Monday, March 3, 2014

Adil ke Tuhan?

Hari Sabtu lepas aku ke Seremban atas urusan supply barang. Selepas selesai, aku balik ke Melaka. Nak di pendekkan cerita, pada sebelah malam tu, aku ke Parameswara seafood.

Masa tengah makan, tiba-tiba Farhan bersuara ;

Farhan : Aku rasa gaji macam tak cukup je setiap bulan. Bayar kereta dah 5 ratus lebih, tolak duit ASB dah 2 ratus lebih. Belum lagi duit rumah, makan minum.

Aku : Kau gaji sebulan berapa?

Farhan : Ada la jejak 5k

Haziq time tu tak banyak cakap. Mungkin bengang dengan ketam yang dari tadi tak lepas-lepas nak mengopek kulit.

Aku : Kau gaji 5k ok la tu. Kau bukannya dah berkeluarga.

Farhan : Eh, zaman sekarang duit makin kecik. Setakat 5k kejap je.

Aku : Ala, pelan-pelan la. Rezeki dari tuhan. Kalau kau mintak ikhlas mesti dia bagi.

Farhan : Tu la, aku rasa macam dah banyak doa tapi tak dapat-dapat jugak. Macam tak adil.

Haziq yang dari bengang dengan ketam mula bersuara ;

Haziq : Macam ni la, kau nampak kucing bawah meja ni?

Farhan jeling bawah meja.

Haziq : Dari tadi kucing tu mintak makan dekat kau. Aku tengok kau takde bagi pun. Boleh ke kau cakap tuhan tu tak adil sebab tak bagi kau duit banyak setiap bulan?

Masing-masing diam lalu mula join Haziq ratah ketam.