Monday, August 30, 2010

O my love

O my love,
Your scent like apple,
Your eyes like pearl,

O my love,
Your hair like gold,
My soul was sold,

O my love,
Your voice is my melody,
To wake me up from tragedy,

O my love,
Your skin like silk,
White as milk,

O my love,
Your touch like breeze,
Touch me,
Let me freeze

O my love,
When i see your face,
I wanna shoot you dead.

Thursday, August 26, 2010

The Story of a Baldy Man

Seorang pelajar ditahan guru disiplin kerana kesalahan rambut botak. Di begnya tertampal patches 'fuck goverment'. Saya ingat zaman ini sudah lama mati. Kepala saya mengingatkan saya kepada seseorang.

Dia adalah seorang manusia biasa. Tapi dia punya fahaman yang berbeza, fahaman dari England. Zaman dimana JB Riot, Northern Lion dan KL Troopers masih gah bertapak di bumi Malaysia. Masa tu saya fikir semuanya normal. Kadang-kadang dia buat saya pecah perut dengan cerita-cerita hantunya. Setiap kali dia bercerita, mesti dia akan jadi hero. Haha

Saya teringat kisah kami makan tengahari di sebuah restoran India Muslim yang berhampiran dengan kedai makan Melayu. Dia bagitahu saya India Muslin memang pandai buat duit. Kami berbual dan makan. Tapi hari tu berlainan dari biasa. Meja kami penuh dengan gelas dan cawan.

"cau"

Saya terpinga-pinga.

"Sape nak bayar?"
"Jalan je"

Pekerja India Muslim restoran tersebut menahan kami dari memasuki kereta. Apa yang saya ingat ada pertengkaran kecil dan,

"Ape hal? Kau orang tengok ape? Kedai Melayu sebelah ni sape nak pegi? Keling?!"

Semua yang makan disitu pura-pura buta, pura-pura pekak, pura-pura bisu. Ada yang hanya menjeling 'steel toe' 10 lubang dia dengan jelek. Kami start enjin dan terus jalan meninggalkan pekerja India Muslim yang masih blur. Dada saya macam nak pecah, muka saya berubah.

"HAHAHA, Relax la"

Dia ketawa dari dalam kereta sampai rumah.

Tapi semuanya dah berubah. People change. Tapi bukan senang nak lupakan masa silam. Kalau saya boleh balik kezaman silam, saya takkan benarkan dia berfahaman sebegitu. Fahaman yang hidup penuh kebencian. Hatred society. Saya akan pecahkan segala keset-keset dia, saya bakar zine-zine dia, saya buang but dia dalam sungai. Tapi itu semua mustahil.

Tapi saya bangga dengan dia. Dengan usaha dia sendiri, diatas dua kakinya dia bangun dan mengejar segala saki-baki peluang dalam hidupnya walaupun dia sudah tiada siapa untuk tarik tangannya disaat dia jatuh. Tiada siapa untuk memegang bahunya bila dia kesusahan. Dan sekarang, dia mempunyai kerja yang bagus dan seorang wanita yang amat dia cinta. 2 orang yang saya hormat sampai bila-bila.

Bila teringat waktu saya ke Russia buat pertama kali dahulu, saya rasa sayalah orang yang paling special. Ada 2 keluarga yang berlainan yang menghantar saya di lapangan terbang walaupun didalam diri masing-masing tetap mengalir darah yang sama. Saya yakin yang suatu hari nanti, kami akan jadi satu kembali. Tunggu.

*God bless you Mohd Asfar Zainal and Kak Syairah


Wednesday, August 25, 2010

Rambut

Pen merah kilometrico saya letak kemas dalam bekas pensel. Beg hitam lusuh diatas meja saya zip dan saya galas, meninggalkan bilik guru yang hampir sunyi. Saya berjalan menuju ke parking lot.
Di sana saya terserempak dengan Tuan Zaini.

