Sunday, November 28, 2010

Muzik untuk kanak-kanak

Ramai anak muda sekarang banyak yang berbangga dengan arus muzik dari luar. Gua kadang-kadang terfikir, apa nasib budak-budak yang lahir di zaman millenium yang didedahkan dengan lagu barat. Gua agak kesal bila melihat tindakan tak bermoral kawan gua, Nurullail memasang lagu Justin Bieber kepada anak beliau, Danish di dalam kereta mahupun di ruang tamu rumah. Harap main futsal je hebat, bab pilih lagu untuk anak fail.

Masa gua ke rumah terbuka raya Nurullail, gua panas telinga bila dengar Danish menyanyi "baby, baby baby, ohhh~~" ke atuk dia. Apa gampang?

Oleh itu gua ingin memberi sedikit contoh, ataupun guidance kepada ibu bapa diluar sana dalam memilih muzik yang sesuai buat anak-anak dirumah yang tak lari dari konsep Malaysia.


1. Ella (ratu rock Malaysia)



Siapa tak kenal Ella? kalau tak kenal, pergi start kete. Bawak laju-laju, pergi rempuh lori treller.
Gila apa tak kenal sama Ella. Gua memang respek sama Ella sebab suara dia memang rock. Takde lagi perempuan yang gua rasa setanding Ella di Malaysia.


2. Ning Baizura (ratu soul Malaysia)



Kalau lu orang rasa tak suka rock, gua cadangkan Ning Baizura. Gua rasa suara Ning Baizura memang rare dan dia agak ternama di negara luar seperti di US. Bagi gua Ning ni macam Mariah Carey version Malaysia.


3. Jamal Abdillah (raja pop Malaysia)



Agak-agak lu suka pop muzik, gua rasa Jamal adalah orangnya. Suara beliau agak ke'ghazalan' bagi gua sebab suara beliau agak klasik sebaris dengan Broery Marantika. I guess..


4. Amy Search (penyanyi search)



Amy adalah orang yang sesuai bagi lu orang yang minat rock dan ada anak lelaki. Beliau adalah penyanyi rock yang semua orang dah kenal tak kira dalam malaysia mahupun di negara jiran. Pengaruh beliau memang kuat, lagi-lagi dikalangan pekerja buruh binaan di JB.


5. Raihan (king of nasyid)



Kumpulan nasyid memang banyak di Malaysia. Tapi gua personally mencadangkan Raihan sebab diorang punya nasyid memang 'true'. Lu orang beli cd dia, kasik anak-anak lu orang dengar, Insyaallah anak-anak lu orang menjadi insan yang berguna. Paling kurang pun jadi penyanyi nasyid masa maulidur rasul peringkat sekolah.


6. Ramli Sarip ( taiko rock puisi)



Bagi lu orang yang mahu sedikit kelainan, nah gua bagi Ramli Sarip. Dengan suara serak-serak basah dan juga puisi yang bermesej positif, gua yakin muzik beliau amat sesuai untuk budak-budak. Jangan kata budak-budak, mak budak pun sesuai.

10 comments:

  1. aku cop Amy search dengan Raihan!!
    ehehe!

    ReplyDelete
  2. Haha. Lagu apa pun, halwa yang mendengar kena pandai mentafsir makna disebalik lirik.

    Maher Zain pun okay juga nak bagi anak dengar. :)
    huehue XD

    ReplyDelete
  3. hahahah aku sokong ko 100%
    ape barang justin bieber....
    artist local pon sedap bai

    ReplyDelete
  4. ok..aku admit..aku suke ramli sarip..hehe

    ReplyDelete
  5. eqa : hah ambik.. nanti beli cd

    Vamp Mary : Aku x dengar sgt brader maher ni.

    Leng : local pun ok je. luar pun kita kena tau jugak. biar update

    Khalis : gaga? kalau kau rasa sesuai untuk anak kau, aku x halang

    Fayadh : m. daud kilau aku serba salah nak letak sebenarnya

    Tina : haha, ramli sarip memang rare

    ReplyDelete
  6. tabik sama ramli sarip.suaraaa powerrrrr !
    hahah papa rock !

    ReplyDelete
  7. adoii2 terase disitu. i pn eways dgr lagu oversea. hehe.
    klu lagu melayu i ska band2 underground yg nynyi.

    ReplyDelete