Thursday, May 24, 2012

Ayat Power Kuqi

Aku ada sorang kawan. Dia seorang perempuan. Nama dia Tengku Aqila, mungkin aku syak keturunan dia keturunan raja-raja dulu. Lain pulak dengan aku yang keturunan pahlawan. Tengok badan pun dah tau jenis badan sedap buat berlawan. He he

Kawan-kawan ada yang panggil qila, kalau yang jenis moden sikit panggil kuqi. Muka kuqi ni putih-putih redup, rambut panjang paras bahu. Alhamdulillah sampai hari ni aku tak pernah nampak rambut dia warna perang. Tinggi pun sedang-sedang, iras-iras tinggi scha al-yahya maybe. Sebab apa, sebab scha tu pun aku tak pernah tengok live.

Tadi masa makan kurma dengan nasik aku teringat ayat power yang kuqi pernah cakap kat aku 5 bulan lepas.

Hari tu aku dah janji nak jumpa Kuqi di Bangi. Ikut perancangan aku nak bertolak petang ke Bangi tapi entah macam mana petang tu aku teman bos aku ke Tangkak. Balik dari Tangkak aku terus drive ke KLIUC Bangi.

*Tet tet

"Aku dekat cafe. parking tempat biasa"
Setibanya aku di KLIUC, aku parking kereta di parking lot depan blok student. Dari parking lot aku berjalan ke cafe. Masuk-masuk cafe aku nampak Kuqi tengah sibuk baca buku sebab exam dah dekat. Melihat Kuqi baca buku pelajaran adalah rare.

Setelah berbincang sedikit sebanyak, aku dan Kuqi pun mengambil keputusan untuk melepak di mcd bangi. Dekat situ parking bukan main susah. Lepas 2-3 kali pusing baru la dapat parking.

Masuk je pintu gerbang mcd, aku terasa ada orang cuit aku dari belakang. Haishh badan pahlawan jangan disentuh kalau takde ilmu. Aku toleh rupanya Amin Benjamin.

"Eh buat apa sini?"

"La, aku kan Uniten Bangi. Datang mcd nak makan la. Sekali-sekala makan western apa ade hal. Ye tak?"

Aku iyakan aje statement Amin Benjamin.

Aku dengan Kuqi duduk di spot yang baik dari segi pencahayaannya dan dari segi bunyi-bunyiannya. Maklumlah, nak berbincang serius ni faktor persekitaran pun kena tengok jugak. Baru feel.

Setelah semua okay, aku pun berbual dengan Kuqi. Nak jugak tau cerita dia sejak dah duduk Bangi ni.

*ringtone berbunyi. (aku tak reti nak buat bunyi ringtone mp3)

Blackberry yang dari tadi berbunyi hanya diignore. Aku jadi serba salah.

"Kau tak reti angkat phone ke?"

"Ahh dari petang tadi. Malas aku layan"

"Jangan cerita kau ada boyfriend. Aku report kat mak kau kang."

Kuqi jeling aku. Blackberry berbunyi lagi. Kali ni Kuqi angkat telefon.

"Tolonglah stop call call aku ni. Mesej mesej tu pun stop."

Aku tengok Kuqi memang serius. Kadang-kadang kening belah kiri Kuqi terangkat-angkat bila bercakap.

"Sape tu qi?"

"Ni budak kolej aku jugak. Nak cintan cintan boleh blah."

"apesal pulak? kesian budak tu. Menangis ni karang. Haha"

Aku gelak kecil. Dan time tu la Kuqi menyatakan ayat power beliau

"Ah tak kuasa la aku. Dari aku bercinta dengan orang KL baik aku bercinta dengan orang Batu Pahat, kampung atuk aku."

Malam tu aku kena pow lebih kurang 15 ringgit tak campur petrol.

Tuesday, May 22, 2012

Warkah Dari Stalingrad #1

Rabu, 23 Mei, 4.00 a.m

Bayangkan jika kau berada di dalam laut, dada penuh dengan karbon dioksida, dan diatasnya ada udara yang jauhnya tak sampai satu meter.

Sepertinya aku adalah itu, menanti hari dan menghitung dengan cermat.

42 hari lagi.