"Nanti rambut tu kasik trim sikit lagi la. Baru kemas. Ibu bapa tengok pun sedap"

Saya hanya tersengih tanpa kata dan berjalan menuju ke kereta. Cikgu Zaini menyapa Puan Mastura yang juga ingin ke keretanya. Rancak betul mereka berbual. Sesekali kain belah Puan Mastura yang menampakkan betis dan sebahagian peha terselak ditiup angin. Mata Cikgu Zaini hanya melilau atas bawah. Mungkin Puan Mastura juga akan dinasihatkan oleh Cikgu Zaini.

"Kain tu nanti trim sikit lagi la. Baru mengancam"

Hahaha

Saya terus menekan pedal minyak kereta buatan malaysia dan meninggalkan perkarangan sekolah.

Saya paling malas di traffic jam di persimpangan empat utama. Lampu merahnya memang lama. Saya pun tak tahu kenapa tapi itulah yang saya rasa setiap kali lalu disitu. Saya capai cd placebo, dan saya suakan ke radio. Butang baju paling atas saya buka. Sudah lewat petang masih juga panas.

Saya toleh ke kanan, kereta buatan luar negera. Didalamnya ada gadis berkaca mata hitam besar sambil rokok dibibir. Gadis Cina betul-betul menguji iman saya.

Lampu hijau menyala. Saya ,masuk gear 1 dan menekan pedal minyak. Ternyata kereta buatan luar negara disebelah saya jauh lebih berkuasa. Saya tertinggal dibelakangnya. Ada 2 atau 3 anak patung di bahagian belakang kereta gadis tersebut. Dibawah patung tersebut, tertampal stiker ayat suci Al Quran.

"Laa. Melayu rupanye?"

Di selekoh depan, kereta buatan luar negara itu terus hilang dari pandangan. Saya hanya memandu sambil kepala terbayang juadah berbuka hari ini.

Monday, August 23, 2010

Villa Nabila

Saya, Fahmi, Badrul, Izy dan Uyul memecut laju dengan Alza putih. Sebenarnya, Uyul mahu menunjukkan saya port baik untuk steambot untuk berbuka puasa minggu depan. Memang banyak betul restoran steambot di area Pelangi Indah.

Di dalam kereta,

"kau orang tau pasal Villa Nabila?"
Masing-masing diam sambil tersengih. Saya terpinga-pinga.

"Villa ape?""Haha, nanti aku bawak"

Alza putih meluncur laju ke Istana Bukit Serene. Berhampiran dengan area istana kerabat diraja Johor itu merupakan tempat kediaman kakitangan kerajaan negeri yang tak jauh dari Pantai Lido.

"kau nampak pokok besar tu?"

Sebatang pokok yang memang besar masih gah berdiri. Gelap dan sedikit menyeramkan. Dibelakangnya terdapat sebuah villa usang.

Belasan tahun dahulu, di Villa itu tinggal sebuah keluarga. Keluarga kaya raya orang kerajaan. Si suami, isteri baru dan seorang kanak-kanak bernama Nabila. Mengikut apa yang saya tahu, ibu Nabila tersebut bukanlah ibu kandungnya. Dia hanya ibu tiri kepada Nabila. Segala kekayaan akan diwarisi oleh Nabila yang masih kecil.

Oleh kerana tamak, ibu tirinya membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding rumah lalu disimen. Bertahun-tahun kemudian, misteri kehilangan kanak-kanak tersebut terbongkar oleh pihak polis.

Dan mengikut kata orang disini, setiap kali orang kerajaan yang berpindah masuk ke villa itu tidak akan tenteram. Akhirnya, villa tersebut ditinggalkan begitu saja sampai hari ini.

tangga Villa Nabila


pintu hadapan Villa Nabila

Rasta

Semalam pukul 9 lebih saya ke mamak bersama beberapa kenalan. Fahmi, Badrul dan Izy. Manchester dan Fulham. Hanya Fahmi yang sesekali ketip bibir bila Nani tak skor penalti. Kami bertiga pula sibuk berbual.

Disebelah saya lalu seorang gadis lingkungan 20 an. Berambut lurus, berkulit cerah dan memakai rasta cap. Ayu...

"Siape awek tu hah?"

