Tuesday, August 4, 2009

mereka dan kita

mereka : mahu makan sahaja sudah mengeluh, tiada wang, tiada harta. Nasi putih bercampur garam saja sudah bersyukur pada illahi. Diajar di didik menyebut nama tuhan sebelum makan, kerana dialah pemberi nikmat di dunia. Anak-anak diasuh mencari rezeki sendiri, meredah hutan, mencari hasil untuk diborong demi mendapatkan wang ringgit supaya terisi perut sekeluarga.

kita : makan lauk yang sama saja sudah meluat. Bertandang ke Mcdonald atau pizza hut perkara biasa, apa yang nak di hairankan. Makan sehari sahaja 5 atau 6 kali. Semua enak-enak belaka. kata mereka, makanlah selagi hidup, nikmatilah nikmat dunia.

mereka : subuh2 lagi sudah sayup-sayup kedengaran suara si ibu mengejut anak2. Solat subuh berjemaah. sesudah itu, capai lampu picit, meredah semak menuju ke perigi. dingin air mencecah ke tulang, demi meneruskan perjuangan di tempat bernama sekolah. berbekal nasi lemak, basikal tua dikayuh perlahan2, ke destinasi yang jauhnya berbatu. jangan persoalkan mengapa tiada wang belanja, membeli beras saja tidak mampu.

kita : Bangun pagi saja 'ah, awal lagi, masih ada masa, masih sempat'. sambung mimpi indah, bangun lewat tidak mengapa, tiada air sejuk kerana ada water heater, tidak perlu mengayuh basikal kerana driver setia menunggu, breakfast? owh no! just give me 10 ringgit i'll buy some food at school.

mereka : balik sekolah saja cepat-cepat menukar pakaian lusuh, mencapai segala peralatan, basikal tua dikayuh lagi, ke kebun getah itu destinasi, mereka faham, mereka tahu, segala beban ditanggung insan bergelar ibu dan bapa, perut berkeroncong? ah, usah pedulikan, ibu bapaku belum tentu makan, siapa yang mahu memberiku rezeki kalau tidak getah ini habis ditoreh? kamu?

kita : balik sekolah hati senang, tiada leteran guru, tiada kene belajar, sampai rumah orang gaji sudah menyediakan semua, makanan sudah terhidang, pakaian sudah wangi di basuh, bilik sudah rapi di kemas. selepas kekenyangan, sampailah saat berlibur, bersenang-senang. apa yang tiada? internet? games? shopping? anytime, anywhere..

mereka : maghrib menjelma, azan mula berkumandang, berjalan deras menuju rumah, getah-getah busuk dipikul, basikal tua di kayuh lagi. sampai rumah perigi lama mencurahkan bakti, air dingin mengalir, membawa segala kelelahan pergi, kadangkala perit terasa, akibat gigitan semut dan nyamuk di kebun tadi, perut semakin berkeroncong minta diisi. saat duduk bersila didepan rezeki, bersama adik-adik, doa di baca, bubur nasi dan ikan masin menjadi juadah.

kita : sudah maghrib, mane orang gaji ini? sampai saat ini tidak terhidang juadah! tahu berehat saja, aku sudah lapar, lagi lapar dari mangsa perang afghanistan, makanan terhidang, pantas di santap, sambil mulut riuh mengadu, makanan tidak enak, tanpa disedari, terguris hati si orang gaji.

mereka : selesai makan, menonton televisyen, televisyen? buang lah saja fikiran itu jauh2, lampu rumah saja pakai pelita, masakan mahu menonton? pelita dipasang, beg sekolah pemberian orang 2 tahun lalu dicapai, senaskhah buku dikeluarkan, tekun melihat, mengingat kembali peasanan sang guru, sekali sekala, si ibu mengesat hidung si anak yang hitam, akibat jelaga pelita, sambil berpesan, 'belajarlah, itu sahaja yang kami mampu beri', si ibu sebak, si anak bersemangat membara, mahu menjadi doktor, pembela keluarga

kita : selepas makan, menonton televisyen, rancangan kegemaran, "sialan! mengapa waktu begini boleh hujan? tv x boleh tengok, sial punya astro, baik mati saja", getus hati kecil, kamar di buka, facebook dan blog dilayari, buku sekolah tersadai di tepi, dengan udara air-cond, terlentok, melayan mimpi di katil, esok masih ada...

3 comments:

  1. AlhamduLILLAH. lalai2. link aku mujus. ahah. imran 510

    ReplyDelete
  2. sejuk hati ibu mengandung..huhu
    tersedar kejap
    link me juge k! =p

    ReplyDelete
  3. aku tulis post ni mase abis class tadi.. tetibe2 aku dapat idea

    ReplyDelete