Monday, April 30, 2012

Nafas #8 (Permaisuri Hati)

Orang kata di belakang setiap lelaki yang teguh akan ada seorang wanita hebat. Seperti cerita aku, aku juga punya seorang wanita yang terlalu hebat.

Telah banyak yang aku belajar. Semakin luas aku kenal dengan dunia. Semua yang aku kabur, kini makin jelas dengan senyuman.

Dia ajar aku erti syurga
Dia ajar aku beza rasa
Dia datang dan melengkapi
kosong aku yang terlalu dalam

Dia wanita yang aku hormat,
Yang aku junjung tinggi maruahnya
sebagai seorang wanita yang penuh rasa cinta

Dia
Permaisuri hati.


-Aku, 6.50 am, #AS


Sunday, April 22, 2012

Nafas #7 (Menari Gelap Bintang)

Dikala malam itu waktu bintang masih lagi ribuan di kaki langit gelap
Kita sama-sama bangun dan menari bersama
masih lagi hingga hari ini dengan rentak melodi hidup 
kalau rentaknya laju, aku perlahankan
kalau melodinya sesak, aku tukarkan
Kita masih banyak piring hitam yang masih belum didengar bukan?

-AKu, 4.43 am, #FluTeddyWhiteCoat

Saturday, April 21, 2012

Untuk Kau Yang Bermulut 8

Aku sudah banyak kali menulis tentang mulut.
Mulut manusia memang pelbagai
Mulut manis,
Mulut banyak,
Mulut pahit,
Mulut senyap.

Cara aku senang dan mudah.
Aku guna mulut jika perlu dan dengan orang yang aku pilih
Memang aku memilih dengan siapa untuk aku kongsi cerita
Tapi itu cara aku
Jangan takut, mulut aku tak pandai nak bercakap belakang-belakang macam kau

There's no one perfect in this world
That's why we need to remind each other
Simple rule
If you got something to say, just say it
be like a man.
When you talk behind someone's back,
You're a fag.


p/s: stop trying to be like makcik-makcik kepoh with kain batik and gossipping
in kitchen. That's so sad of you

-Aku, 2.49 am, #Godie



Thursday, April 19, 2012

Nafas #6 (Hujan)

Di dataran empat segi itu ada dua kerusi yang bumbungnya dari kaca
rintik hujan yang mulai jatuh dari langit makin lebat.
Sang lelaki yang duduk disitu wajahnya sungguh tenang
bebola matanya kaku dengan nada simfoni si hujan dan sesekali melihat kerusi yang ada disebelahnya dengan senyuman

"Dulu saya selalu nyanyi pada hujan. Masih ingat lagi?"

wanita disebelahnya hanya tersenyum dengan kata-kata lelaki itu

Talking to myself and feeling old
Sometime I'd like to quit
Nothing ever seems to fit
Hangin' around, nothing to do but frown
Rainy days and Mondays always get me down

la la la la la la la la la

"Ingat lagi kan?"

Wanita itu hanya mengangguk tanda dia masih lagi ingat
Tergambar kepuasan pada wajah lelaki itu
Wajahnya dipaling kembali menatap hujan yang masih lagi renyai

"Apa yang saya nyanyi, semuanya saya nyanyi pada hujan. Bila hujan turun, lagu saya dimainkan kembali supaya awak tak akan lupa"

Lelaki itu bangun dari duduk 
Diselak rambut hitam wanita itu yang hampir menutup sebahagian dahinya
lalu diciumnya

"Bila hujan tiba lagi, saya tetap ada disini"

Wanita itu hilang dari imaginasi bersama deruan hujan.

-Aku, 6.25 am, Carpenters