Tanya saya pada Badrul

"Tu awek yang ada rasta shop la. Yang kita lalu itu hari.

"Owh!! ya ya"

Saya teringat yang saya pernah jumpa dia sebelum ni.

Esok kalau free, saya ingat nak beli rasta cap. Haha

Sunday, August 22, 2010

Sad Song

Ayam

Satu petang yang cerah-cerah panas, saya mengorak langkah ke bazar ramadan. Disana, segala imej yang tergambar di dalam kepala saya semua menjadi realiti. Kereta penuh sesak, orang yang berduyun-duyun macam semut, brader jual ayam panggang tak puasa hisap rokok semuanya ternyata ada.

Di gerai ayam panggang :

"bang, bagi saya ayam dua ekor!"

Brader baju putih berbelang hitam bersuara garang.

"Bro, tu aku punye. dah lame tunggu ni"

Brader kopiah putih menegur.

"aku tunggu lagi lama la!"

Saya hanya pasang telinga. Bulan puasa ni macam-macam ragam manusia. Disebabkan ayam panggang pun boleh jadik bergaduh. Tak pasal-pasal hilang pahala puasa.


Saturday, August 21, 2010

Sunday

Bila malam-malam balik lewat, keesokan paginya mesti lebam mata. Daya ingatan pun berkurangan. Baru saya perasan esok hari Ahad. Terima kasih tuhan! Saya benci Isnin.

Cikgu matematik yang berwajah ala-ala Katy Perry menghantar sms pagi ini. Terima kasih lagi sekali tuhan! Bulan-bulan puasa ni, aktiviti terbatas. Ikut kaum hawa bershopping pun ok la tu. Harap-harap Cikgu matematik Katy Perry belanja saya apa-apa patut. hehe

Zaman

Perbezaan puasa zaman saya masih budak hingusan dan masa kini.

1. Kalau dulu mase budak-budak, bulan puasa memang terasa. Dia punya penat, haus, lapar memang kritikal. Zaman sekarang macam tak ada apa.

2. Kalau dulu selalu jugak saya carik paip lepas main bola. Zaman sekarang tak usah nak mengade. Air paip banyak bakteria

3. Kalau dulu bila berbuka, dia punya nikmat memang kick! tapi sekarang serupa macam makan malam.

4. Kalau dulu pergi bazar ramadhan, ayam percik memang tak miss. Tapi sekarang setiap kali dengar bazar ramadhan, otot-otot badan mulalah pura-pura sakit. Kalau pergi pun mesti menyumpah seranah dengan jam.

5. Kalau dulu tarawih 8 rakaat tu dah cukup hebat, habis lenguh kaki. Tapi sekarang terawih tu macam sembahyang biasa. Setakat 20 rakaat tu mampu sangat cuma hati berat. haha

6. Kalau dulu bila time nak balik beraya di kampung, kepala saya hanya memikirkan beberapa perkara. Rendang nenek saya, duit raya dan mercun. Sekarang bila nak balik kampung, kepala saya memikirkan penat, banyak kerja dan silap-silap kene pow.

7. Kalau dulu bila raya memang gembira tak ingat benda lain. Sekarang bila raya dah teringat cuti hampir habis. Malam-malam mimpi lecturer.

8. Kalau dulu lagi 2-3 hari nak naik sekolah pun masih sempat nak siapkan kerja sekolah yang terbengkalai. Tapi sekarang kalau 2-3 hari nak balik universiti tapi assignment tak siap, memang gampang!

9. Kalau dulu duit raya boleh kumpul, dah target beli playstation la, gameboy la. Tapi sekarang kalau dapat duit raya pun paling kurang habis dekat duit minyak kete, rokok, bil henfon.

10. Kalau dulu pagi raya je dah bangun dengan automatiknya sebab nak bergaya baju melayu yang warnanya berbeza dengan baju melayu tahun sebelumnya. Tapi sekarang, baju melayu 2-3 tahun baru tukar. Ye la, pakai pun raya pertama aidilfitri dengan raya pertama aidiladha, lepas tu almari.



