Tuesday, February 28, 2012

Hantu Kereta

Satu tragedi masa aku di Malaysia hari tu. Dalam pukul 10 lebih malam aku tiba di semenanjung Malaysia dari Tanah Borneo. Dari LCCT terus ke negeri sembilan. Selesai urusan, sudah hampir pukul 12 malam, aku singgah di Petronas untuk isi minyak dan beli paddle pop.

"Kak, jalan ke highway ikut mana?"

"owhh highway keluar jalan besar ni, ke kiri. Terus je sampai nampak satu roundabout. Amik pukul 9"

"Terima kasih kak!"

Dalam kepekatan malam yang berkabus sikit-sikit, aku terus pecut untuk tempuh ke highway dengan kelajuan purata 130-140 km/j. Kadang-kadang kalau ternampak lampu biru-biru aku perlahan sedikit, kang kena saman bapak aku bising pulak nanti. Cukuplah kena saman hari tu sebab tak tampal "P". Kepada abang JPJ, terima kasih banyak-banyak sebab pow aku 80 hinggit sebab stiker bodoh tu. Ye, aku masih P, apehal?

Aku sampai tol Ayer Keroh dalam pukul 1 suku pagi macam tu. Keluar tol, aku terus ke Mcd kat sebelah Taman Buaya tu, depan Taman Rama-rama. Biasa la bro, malam-malam macam ni kadang-kadang orait jugak layan perasaan kat mcd, sambil tengok orang bercinta dengan laptop.

Lepas makan aku shoot balik rumah family di melaka juga. Memang rumah tu kosong, so aku lepak situ untuk semalam sebab tak larat nak drive jauh. Untuk ke kawasan rumah aku tu kena lalu satu jalan sunyi dengan hutan sedikit tebal kira-kira 3-4 km. Aku steady driving dengan mata yang terkebil-kebil. Kadang kadang aku berimaginasi yang dirumah nanti boleh relax-relax dalam jacuzzi.

Ada satu simpang tu memang gelap. Punyalah gelap kalau mat rempit buat superman lepas tu lalu pulak jalan tu memang konfem silap haribulan boleh ada can nak masuk semak free. Aku masih steady, dengan imaginasi-imaginasi yang bermacam-macam rupa.

Tiba kat simpang tu aku dengar bunyi benda macam cakar pintu kereta. Kan bahagian dalam kereta tu plastik, so kalau kau orang cakar dia mesti ada bunyi kan?

Pedal minyak aku tekan tanpa tukar gear. Owh yea, aku reti bawak kete auto sahaja. Apehal?

"Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia"

Lagu yuna rancak di radio, dahi mula berpeluh, sikit-sikit aku jeling cermin belakang, tapak tangan dah mula basah untuk pegang stereng.

Sampai rumah aku terus masuk rumah dan tidur. Takut oi!

_______________________________________________________

Esok pagi aku pegi carwash, bunyi tu still ada. Rupanya penutup botol air yang bergesel malam tu bila aku brek-brek. Memang celaka lah!



3 comments:

  1. haha lu still macam dulu jugak . juice still the bset !

    ReplyDelete
  2. Tora : gua masih macam dulu bro. haha lu pun best jugak la oi!

    ReplyDelete
  3. Hahaha hantu penutup botol air.

    ReplyDelete