Thursday, May 10, 2012

Mimpi #1 (Melaka)

Pagi itu masih berkabus dan aku terus bangkit bangun dari tidur. Nampaknya sedikit letih. Langkah kaki terus ke bilik mandi. Lepas mandi aku persiap apa yang patut untuk ke kuliah. Aku turun tangga apartment tanpa terburu-buru. Awal lagi. Makcik yang duduk di tingkat bawah sedang minum kopi.

Aku keluar rumah dengan baca nota. Tiba-tiba satu SMS masuk.

"Hari ni saya tak dapat datang sebab saya nak ke Melaka. Jumpa kawan saya"

Nampaknya hari ni kelas cancel. Perut lapar. Aku terus berjalan dan secara magik aku di kedai asam pedas Melaka.

Aku duduk dan memesan teh ais limau.

-Aku, 6.51 pm, #mimpi

Monday, May 7, 2012

22

Dear Lisa,

Happy 22nd birthday! Its late, I know. How the things going up there? I hope you doing just fine cause I know god will always take good care of you :)

Its been 5 years and now I'm completely know now. I found the one that complete me. As you said to me once, life must go on no matter how hard the life treat us. I guess my life now is better than anyone else in the entire universe. Its true.

Life is full with miracles. I found someone and she means a lot to me. She's humble and sweet in every way. The more I know her, the more I learn about life and about love. Sometime we do talk in this language that I'm sure you wont understand unless you got superpower up there to translate languages. Every single day, we never miss telling each other about our days and everyday my routine are just the same. Unlike her, there are so many things she share with me and I like her stories. I don't know why sometime her laptop being hit by pillow instead of me. Poor Mr. Lappy

You know what, she's a very good cooker! Whenever she feel like to eat something, she gonna go buy the things and cook. Then she will send the picture to me. So far I got pictures of nasi kerabu, cheesecake, a lot of other cakes, rendang and lot more on my blackberry. Eating is her passion, I have this picture of her and I called it "t-rex". Unfortunately I can't upload it or else she gonna get mad as I promised to her not to upload.

If only you have just one more chance to look at me how happy I am, I'm sure you gonna happy too like I do. Hey, just be a good angel okay? Use your superpower to read my blog and we miss you.

-Mel.

Saturday, May 5, 2012

Jupiter & Mars

Suatu hari yang dingin, Jupiter menatap ke luar jendela tanpa berkata apa. Pandangannya tak serasi dengan mentalnya pagi itu. Jalur-jalur cahaya yang tegap memasuki kamarnya dari lubang-lubang jendela menerangi sebahagian lantai kamarnya yang legap. Jupiter menarik nafas panjang lalu dihembusnya perlahan. Mentalnya masih kritikal.

Jupiter lantas ke lemari, mencari baju kesukaannya. Hadiah dari seseorang yang istimewa, dress panjang berwarna merah hati. Imej wajahnya di cermin ditatap Jupiter dalam-dalam dan dihiasi dengan senyuman yang mungkin barangkali kerana memori dia dan baju merahnya. Rambut hitamnya yang melepasi bahu itu di simpul kemas. Sekuntum bunga ros diselitkan dicelah rambut, berdekatan dengan telinga. Jupiter tersenyum lagi.

Bilik legap itu kini sayup dengan suara Ella Fitzgerald yang tak punya peluang lari ke dunia luar. Jupiter mengambil sehelai kertas dan sebatang pen dari laci coklat paling bawah. Rokok dan pen berpindah dari tangan Jupiter berselang-seli. Dilipatnya kertas itu kemas-kemas dan diletakkan dalam envelope biru muda.

Alunan muzik seakan berdansa di dalam kepala Jupiter membuatkan dia begitu asyik menari ditengah ruang biliknya. Tangannya didepa seolah-olah dia sedang menari dengan seseorang.

"hmm hmm hmm"

Suara Jupiter mengikut rentak melodi Ella Fitzgerald. Matanya tertutup rapat dan segala memorinya diimbas kembali dengan kelajuan yang infiniti. Di kala itu egonya berada di paras yang paling bawah dan air jernih mula keluar dari mata Jupiter dan,

"Bam!"

Envelope biru atas meja kini bertompok-tompok merah namun tulisannya masih jelas.