Friday, August 20, 2010

Free

Memandangkan hari ini hari Jumaat, saya berhati gembira. Esok saya free walaupun tak dapat jumpa Miss Suraya, guru matematik yang bermuka Katy Perry. Pukul 9 lebih saya keluar. Seorang diri tanpa kekasih hati. Saya berjumpa dengan Aunty Sha.

"eh how are you! lame betul tak datang rumah aunty"
"bz sikit aunty. tu yang tak sempat"
"ala, takkan la sekejap pun tak sempat. Afiq pun tengah cuti"
"really? haha, nanti saya datang."

Baru saya sedar, selepas Lisa takde, saya sunyi dan boring. Tapi itu cerita lame. Hidup mesti diteruskan. Saya senyum dan bersalaman dengan Aunty Sha.

Benda yang lepas, biarlah lepas kan? Ajal maut ditangan tuhan.

Sirap

Kepala saya terasa lapang, hari jumaat hari terakhir minggu yang membosankan. Kerja pagi, meeting petang, balik lewat. Serius celaka. Ok, saya nak ready dengan sirap bandung.

Tuesday, August 17, 2010

Three

Dalam dunia ni, hanya ade 3 golongan yang penting dalam hidup kita. Keluarga, kawan dan kekasih. Antara 3 golongan ni, andai kata salah satu daripadanya rosak, hidup kita serba tak kena.
Semuanya kita kena bagi sama rata. Fair and square.

Andai ada manusia yang berfikiran mana-mana 3 gololongan ini tidak penting dan diketepikan, mereka lah manusia yang digelar sombong bodoh. Tak salah kalau bodoh, tapi jangan sombong. Haha

Hackett

Selepas solat tarawih 8 rakaat, saya terima satu pesanan ringkas :

"kitorang kat tmpat biasa. Sume tggu kau!"

Saya terus pulang ke rumah, menukar pakaian dan menggalas gitar yang masih lagi terletak di sudut bilik. Terus saya memecut ke studio dengan kelajuan luar biasa.

Sampai di depan studio, masing-masing muka macam murtabak. Jamming studio tutup. Kawan saya Bad, berbual di telefon dengan owner studio. Nampaknya memang tiada rezeki. Plan jamming ditunda pada keesokan hari.

Saya terus menelefon Faiz Malik dan bertanyakan lokasi. Sekali lagi saya pecut kelokasi kedua.

**********************************************************************

Di sana cuaca baik, tenang dan sedikit sunyi. Kami hanya menikmati bayview dengan marlboro softpack dan redbull. Tak lama kemudian datang seorang brader berbaju hackett merah. Rupanya dia orang politik. Berkhidmat untuk kerajaan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

"Sampai aku tak tau macam mana nak ubah mentaliti orang melayu dalam masyarakat kita!"

Saya dan Faiz Malik hanya mendengar. Tak jauh dari tempat kami berbual, ada seorang wanita yang terhuyung-hayang sambil di kawal oleh seorang lelaki.

"Ni xde lainlah.. mabuk. Aku tak kisah aku kene henyak janji mata aku tak sakit!"

Brader berbaju hackett merah bangun dan pergi mendapatkan wanita dan lelaki tersebut.

Saya dan Faiz hanya berpandangan sesama sendiri.

"Hulur Marlboro aku lagi sebatang"

Saya berkata sambil meneguk Redbull.

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan

Situasi di bulan mulia ni memang banyak ragam. Hari ini merupakan hari yang ke 6 puasa dan sepanjang 6 hari, hanya sekali saya menjejakkan kaki di bazar ramadhan. Itu pun kerana teman kenalan saya, Hakimi Musa membeli ikan bakar. Biasala, orang perantau yang rindukan ikan bakar.

Saya memang tak berapa minat ke bazar ramadhan. Sebab yang utama ialah traffic jam. Saya juga kurang suka berjalan ditempat yang sesak dan padat. Perasaan untuk berlari laju-laju dan menjerit sekuat hati akan timbul bila saya di tempat sesak.

