..
aku, Emmet Hernandez - Kejuruteraan Maritim , St petersburg Russia
Azri Abelucci - Kejuruteraan Mekanikal, Halifax, Kanada
Aqif Vendetta - Kejuruteraan Mekanikal, Uniten, Malaysia
Easy Vibrato - Kejuruteraan Mekanikal, Australia
Ashraf Liberio - Unikl MSI, (aku x sure major in ape)

Terima Kasih semua!

ps : Gambar diambil ketika nak bayar duit jamming, smasing-masing buat xde duit kecik.Buat Ahmad Azri bin Ahmad Kamal @ Azri Abelucci, semoga anda baik-baik aja esok, terbang ke Halifax.. Semoga gembira-gembira selalu. Tak lupa juga pada Syireen Asyina, Azri pergi ke perantauan hanya sementara, hang jangan dok risaw na..

Tuesday, September 1, 2009


Tadi aku buka friendster, aku terpandang satu comment dari teman rapat (yoy) nama panggilannya, di mrsm kuala klawang dulu, dia kata sesuatu yang aku sudah lama lupa, dia mengatakan sesuatu 'ayat' yang pernah aku beritahu dia dulu, kisahnya begini:

beberapa tahun yang lalu, kami pergi ke studio musik untuk berjamming, tempatnya kecil, tuannya india, selepas satu jam, uncle india tuan punya tempat itu memberi isyarat supaya menghabiskan lagu terakhir kami, dan selang beberapa minit, kami keluar, dengan berpeluh-peluh tapi udaranya segar, kerana didalam bilik itu kuat bau rokoknya..

semasa keluar, terjadi beberapa dialog :

aku: uncle 30 ringgit, macam biasa
uncle: okay2 thank you
yoy: jom r pegi 7-e, beli air r, haus..

tiba-tiba ada beberapa awek yang tunggu disitu menyapa kami,

awek 1 : dah abis? kitorang nak gune ni..
aku: dah, gunalah..
awek 1: owh thanx.
yoy: guna baik-baik, tu fender favourite saya tau (sambil tersenyum menggoda)
awek 1 : ye la! (sambil marah manis)

aku lihat, yoy mengintai mereka dari luar studio, mereka mula memetik gitar, aku amati, aku dengari, lagu 'loser lullaby' dari kugiran tempatan kita 'lucy in the loo'..

aku : wei, jom r blah, ko tengok bwat ape?!
yoy: hahaha, relax r bro
(aku buat muke bengang tapi hensem)
yoy : ok2, cun dow awek tu, ade brani tackle r, mane tau dapat, boleh jamming skali. haha
aku diam, selang beberapa saat aku menjawab;
aku: gua layan musik je, gua tak layan awek!

betulkah aku?
dan ketika itu, yoy ketawa dan kami terus ke 7-e..

ps : ni la tempat jamming di seremban "tarrega".. yang pakai cap putih tu "acap ronaldo", teman lama