Thursday, February 23, 2012

Back To Basic

I'm at the deep deep bottom,
And they were there and told me that everythings gonna be just fine,
See you guys again next summer yea!
p/s : Btw, this pic was taken by Nadya

Wednesday, February 22, 2012

Penat

datang dekat dan dengarlah,
tentang apa yang ada disini,
tentang apa yang aku dengar dalam sepi,
puas sudah pujuk diri sendiri namun tak juga hilang,
pergilah kau jauh,
rehatlah kau wahai hati,
aku sudah penat.

-aku, 12.18 pm

Tuesday, February 21, 2012

Baru

Melihat kembali semua yang sudah lepas, kadang-kadang aku rasa mungkin ia satu pengajaran buat aku dan juga dia. Walau apa yang kita kongsi, segala yang baik tetap menjadi ingatan sebagai satu budi. Jangan ada rasa benci dalam hati, tapi berdoa agar sentiasa ada benda baik yang sedia menanti.

Hidup mesti selalu pandang ke depan dan perjuangan kita masih perlu diteruskan. Kepayahan itu satu alasan, semua akan jadi senang kalau tiada rasa hasad dengki dan iri hati yang tersimpan.

Berdoa pada yang esa agar kelak hari-hari yang kita lalui itu bahagia. Dia maha penyayang yang akan terus memandang umatnya.

Cita-cita adalah apa yang aku kejarkan buat masa ini, mudah-mudahan segala apa yang aku tempuhi kelak dirahmati.

InsyaAllah

Sunday, January 8, 2012

Mata Manusia

Kadang-kadang manusia terlalu buta dalam kehidupan, ada yang menunggu dan ada juga yang ditunggu. Yang menunggu akan terus saja tunggu manakala yang ditunggu itu terus saja bersahaja kerana dua dua buta.

Masa yang berlalu begitu pantas untuk kita kejar tanpa kita sedar dan segalanya mungkin berubah. Walau banyak macam mana kita minta pada tuhan agar dipulangkan kembali waktu waktu dulu tak akan berubah walau sesaat.

Saya juga manusia.

Saya pernah jadi si buta.

-Si Buta, 1.17 am


Tuesday, January 3, 2012

Aku #15 Permaisuri Potret

Kalau aku boleh potretkan engkau dalam satu lukisan gergasi,
Akan aku potret dengan warna paling indah dalam dunia.
Tunggu aku,
Biar kita sama-sama nanti dalam lukisan yang kita sendiri lakar satu masa nanti,
Tunggu aku ok?