Thursday, August 27, 2009

cerdik

Hari ini kurang menarik, aku kurang sihat, mungkin saja kerana cuaca yang tidak menentu,
tapi esok, aku ada ujian bahasa, maka aku dan beberapa rakan mengulangkaji, merevisi segala macam nota dan buku-buku sebagai persediaan untuk esok,
sesudah belajar, aku terdengar suara rakan ku, berseloroh, menjerit,
aku tak tahu sama ada dia gembira atau gila..
aku masuk bilik, aku lihat dia, rupanya membuat kuiz di facebook, kuiz matematik, haha.
oh ini rupanya, semua sibuk membuat kuiz itu, seperti membuat sesuatu masa ujian, senyap, dan di waktu itu aku berfikir, ada masa, mereka kata manusia ini sama saja, berkulit putih atau kuning itu tetap sama, dan ada masa, mereka kata, kita ini dibezakan melalui kecerdikan..
ya, mungkin saja, kalau tidak, masakan mereka mahu bermati-matian membuat kuiz itu, supaya dilihat sebagai cendekiawan, atau mungkin saja suka-suka..

3 comments: