Sunday, January 8, 2012

Mata Manusia

Kadang-kadang manusia terlalu buta dalam kehidupan, ada yang menunggu dan ada juga yang ditunggu. Yang menunggu akan terus saja tunggu manakala yang ditunggu itu terus saja bersahaja kerana dua dua buta.

Masa yang berlalu begitu pantas untuk kita kejar tanpa kita sedar dan segalanya mungkin berubah. Walau banyak macam mana kita minta pada tuhan agar dipulangkan kembali waktu waktu dulu tak akan berubah walau sesaat.

Saya juga manusia.

Saya pernah jadi si buta.

-Si Buta, 1.17 am


Tuesday, January 3, 2012

Aku #15 Permaisuri Potret

Kalau aku boleh potretkan engkau dalam satu lukisan gergasi,
Akan aku potret dengan warna paling indah dalam dunia.
Tunggu aku,
Biar kita sama-sama nanti dalam lukisan yang kita sendiri lakar satu masa nanti,
Tunggu aku ok?



Tuesday, December 27, 2011

Aku #14 (Hilang)

Ada melodi berentak slow jazz,
Sekejap senyum
Dan mata yang mulai muak,
Yang selebihnya adalah rahsia.

-Aku, 3.32 am

Monday, December 26, 2011

Aku #13 (Kekal)

Esok saya datang balik
Saya janji..

-Aku, 3.40 am

Aku #12 (Dunia itu adil)

Tuhan cipta dunia dengan kadar yang seimbang
Adil dan saksama tak kira haiwan atau manusia
Tak semua nikmat yang kita terima itu indah belaka
Kalau kita dapat yang baik,
Percayalah ada orang yang terpaksa dapat buruk untuk bayar harga kebaikan yang kita dapat.
Jangan cakap world is unfair.

-Aku, 10.22 pm