Pelbagai ragam saya lihat di bazar. Suara lantang brader murtabak, senyuman menggoda kakak kuih lapis mahupun sketsa tawar menawar.

Semuanya sama bukan setiap tahun?

Friday, August 13, 2010

Putih

Semalam lepas sembahyang terawih, aku, Hakimi Musa dan Faiz Malik ke Mamak. Lepas sembahyang terawih, pekena teh tarik segelas dua sambil mengusha makwe-makwe sana memang rutin harian aku.

Semalam agak bernasib baik. Ada makwe duduk table belakang aku. Putih melepak macam iklan pencuci muka Fasha Sandha. Mase aku naik kereta, lalu depan makwe tu aku bersuara ;

"putih gile awek tu"

"bedak banyak kot"

Faiz Malik bersuara memberi pendapat.

"takde ah, tengok peha dia la.. kan ke putih jugak."

Aku tersengih. Faiz Malik dengan Hakimi Musa diam tak tanya banyak.

Monday, August 9, 2010

Culture

Setelah setahun berada di negara asing, banyak yang saya pelajari dalam hidup. Dulu, saya fikir memang betul kata orang-orang tua, tempat sendiri juga yang paling baik.

Tapi sejak saya balik ke tanah air, hampir semua yang saya nampak adalah lagi teruk dari negara asing. Macam-macam perkara yang buat saya rasa muak, menyampah, meluat, malu.

Orang kata, 'biasa la, zaman dah berubah. Manusia pun berubah'

Pagi-pagi saya on televisyen, saya buka siaran negara kita. Lagu Siti Nurhaliza.

"budi bahasa budaya kita~"

Saya tergelak besar macam orang gila.

Friday, August 6, 2010

Weak

Saya masih lagi terbaring di atas katil, capai laptop dan menulis entry ini.

Pagi Sabtu yang tipikal buat saya yang berumur 20 tahun.

Alangkah bagus kalau saya hidup di zaman, dimana tiada orang kisah apa yang saya buat atau apa yang saya fikir.

Orang-orang disekeliling saya semuanya berlakon konon suci dari dosa. Apa salahnya kita mengakui kesalahan dan kelemahan diri masing-masing?

Bagi saya mengakui kesalahan diri sendiri adalah perkara yang paling berani dalam kehidupan seseorang. Mengakui kelemahan diri tak bermaksud kita kalah.

Mungkin mereka fikir mereka perfect. Kita bukan tuhan.


Tuesday, August 3, 2010

Congratulation

Beberapa perkara yang saya perasan waktu saya bangun dari tidur pagi tadi ialah laptop saya ada kesan pecah dan berada di bawah katil, gitar saya rosak, ada 3 misscall di telefon bimbit dan saya tak on penghawa dingin.

Saya duduk disudut katil dan mengingat kembali. Pukul 10 pagi saya terima panggilan dari seorang wanita berkenaan permohonan saya untuk menjadi guru ganti. Nampaknya, saya kehilangan satu peluang kerja sebab saya ingat-ingat balik saya kata 'fuck off' di talian.

Saya berjalan ke tepi katil, saya off kan amplifier. 2 tali gitar saya putus dan necknya pecah. Mungkin saya jadi rockstar semalam, saya hempas gitar saya tepat ke atas amplifier.

Saya capai alat kawalan jauh, saya on penghawa dingin. Buat pertama kali saya terlupa.

Diatas meja saya terdapat sekeping kertas. Nota buat saya. Saya baca dan tersenyum. Saya on speaker dan saya letakkan ipod. Volume speaker saya tekan ke separuh maksima. Saya berjanji saya takkan kemana-mana selagi bateri ipod saya tak habis. I did, congratulation.




Monday, August 2, 2010

Lyrics

Kadangkala, kalau saya bosan saya akan ambil gitar hitam disudut bilik saya. Masa tu, idea-idea akan datang dan saya akan membuat lagu. Poetic and quite sentimental. Hahaha.