Dear Mars,
I love you like Jupiter.
But inside me disagree.
"my heart"


-Aku, 12.53 pm, #Ella Fitzgerald - Someone to Watch Over Me

Jupiter & Mars

Suatu hari yang dingin, Jupiter menatap ke luar jendela tanpa berkata apa. Pandangannya tak serasi dengan mentalnya pagi itu. Jalur-jalur cahaya yang tegap memasuki kamarnya dari lubang-lubang jendela menerangi sebahagian lantai kamarnya yang legap. Jupiter menarik nafas panjang lalu dihembusnya perlahan. Mentalnya masih kritikal.

Jupiter lantas ke lemari, mencari baju kesukaannya. Hadiah dari seseorang yang istimewa, dress panjang berwarna merah hati. Imej wajahnya di cermin ditatap Jupiter dalam-dalam dan dihiasi dengan senyuman yang mungkin barangkali kerana memori dia dan baju merahnya. Rambut hitamnya yang melepasi bahu itu di simpul kemas. Sekuntum bunga ros diselitkan dicelah rambut, berdekatan dengan telinga. Jupiter tersenyum sekali lagi.

Bilik legap itu kini sayup dengan suara Ella Fitzgerald yang tak punya peluang lari ke dunia luar. Jupiter mengambil sehelai kertas dan sebatang pen dari laci coklat paling bawah. Rokok dan pen berpindah dari tangan Jupiter berselang-seli. Dilipatnya kertas itu kemas-kemas dan diletakkan dalam envelope biru muda.

Alunan muzik seakan berdansa di dalam kepala Jupiter membuatkan dia begitu asyik menari ditengah ruang biliknya. Tangannya didepa seolah-olah dia sedang menari dengan seorang lelaki.

"hmm hmm hmm"

Suara Jupiter mengikut rentak melodi Ella Fitzgerald. Matanya tertutup rapat dan segala memorinya diimbas kembali dengan kelajuan yang infiniti. Di kala itu egonya berada di paras yang paling bawah dan air jernih mula keluar dari mata Jupiter dan,

"Bam!"

Envelope biru atas meja kini bertompok-tompok merah namun tulisannya masih jelas.

Dear Mars,
I love you like Jupiter.
But inside me disagree.
"my heart"


-Aku, 12.53 pm, #Ella Fitzgerald - Someone to Watch Over Me

Friday, May 4, 2012

Nafas #11 (Nota-Nota Kosong)

*Wanita halimunan berbisik pada aku

Aku terdiam menyusun huruf.

Jangan bertanya pada yang lepas. Jangan tanya aku. Semuanya telah takdir aku tulis di nota itu yang aku sudah lupa letakkan dimana.

*Wanita halimunan kembali berbisik

Sudah aku katakan yang lepas itu lepas. Yang bisa kita tunggu itu adalah yang pasti.

*Wanita halimunan kebingungan

Sudah. Ambil saja kertas putih bersama pemadam kecil ini. Apa yang kau rasa pada masa lalu adalah apa yang tertulis pada kertas putih itu. Apa yang menjadi jelek pada kamu, padamkan saja dengan pemadam kecil ini. Kerja sia-sia.

Seharusnya kau cepat-cepat cari noktahnya dimana supaya kau boleh berhenti dengan aman.

-Aku, 1.49 am, #nota

Thursday, May 3, 2012

Nafas #10 (Roda Hidup)

Hidup ni kadang-kadang jangan terlalu obses
lebih-lebih lagi obses dengan diri sendiri yang dikatakan sudah cukup sempurna.
Bila kita hanya pandang ke kesempurnaan diri,
sampai bila pun kita tak kemana.

Tak salah kalau kadang-kadang tu kita duduk paling bawah
dan memikirkan cacat kita itu dimana letaknya.
Bukan hina pun.

-Aku, 4.54 am, #bau

Wednesday, May 2, 2012

Nafas #9 (Pari-Pari Mimpi)

Semalam aku mimpi pari-pari bersayap putih, bermuka kilat-kilat.
Macam glitter.
Kami minum kopi tepi pantai
Kami berbual
Lepas tu pari-pari tu ajak aku terbang tinggi
macam Peter Pan.
Selepas terbang kami minum kopi lagi.
Ah!
Mata aku sudah berat dengan tipu muslihat dunia palsu
*tepuk bantal*

-Aku, 1.35 pm, hari yang tenang