Friday, January 11, 2013

Jefryzal & Wanita Kasut Merah

Malam itu kelihatan satu susuk tubuh memandang tepat ke bulan yang amatlah indah pemandangannya kalau dilihat pada waktu malam yang gelap itu. Dalam samar gelap malam itu, berdasarkan susuk bentuk tubuhnya jelas menggambarkan betapa susuk tubuh yang duduk memandang bulan itu merupakan seorang wanita. Wanita itu asyik memerhati bulan di langit malam tanpa mempedulikan apa yang berlaku di persekitarannya. Semakin lama dia duduk memandang langit, semakin dalam pemikirannya.

Hari sudah lewat malam dan wanita itu masih lagi duduk dibangku kayu dan terusan memerhati bulan dan bintang yang berkerdipan. Di tangannya tersemat sebuah novel yang agak tebal. Mungkin setebal kamus dewan bahasa dan pustaka. Mungkin. Sesekali dia menghela nafas yang panjang setelah jauh memikirkan persoalan yang bermain dimindanya. Kadang-kadang pabila angin malam bertiup sedikit kuat, rambutnya yang panjang paras-paras bahu melentuk-lentuk mengikut arah angin malam yang bertiup. Jikalau ke kiri maka ke kirilah. Jikalau ke kanan maka ke kananlah.

Tiba suatu masa, dia memeluk tubuhnya sendiri. Mungkin kerana kesejukan memakai dress di waktu malam-malam begitu. Tambahan pula, waktu itu baru saja selesai musim sejuk di negeri Johor walaupun salji masih rancak turun di Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan. Wanita itu lantas meletakkan novelnya kedalam beg kecil denim dan terus memandang kembali ke arah bulan yang mengambang dan berbisik sendirian.

Malam bulan tanpa bintang
beribu sepi tak berteman
merenung jauh di hariku
asyiknya oh pelangimu

Kali ini dia mengukirkan satu senyuman lantas jelas mempamerkan lesung pipitnya yang bersaiz sederhana.

Woahh...

Wanita tersebut terkejut lantas memandang tepat kearah bangku kayu yang lagi satu. Lalu dia berdiri, mencapai beg denimnya. Mungkin kerana dia merasa sedikit segan dan janggal kerana perlakuannya yang asyik memandang bulan diperhatikan oleh mata manusia yang lain iaitu seorang lelaki bernama Jefryzal. Wajahnya yang sedikit tenang tadi terus berubah menjadi kelam kembali. Apa kerana Jefryzal? tapi kalau difikirkan logik, Jefryzal tak berbuat kesalahan apa-apa. Lalu Jefryzal beranikan diri merenung matanya di tengah kepekatan malam yang hanya berteman cahaya bulan yang malap.

Dia terus berjalan meninggalkan tempat duduknya deras. Susuk tubuh wanita itu terus hilang ditelan malam lenyap bersama-sama bayang-bayangnya. Bunyi tapak kasut merahnya juga terus bisu lalu senyap kembali

Cantik parasmu bagai primadona
baik budimu oh luar biasa
terbang selalu wahai primadona
ilusi warnamu kau sungguh berbeza

Akhirnya wanita tersebut membuat satu kesalahan kerana berlalu pergi setelah membuat Jefryzal jatuh hati dan begitulah bagaimana lagu The Times tercipta.

No comments:

Post a Comment