Setiap lagu yang yang saya tulis, saya akan simpan. Tak kira buruk mana tulisan yang saya tulis. 2 berbahasa Melayu dan 3 berbahasa Inggeris. Dalam banyak-banyak lagu, saya berpuas hati sebab satu daripadanya saya dah dedicate kepada orang yang saya nak sampaikan. Lagi empat pula, saya rasa tak perlu. Lama-lama dengar boleh jadi muak.

Ok, malam ni buat yang terakhir kali saya mainkan dengan gitar hitam saya. Kadang-kadang saya nak tergelak dengar lirik yang saya dah tulis. Kelima-lima helai kertas yang bertulis lirik lagu saya itu, dah digumpal dan dibuang ke bakul sampah bilik saya. Harap-harap esok bila saya bangun dari tidur tong sampah itu dah kosong. Sebab nanti bila saya tengok kertas itu masih disitu, mungkin saya kutip balik. Harap-harap saya lupa semua.

Sunday, August 1, 2010

Gadis Jeti

Tengah hari tadi saya baru balik dari desaru. Rancangan bbq tetap dijalankan dan alhamdulillah cuaca baik walaupun sekarang cuaca semakin tak menentu. Walaupun semalam agak kucar-kacir dan kami terlambat sejam dari waktu perancangan, tapi kami selamat tiba disana dan cuaca amat mengizinkan.

Kami memang jarang berjumpa dengan encik pantai. So, kami agak teruja berjumpa dengan laut. Kawan-kawan saya yang lain tak fikir panjang, terus tukar pakaian dan terjun kedalam laut. Saya pun teruja tapi saya penat, jadi saya hanya merehatkan diri dengan ipod saya. Ternyata angin pantai memang mengasyikkan.

Keesokan pagi, kami keluar untuk breakfast. Pukul 10 pagi lebih kurang. Plan kawan-kawan saya selepas breakfast ialah mandi laut untuk kali kedua. Hahaha. Macam tu la rupa kanak-kanak yang membesar dizaman urbanisasi. Saya tak tahu macam mana mereka boleh terfikir untuk mandi laut sedangkan masa tu sejuk, dan masih awal pagi.

Saya capai kunci kereta dan Marlboro softpack di atas meja. Kawan-kawan saya semua dah teruja untuk mandi pantai.Mereka beredar ke khemah untuk menukar pakaian. sigh!

Tak jauh dari tempat kami breakfast, saya terpandang satu jeti. Saya berjalan kesana. Disana saya lihat ada orang tempatan di situ sedang bersiap untuk ke laut. Ada juga keluarga yang memancing ditepi jeti. Saya duduk disitu dan menyalakan marlboro.

"tak mandi ikut kawan-kawan awak?"

Saya disapa oleh seorang wanita 20-an.

Saya hanya menggelengkan kepala.

Wanita tersebut ketawa.

"awak yang cabut signboard kan?"

Saya terperanjat besar. Otak saya mengimbas balik memori semalam. Oh ye, semalam saya dan kawan saya Azlan keluar mencari kayu untuk dibuat unggun api malam semalam. Oleh kerana kayu tak berapa nak ada, saya dan Azlan mengambil keputusan untuk mencabut papan tanda "BAHAYA" yang terletak tak jauh dari pantai. Tapi, kantoi dengan brader resort.

Saya tertunduk, dan menyedut rokok saya dengan kadar kelajuan yang luarbiasa. Serta-merta saya terbayang Azlan yang sedang seronok mandi. Damn! Setelah suai kenal, rupanya dia anak owner resort disitu. Nama dia Izzati. Dia juga seorang mahasiswi universiti yang sedang bercuti. Nasib baik dia tak saman saya sebab saya rosakkan papan tanda dia.

Kami melepak di jeti dan bercerita perihal kehidupan. Kehidupan kami memang berbeza.

"Datang la lagi bila free! FOC"
"Ape tu?
"Haha, free of charge!"
"Owh... Hahaha, InsyaAllah"

Sebelum balik, saya kemas apa-apa yang patut. Dan tak jauh dari tempat kami berkhemah, saya nampak 2 orang pekerja resort sibuk membaiki papan tanda. :)